Semasa kita berumah tangga di hospital beberapa bulan lepas, setiap hari pastilah disajikan dengan makanan hospital. Sedap2 juga makanannya, tapi ada yang tak pedas, so sangat tidak menggamit selera. Tapi dah tak ada pilihan, makan saja lah.....
Ini adalah ayam masak kari pekat. Yang ni memang sedap,,,,
Breakfast yang disajikan. Tak habis makan. Simpan lagi sekepingnya...
Lunch...ikan tenggiri asam pedas. Boleh tahan asam pedasnya. Kuahnya cair...agak sesuai untuk orang sakit. Boleh hirup2
Lunch juga.... 2 hidangan sayur dengan satu hidangan ayam sambal dan juga sup kosong. Of course bersama buah.... Biasanya buah kita simpan...makan 2-3 jam kemudiannya. Sudu garfu bukan kepunyaan hospital yer...
Mee sup untuk sarapan pagi. Kata orang jawa, rasanya agak cebleyh... Tak ada rasa,. Kuahnya hanya seperti air kosong yang direbus. Kalau ada cili potong mesti kick. So, kita hanya menghabiskan fishball dan sayur2nya. Mujurlah sayurnya banyak...kenyang juga la...
Yang bagusnya hospital Pantai di Ayer Keroh ni, mereka ada cafe yang menyajikan makanan yang sedap2. Cafenya hanya satu. Tapi mereka ada berbagai2 menu. Vegetarian, Malay food, Chinese food, Indian food dan juga Western food. Adam kalau datang ke hiospital ni, memang seronok menyopping food kat cafe jer lah....
Tapi disebabkan kaki kita sakit, so tak boleh nak merayap ke cafe. Hubby pun keje sampai malam dan tak dapat temankan kita, so hadap sajalah makanan daripada hospital. Syukurlah sedap2 belaka....hehehehehehe
Tapi, kalau di hospital kerajaan pun sekarang, makanannya semua sedap2 juga.... Cuma cara hidangannya taklah setaraf dengan hospital swasta. Pakai tray jer kan... Untuk orang yang tak kisah macam kita, asalkan makanannya secukup rasa, dah syukur dah kan...
.
10 thoughts..
merasa mknn hospi semasa bsalin dulu hehe
lapar2
nampak sedap hidangan di hospital swasta ni ye
saya biasa juga masuk hospital
hospital dah macam rumah no 2 saya, cuma saya hanya mampu ke hospital gov aje
makanan kalau tanya saya, alhamdulillah
saya tak berani nak mengutuk makanan
itulah rezeki yang diberikan saya terima seadanya
saya pernah nampak ada orang balik makanan ketika di hospital
mungkin dia tak tahu bahawa itulah rezeki yang ALLAH berikan tuk dia aritu
anyway, salam maal hijrah kak =)
Kalau kakak ni jenis tak kisah Ziela. Janji boleh isi dlm perut oklah. Tengok dari yg Ziela tunjukkan tu pun pada kakak dah ok sangat tu...
mkn hospotal x sodapp
takdelah teruk mana makanan di hospital.. Alhamdulillah masih diberi makanan dari tak dapat langsung kan kak.. ;)
saya suka tengok bila hidangan dihantar untuk pesakit sebab nanti saya dapat rasa sekali.. hehehe..
Makanan kat spital Gomen dah dipertingkat kak...OK...meal nya pun mmg healthy..mesti ada 2 set sayur + ayam/ ikan...:)
Mengapa pula ter ingat makanan hospital - tidak dihotel mewah. Keran maal hijrah agaknya, azam baru, sederhana dan jaga badan seperti Pakcik
Masuk hosp masa bersalin jer, merasa la jgk makanan hospital..
Duduk hospital masa bersalin dulu semua makanan automatik jadi sedap. Hahaha
Catat Ulasan