Assalamualaikum.....

Sengaja kita tak memunculkan diri sebab masih geram dengan video buli yang ditunjukkan. Pertama, kenapalah nak terajang pijak anak orang suka2 hati dia jer? Kedua, budak2 yang kena buli tu semuanya pasrah jer makan penendang terajang tu. Tak teringin nak melawan ke? Janji dapat lepaskan diri dan kemudian, bolehlah lari ke pondok pak guard ke...rumah cikgu ke.....

Entahlah, Adam tak masuk asrama. Kata orang, belum kena belum tahu....

Ok...cerita kemudianlah yer.

Ini kisah 2 minggu lepas yang mana kita bercuti jari Jumaat dan sambung ke minggu depannya. Sebenarnya cuti untuk menyediakan pakaian dan apa sahaja keperluan hubby kerana beliau akan menuju je Felda Residence di Jerantut, Pahang ini untuk kursus Team Building syarikat.

Tapi, bila tiba di Melaka hari Khamis malam Jumaat tu, tiba2 hubby suruh pergi sekali. Wah, another last minute plan? Wadduhhhh!!

Kami try call ke resort untuk bertanyakan jika ada kekosongan chalet. Memang ada, tapiii, bukan yang berapa baik keadaannya kerana chalet yang telah dibaik pulih semuanya memang penuh dan penuh dan penuh. Alahai...belasah sajalah....Janji ada tempat untuk tidur dan mandi. Harganya selepas diskaun cuma RM120.00 untuk satu malam.

Maka selepas kelam kabut menyelesaikan berbagai2 urusan pada hari Jumaat, kami pun bertolak ke Jerantut dari Melaka selepas Maghrib. Kami tiba dalam jam 12.30 malam.

Dah lengang. Dalam perjalanan tu, reception counter called, beritahu kami yang kunci bilik kami akan diserahkan pada pengawal keselamatan kerana waktu kerja mereka berakhir pada jam 11.00 malam. La...macam tu pula. Ingatkan 24 jam. Mungkin kerana biasanya tetamu mereka adalah daripada pakej khas ataupun berkumpulan, maka mereka jarang menerima tetamu walk-in. Maklumlah, lokasinya jauh di tengah2 ladang Felda itu.

Urusan check-in hanya diuruskan pada esok harinya. Tak perlu deposit. Bayar lum sum jer untuk 2 malam tu...hehehe. Koboi dan sempoi....

Gambar bilik memang kita tak ambil. Lebih kurang macam gambar dalam website jer. Cumanya betullah, chalet kami nun di hujung barisan. Keadaan chalet macam anda balik kampung dan tinggal di rumah papan lama milik nenda anda.... So, pandai2lah imagine rumah kayu kampung yang basic dan sederhana. Syukurlah ada tandas yang berfungsi....

Tak mewah, tapi mungkin kita ni anak kampung, so kita tak berapa kisah sangat lah. Lagi pun memang dah last minit sangat. Tak payah komplin banyak2 sebab dah diberi tahu awal2 dan kami sendiri yang bersetuju. Kalau ada sesiapa yang nak selesa, sila booking awal2. Ada bilik jenis chalet dan ada bilik jenis hotel juga. Pilih lah...


Antara aktiviti team building syarikat hubby ialah ini...flying fox. Tak tinggi mana pun, tapi ramai rupanya yang gayat sampai teresak2 menangis. Ini, kita nasihatkan hubby, tak perlu join. Jangan ambil risiko....dan management mereka pun setuju....

Pagi hari pertama tu hubby dah kena berperang dalam game paintball. Lebam sikit2 jer la sebab hubby ambil jalan selamat dengan menembak sambil meniarap disebalik batang pokok...hehehehe.

Mereka pergi caving juga. Setengah hari, sempat meneroka 3 gua. Dan makanan tengahari disediakan pihak hotel di dalam gua. Buffet spread lagi... Ha, mana nak dapat lunch dan piknik dalam gua sambil dilayan waiters dari hotel kan...?

Yang lain2 tu hanyalah game biasa management untuk team building seperti yang di atas tu. Happening juga...hehehe


Oh, disebabkan kita dengan Adam bukan petugas syarikat, maka kami ambil kesempatan untuk berenang. Yess....berenang okeh...tapi kita baru perasan....skill berenang kita makin tumpul...hahahaha. Adam pula yang kena tarik mamanya ke hulu kehilir sebab mama panik kaki tak boleh pijak lantai kolam...hehehehe....

Sebelum tu pagi2 lagi kami dah merayau ke bandar Jerantut. Cari menu istimewa Jerantau yang tiada di tempat lain. Alhamdulillah...berjaya. Sangat memuaskan hati.... Itu nanti kita cerita hari lainlah...

Kami shopping sikit2 di Tunas Manja...hahahaha. Baru perasan ada beberapa barang yang tak dibawa...

Harga chalet kami sekali dengan sarapan pagi yang sangat minima. Gambar di atas ialah menu untuk hari pertama. Hanya 2 jenis itu dan 2-3 jenis kuih.

Kita makan ini...Alhamdulillah,,, dapat juga isi perut. Makanannya agak terasa pedas cilinya. Betul lah kata beberapa blogger lain...

Ha, ada scramble egg yang dah siap digoreng dan ditinggalkan. Hanya kita dengan Adam yang ada di situ sebab guests lain semuaaanya pakej dan berkumpulan. Maka mereka dihidangkan dengan pakej makanan sendiri....

Kami bermalas-malasan disitu sebab tak ada apa yang nak dikejar...maka bakarlah roti juga...
Kuihnya sedap juga...dan itu sajalah kuih yang dihidangkan...


Ini roti bakar Adam. Nampak menyelerakan jer yer....

Tapi disebelah lagi tu hitam melegam dikkkkk. Adam tersengih2 jer....


Oklah....seronok juga ke sini. Untuk relaks dalam suasana kampung....bolehlaaa.... Staff semua nya friendly...

.Oklah.... next entry citer pasal makanan Jerantut yer.....

.
Read More











Remark :

There are a few types of bullying,,,,and none of them are acceptable. Let's stop this culture!

Read More
Assalamualaikum.....

Oh, kita kurang minat bola. In fact, tak tengok pun game tu malam tadi walau dah rancang juga nak tengok. Tapi disebabkan keletihan dan dah sampai waktu tidur, maka tv yang tengok kita.

Hubby kita ic nya menunjukkan dia warga pahang. Dan kami pun ada cari rezeki di pahang beberapa tahun. Dan masa game ini pun kebetulan kami di Pahang...maka wajarlah kot kami sokong Pahang.

Apa2 pun, knowing TMJ.... dia takkan berputus asa. Bukti dia raja yang disayangi..

.
Read More
Assalamualaikum.....

Pagi tadi, nak keluar bilik dari rumah, bawa beg sandang depan belakang dengan segala mak nenek sebab lepas kerja terus nak balik Melaka...dan masa tangan kanan sedang menarik tombol untuk menutup pintu, tiba2 kita hilang keseimbangan badan. Nak mengelakkan dari terjatuh dengan beg2 yang berat, kita berpaut pada dinding.

Rupa2nya bukan dinding, tapi jenang pintu bahagian ensel tu yang kita pegang dan serentak tangan kanan terus menarik tombol dan menutup pintu.

Addoiiiiii...!!!!!!!!

Dah tua2 pun jari tersepit pintu lagi....huwaaa...sakitnyaaa!!!




Sepanjang turun lif, sepanjang dalam kereta dan memandu ke pejabat, ibu jari ni punya sakit berdenyut tak berhenti2. Herakkan sikit jer pun bukan main sakit lagi. Sampai di pejabat jer..baru berani nak sapu2 sikit. Sakit lagi..uwaaaaa.... Dan tengok, kuku dah purple...uwaaa...!!!!

Eh...doctorssssss, boleh dapat mc tak? Hahahahaha


Psst: Jangan harap boleh cuti, banyak sungguh urgent matters hari ni sebab esok saya cotii....

.
Read More
Assalamualaikum.....



Alhamdulillah....
Read More
Assalamualaikum.....

Hubby kena menjalankan beberapa tugasan audit di area Lembah Kelang masa tu. Dah lama dah...beberapa bulan yang lepas. Eh..bukan..dah banyak bulan sebenarnya...hehehehhe. Oleh itu, dia kenalah stay di hotel kan, Bini dia ambil kesempatan. Cari hotel yang dekat dengan opis si isteri agar si isteri boleh menempel sekali di hotel. Lokasi terbaik ialah Sri Petaling....hahahahha. Suka...suka....

Hubby stay lebih kurang seminggu jugala sebab ada beberapa kilang yang berlainan harus dikunjunginya. Jadi bila malam, kami jalan2. Biasanya bawak adik hubby sekali. Masuk KL...pergi Shah Alam, sampai ke Hulu Langat kami pergi sebab nak makan ikan bakar segar.

Tapi malam terakhir hubby di KL, kami mengambil keputusan untuk lepak2 di hotel saja. Kami jalan kami merayau2 kekedai2 berhampiran. Tengok2 baju, tengok2 kasut. Tak beli apa pun...saja jalan2...pegang2 tangan...menikmati angin malam yang penuh asap kereta tu... Bila nak makan...hubby ajak makan di hotel jer sebab di Sri Petaling tu kedai makan muslim tak berapa nak ada kalau malam.

So, kami dinner di kafe hotel jer. Orang pun tak ramai. Yang ada pun hanya minum2 dan makan ringan2 jer disamping bincang pasal bisnes katanya...



Ini air hubby. Kita tak ingat apa namanya, Tapi memang sedap.


Ini hubby order. Marinara spaghetti. Hubby suka, kita kureng sikit sebab masam..hehehe

Apa entah nama benda ni,...tapi dia dok mendidih la bila sampai...

Kami share 2-2 hidangan bersama. Yang benda grill tu kita order untuk hubby juga sebenarnya. Hubby suka...spaghetti pun dia suka. Kita dok menghabiskan sayur-sayuran dia jer. Oh, yang mendidih tu macam kuah dia yang pekat likat.

Suka tengok hubby rileks dan enjoy dating kami. Walaupun selalu juga kami dating, tapi selalunya ada tujuan, ada objective. Dating yang ini, tiada time line, tiada curfew dan tiada obligations. Yang penting, hubby dapat berehat minda dan fizikal.....

Kadang-kadang, tak perlu belanja banyak, tak perlu jauh untuk berdating kan......


.

Read More
Assalamualaikum.....

Kita tak tahulah dengan orang lain, tapi hidup kita, memang begitu. Apa yang di rancang susah nak dijadikan kenyataan. Basically sebab setiap orang yang terlibat pasti ada urusan masing2 yang hanya diketahui saat2 akhir...

Satu lagi kekecewaan besar kita ialah untuk bawa mak dan ayah bercuti hujung tahun ni. Niat di hati nak berikan mereka satu percutian yang agak mewah dan membahagiakan mereka. Sekurang2nya sekali sebagai tanda penghargaan kerana mereka membesarkan Adam dengan sempurna. Kasih sayang mereka, tumpuan mereka, susah payah mereka untuk Adam sehingga Adam Insya Allah akan tamat pendidikan sekolah rendahnya. Tak kisahlah apa saja keputusan UPSRnya, namun pada kita Adam dah buat yang terbaik. In fact sangat cemerlang. Bukan senang nak patuh dengan desakan keadaan dia tanpa kita ibunya sentiasa disamping dia. Tapi Adam sangat matang dan bijak. Pada umurnya, dia berjaya melangkah semua halangan itu.

Dan ayah dan emak pula memberikan lebih daripada 100% tumpuan kepada Adam. Setiap detail tentang kehidupan dia...tentang sedih tangis dia, tentang masa depan dia, tentang kawan dan guru...semuanya dalam genggaman mereka. Dan kita percaya, dengan kekangan masa kita sebagai seorang isteri hujung minggu dan berkerjaya harian, kita mungkin tak mampu membesarkan Adam secemerlang apa yang mak dan ayah buat.

Kita tahu, nak menhargai ibu dan ayah bukan sekadar bawa bercuti. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Benar...sangat benar. Tapi apa salahnya di samping melaksanakan perkara2 lain yang membahagiakan ibu bapa kita, kita bawa sekali mereka bercuti. Seolah2 bagaikan satu bonus kepada mereka.

Bayangkan, anda sebagai anak, setiap bulan melawat ibu bapa anda. Mungkin setiap minggu juga. Disamping itu, turut sama2 menebas rumput, bersihkan kawasan rumah, tolong masak...menyapu dan mengemop dan berikan duit bulanan yang lumayan. Tapi suatu hari, anda katakan yang anda nak bawa mereka bercuti. Agak2nya apakah perasaan ibu bapa anda?

Oleh itu, teringinlah hati nak bawa mak ayah bercuti. Awal2 tahun dulu, konon nak bawa ke suatu tempat yang perlu buku merah tu. Tapi, belum cukup rezeki kami lagi hujung tahun ni untuk menunaikannya. Maka konon nak bawa ke tempat yang dekat2 pun cukuplah.

Tapi tarikh yang kami available pula, mak dan ayah tak boleh. Ada tanggungjawab lain. Dan kita nak bawa adik kita sekali, so pergi 2 kereta agar lebih selesa dan mak dan ayah lebih happy. Adik punya jadual pula clash dengan perkara lain. Dan selepas tarikh yang kami available, kita mungkin tak available kerana tuntutan tugas dan hubby juga ada banyak tuntutan tugas.

Terpaksa akur....

Hubby kata, nak buat macam mana... Tunggulah tarikh2 lain. Tahun2 depan pun boleh.

Tapi hati kecil kita sangat kecewa. Tahun2 depan mak dan ayah masih sihatkah? Masih boleh menikmati momen percutian lagikah? Tahun2 depan, kita masih berupaya dan berkemampuan untuk bawa mereka kah?

Apa kan daya.....Allah lebih Mengetahui. Pasti ada hikmahnya.... Pasrah dan redha.

Untuk sahabat2 sekalian, sekiranya kalian sekarang berkemampuan dari segala sudut iaitu masa, tenaga, wang dan segalanya...cubalah ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan ibu bapa anda. Hargailah mereka semaksimum mungkin. Bukan sekadar balik kampung dan tersengih bangga bila anak2 kita bercerita dengan atuk neneknya yang anda sekeluarga pergi bercuti kesana dan kesini. Sedangkan alangkah baiknya sekiranya percutian yang gembira itu dibawa sekali dan atuk dan nenek itu,,,,,,


Allahu A'lam....



.
Read More
Assalamualaikum....

Semasa kita berumah tangga di hospital beberapa bulan lepas, setiap hari pastilah disajikan dengan makanan hospital. Sedap2 juga makanannya, tapi ada yang tak pedas, so sangat tidak menggamit selera. Tapi dah tak ada pilihan, makan saja lah.....


Ini adalah ayam masak kari pekat. Yang ni memang sedap,,,,

Breakfast yang disajikan. Tak habis makan. Simpan lagi sekepingnya...


Lunch...ikan tenggiri asam pedas. Boleh tahan asam pedasnya. Kuahnya cair...agak sesuai untuk orang sakit. Boleh hirup2

Lunch juga.... 2 hidangan sayur dengan satu hidangan ayam sambal dan juga sup kosong. Of course bersama buah.... Biasanya buah kita simpan...makan 2-3 jam kemudiannya. Sudu garfu bukan kepunyaan hospital yer...

Mee sup untuk sarapan pagi. Kata orang jawa, rasanya agak cebleyh... Tak ada rasa,. Kuahnya hanya seperti air kosong yang direbus. Kalau ada cili potong mesti kick. So, kita hanya menghabiskan fishball dan sayur2nya. Mujurlah sayurnya banyak...kenyang juga la...


Yang bagusnya hospital Pantai di Ayer Keroh ni, mereka ada cafe yang menyajikan makanan yang sedap2. Cafenya hanya satu. Tapi mereka ada berbagai2 menu. Vegetarian, Malay food, Chinese food, Indian food dan juga Western food. Adam kalau datang ke hiospital ni, memang seronok menyopping food kat cafe jer lah....

Tapi disebabkan kaki kita sakit, so tak boleh nak merayap ke cafe. Hubby pun keje sampai malam dan tak dapat temankan kita, so hadap sajalah makanan daripada hospital. Syukurlah sedap2 belaka....hehehehehehe

Tapi, kalau di hospital kerajaan pun sekarang, makanannya semua sedap2 juga.... Cuma cara hidangannya taklah setaraf dengan hospital swasta. Pakai tray jer kan... Untuk orang yang tak kisah macam kita, asalkan makanannya secukup rasa, dah syukur dah kan...


.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama