Assalamualaikum.....





Dah lama sangat tak join segmen. Tapi so far, kita tak pernah ketinggalan lagi segmen Nasz yang sangat caring dan peramah nie. Tak pernah berkira nak berkongsi pengetahuan dengan blogger2 lain hatta blogger baru sekali pun.

Cara2nya ada di SINI.

Cumanya, kita takder akaun fb. Lebih tetap dah ditutup kerana memudaratkan diri sendiri. So, macam mana? Layak tak akak, Nasz?




Read More
Assalamualaikum.....

Bukan maksudnya kasih tak pernah tersulam, tapi sebagai manusia biasa, kadang2 kita lupa untuk menyiram dan membaja.

So, pada suatu weekend yang mana Adam tak dapat kami ambil kerana bersekolah, maka kami honeymoonlah 2 orang. Kita ke Kuantan dan kami decide untuk travel lagi. Pada mulanya, sekadar ke Terengganu. Sebab nak release tension sikit dan hubby nak cari port memancing.

Jumaat lepas kerja, terus gerak dari KL. Tiba di Kuantan dah tengah malam sebab hujan lebat sepanjang jalan. So, trafik sangat perlahan dan kenderaan pun banyak. Hubby dah tunggu di kedai nasi lemak di Sg Soi dan dah order siap2 untuk kita. Kita sampai di kedai, terus ngap jer. Giler menggigil tahan lapar sampai tengah malam. Bila balik rumah, dah letih. So, ingat nak rehat and gerak early morning esoknya. Tapi rasa macam buang masa. So, gerak juga malam tu. Entah macam mana, hubby boleh pula bertahan drive masa tu. Ingat nak overnite di Dungun. Call sana sini, ada yang penuh, ada yg tak angkat call. Yerlah, dah pukul 3.00 pagi pun masa tu. So, teruskan perjalanan dan hubby dah tak tahan sangat mengantuk dan akhirnya terdaya drive hingga ke Rantau Abang jer. Kita memang dah hanyutlah kan... Syukurlah masih ada chalet yang kosong tepi laut tu. Seadanya saja. Janji dapat tidur dan mandi.

Esoknya, lepas Subuh lagi kami dah usha2 pantai. Hubby try balik pancing, tapi ombak besar sangat, so tak ada ikan yang mencakup langsung pun. Last2, kami keluar cari breakfast dan terus ke KT.

Singgah di satu warung tepi masjid sebab tengok ramai yang singgah. Roti tempayan menu nyer. Kami pun berhenti nak try....

Wah, memang best lah. Terbaek.. Sarapan dengan roti tempayan cicah kuah kari. Ada Kari ayam, kari daging dan kari kambing. Menu lain pun banyak. Tapi, nantilah kita buat entry khas untuk makan2 nie yer.

Lepas breakfast, hubby menyuarakan pendapat. Dah alang2 awal, tak ada apa nak kejar, apa kata teruskan ke Kelantan. Dia nak shopping lagi di Rantau Panjang. Kalau ada peluang, dia nak menyeludupkan diri kami ke Mundok lagi. Hehehehhehe.

Lepas timbang kilo, kati, gram dan sebagainya, ok lah. Maka terus ke Rantau Panjang. Try ikut Machang dan terus ke Tanah Merah. Jalan ikut sebelah border, hingga ke Rantau Panjang. Hubby terus menghala ke port naik sampan nak ke Mundok. Syukur beroperasi seperti biasa. Bukan main ramai lagi orang sampai penuh parking. Tentera yang berkawal pun ramai juga, so rasa selamatlah sikit.

 Kena naik sampan nie. Nampak jer sungai nie luas dan menakutkan, tapi sebenarnya cetek jer. Bila musim kemarau, boleh timbul dasar sungai. Kira nak jalan kaki menyeberang pun bolehlah.


 Tapi, nak meniti atas titi nie kita seram sikit. Maklumlah, kita kan 'ringan'. Buatnya patah ke, nayaaaa jer. Pelantar tu pulak terapung tu..so gayat sikitlah..


 Berlatarbelakangkan Malaysia, hehhehehe.


 Dah nak sampai Thailand. Duduk dalam sampan pun, main tenggek2 jer..


 Nampak Malaysia dari Thailand. Sawadikaapp...


Kedai2nya buruk2 macam nie jer kat situ. Cuma adalah barang2 yang murah2 sikit.

Kita dengan hubby konon nak cari periuk belanga jenama Zebra tu. Tapi, tak jumpa pula apa yang kami nak. Setakat periuk melamin tu, rasanya better lagi beli kat Pengkalan Kubor kot. So, hanya beli 2-3 kilo beras pulut dan berpasang2 kain telekong. Hehehehhehe. Malas nak ke Pasar Siti Khadijah. Beli kat sini jer. Dapat murahh.

Dah 3 jam di sini, kami bergegas ke Pengkalan Kubor pula. Beli mangkuk dan periuk tingkat untuk Mommy. Ngam2 satu jam sebelum di tutup. Siapp jer beli, terus gerak semula ke Rantau Abang. Singgah makan di Pasir Mas dan tiba di Rantau Abang ngam2 sebelum 12.00 tengah malam.

Esoknya, check-out dan terus pulang semula ke Kuantan.

Tapi kami sampai awal dan boleh rehat awal lah kan. Esoknya kerja macam biasa. So, rasa puas hatilah juga dengan short trip nie. Dapatlah juga release tension sikit... Alhamdulillah...

Read More
Assalamualaikum.....



Ini adalah 'bintang' baru dalam keluarga sahabat kita Pn Rahmah iaitu empunya blog Bable Bable Bla Bla Blub Blub yang sangat mesra. Beliau minggu lepas telah selamat melahirkan baby girl yang sangat comel dan Alhamdulillah sihat. Berat semasa lahir, 3.7kg. Uishh...besar sungguh pengorbanan seorang ibu.

To Pn Rahmah : CONGRATULATIONS...!!

Mehla jenguk baby baru di SINI.
Read More
Assalamualaikum.....

Read More
Assalamualaikum.....



Ini adalah gambar keluarga kecil sahabat kita. Namanya Intan. Or, she prefers to use Intan in blogging world.

Dia baruuu sahaja membina sebuah blog. Senang cerita, beliau ialah seorang blogger baru. Dia teruja sebab kita dan blogger Pn Rahmah sering bercerita tentang blogging world yang penuh warna warni.

Jadi, dengan rasa rendah diri, kita jemput kawan2 semua untuk mengunjungi beliau di blognya di SINI. Sebagai entry pembukaan, beliau bercerita tentang Aidul Adha yang baru berlalu. Mohon sokongan untuk mengembangkan bakat baru ini (blog pun ada bakat eh..?).


Read More
Assalamualaikum.....


Pic from Google


Hari nie kita masih lagi lembik. Letih sangat2 dan rasa sakit2 satu badan sebab majlis perkahwinan yang baru berlangsung. Semalam kita tak sihat. Blood pressure jadi sangat low sebab tak cukup rehat dan tak cukup tidur beberapa hari dan malam. Muscle pain tu jangan cakaplah.... Walaupun hari nie belum back to normal lagi, tapi dah cukup kuat untuk melangkah, maka gagahkan diri ke opis. Insya'Allah...semoga hari nie akan berjalan dengan baik.

Namun, di sebalik segala keperitan tu, syukur ke hadhrat Ilahi sebab majlis telah berjalan dengan baik. Walaupun tak lancar mengikut piawaian peribadi kita dan hubby, tapi mak dan ayah sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Maaflah, kalau untuk adik2, kita sebolehnya nak semuanya smooth dan perfect mengikut kemampuan yang ada. So, bila tak berjalan seperti yang diharapkan, kita rasa kecewa sebab kita gagal memberikan yang terbaik untuk mereka. Kakak apa lah kita nie sebab tak boleh nak berikan yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir, kepada yang  sudi mendoakan kebahagiaan adik kita dan mendoakan perjalanan majlis berlangsung dengan baik. Alhamdulillah. Syukran jazilan...

Belum boleh nak ceritakan lagi sebab tak sempat nak transfer gambar2 lagi. InsyaAllah, u all semua akan membaca rentetan cerita yang berjela nanti...




Read More
Assalamualaikum.....

Ops, jangan salah sangka, bukan kita. Adik kita yang bongsu akan menamatkan zaman bujangnya hujung minggu nie.

Majlis akan berlangsung pada hari Ahad, 4hb November ini. Kepada rakan2 blogger yang berada di kawasan sekitar, jemputlah singgah. Boleh kita berkenal-kenalan nanti kan....

Alamat : Jln Hj Khalid, Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak tahu jalan? Tak per, kita tepek map yang hubby kita buatkan..



Maka dengan ini, kita akan bercuti dari berblog sehingga selesai semuanya dan sehingga kita kembali mendapat kekuatan...hehehehehe.

Entry ini akan melekat hingga weekend.

Scroll ke bawah untuk entry baru.

Read More
Assalamualaikum.....

Ok, orang lain dah lama selesai bercerita, kita baru nak terhegeh2 share story kan.

Tak apalah..janji kita rekodkan dalam blog nie sebagai rujukan.

Peristiwa pertama yang berlaku ialah surprise birthday party untuk anak buah kita si Alleicya. Dia dah reach 3 years old and parents dia tak pernah buatkan birthday party untuk anak dia. Kesian pula kita rasa. Adam dan Firdaus tu selalu jer we all celebrate. Yerlaa, Alleicya nie pun kecik lagi, tapi tetap la, nak ada memori sikit.

So, secara adhoc, kita dengan adik ipar terus keluar untuk beli birthday cake. Bawa birthday girl sekali, supaya dia happy pilih sendiri apa yang dia nak. Dia berhak memilih walaupun dia masih kecil. Of course pilihannya ialah kek yang ada patung mainan. Tapi kek tak sedap. So, kami pilih kek yang sedap dan pilih patung untuk dihiaskan atas kek tu. Baru adil dan birthday girl pun happy.

Tiba di rumah, terus buka kek, gather2, buat air satu jag and neneknya kelam kabut keluarkan agar2 untuk di makan. Tak plan langsung pun kan.. Lagipun baru lepas lunch. Punyalah happy birthday girlsnya. Dia tak pernah rasa celebration tu.

Birthday girl : Alleicya

Abg Adam nak tolong tiup lilin.




Inilah patung yang dipilihnya

Menu simple, close family members only...

Kek tu syukurlah sedap, dan semua orang happy walaupun adhoc plan and simple sangat2. Yang penting, the girl tahu that she's been loved and appreciated.

Happy Birthday Nur Alleicya.


Surprise yang ke dua pula, lepas2 makan kek, lepak2 sambil borak2, tiba2 datang pula relative mommy sampai 2 MPV besaarr dan penuh. Ya Allah, memang langsung tak jangka ada kunjungan. Apa lagi, kelam kabut kemas birthday party tu.

Family mommy yang datang nie Chinese. Diorang x sempat datang masa Aidilfitri, so diorang datang masa Aidil Adha. Masalahnya, memang tak prepare apa2 pun untuk tetamu. So, kami hanya serve air dan kuih muih sikit jer... Yang penting tali persaudaraan tu kan, walaupun berbeza agama.

Ini sebahagian jer nie...


Selepas mereka balik, barulah kita dengan hubby balik rumah mak di PD pula..

Next year kena prepare juga sikit kudapan untuk tetamu tak dijangka...



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama