Satu-satunya adik lelaki kita menerima kehadiran anak ketiganya 2 minggu lepas. Satu-satunya anak lelaki beliau. Disebabkan isterinya melahirkan anak melalui pembedahan, maka anak ketiga ini adalah yang terakhir. Mujurlah dapat juga seorang anak lelaki.
Disebabkan keadaan kita yang tak boleh jalan banyak2 lagi dan hubby pula sibuk, maka kami agak terlewat untuk menziarah. Tambahan lagi babynya demam kuning. Agak tinggi reading bilirubinnya. Keluar masuk hospital jer...sebab bila turun sikit, doctor discharge...bila tinggi, masuk balik.
Walaubagaimanapun, kami tumpang gembira dengan kehadiran baby ini. Maka Adam bukanlah satu2nya abang antara cucu2 mak dan ayah.
Kita dengan hubby biasanya akan pilih barangan apa untuk dihadiahkan dan akan minta promoter untuk balutkan jadi hamper. Memanglah banyak hamper yang ada, tapi saja lah nak pilih saiz dan corak ikut kehendak sendiri. Tapi kalau dah nak cepat, kami sambar juga lah yang readymate.
Kami pergi ke kedai Manjaku di Malim, Melaka minggu lepas. Antara jenama2 yang banyak, hanya jenama Tenderly sahaja yang bertugas dan sudi bekerjasama dengan muka yang manis bila kami suarakan permintaan kami. Banyak jenama yang promoternya tidak bertugas walaupun kami suka jenama lain. Ada juga promoter yang acuh tak acuh jer layan kami. Ada juga yang masam2 muka dengan suara keras2 menjawab pertanyaan kami. Oh, kalau orang yang tak ikhlas kerja ni, pinggan tak retak, nasi tak dingin lah jawabnya....
Walaupun tak pernah lagi beli barangan dari jenama Tenderly, tapi bila dah terpaksa, kami terpikat juga. Yer lah, baju2nya agak berkualiti juga. Cuma mungkin tidak berapa banyak pilihan.
Kita sempat bergambar dengan 2 orang promoter yang bertungkus lumus menyiapkan hamper tersebut. Bila kita dengan hubby ajak bergambar, bukan main malu2 lagi mereka berdua ni. Hamper tu, ada barang2 yang berbeza di bahagian depan dan belakang. Agak banyak juga la.... Jadi la sebagai permulaan untuk anak buah yang baru.
Lepas ni, ada lagi 2 hamper yang menunggu giliran. Kakak ipar kita yang anaknya dah nak masuk 4 bulan, hehehehehe dan adik bongsu kita yang akan melahirkan tahun hadapan. Makin meriah family kami. Alhamdulillah, rezeki Allah bukan setakat wang ringgit dan harta benda saja. Anak2 yang ramai merupakan salah satu kekayaan dunia dan akhirat. Cuma rezeki kami, hanya Adam seorang.
Oh, tak sempat nak bersahur pagi tadi, so miss puasa. Insya Allah esok, jom ramai2 puasa.
.
8 thoughts..
acik pun baru dapat cucu sedara baru...taoi belum sempat nak pergi..nanti acik pun nak cari jugak la..
acik Alhamdulillah dapat bersahur dari hari Isnin..semoga esok pun dapat in Syaa Allah
Nak beli utk anak sendiri dah tak ada peluang dpt beli utk anak buah pun seronok kan Ziela..
Congrats dpt anak sedara baru
Best nyer bau baby
Why u x leh jejln jauh kaka?
Not feeling well ker?
Teruja bila dapat tau ada dikalangan adik-beradik atau saudara-mara yang dapat ahli baru.. ;)
Hello Aziela, everytime I read your postings, even though my bahasa out of tune, its your mention of towns or places you visit that revives my memories.
This time Malim, Malacca.
Ya...I remember Malim, not so well now, been a long time....old days used to buy duku langsat from there.
As well had a relative living in an estate somewhere there.
I suka nama kedai tu, 'Tenderly'..
Where I am ada kedai baju nama "8 Inches". I belum tanya tu lady owner what or why that '8 Inches', ha ha.
Have a fun weekend. Da beli shampoo? Ha ha.
Lee.
Melihat anak orang bagaikan anak sendiri.. syukur dengan anugerah.
seronoknya shopping baju baby wakaupun bukan utk anak kita..
kak pun suka sangat bila ada peluang p bahagian baby..
syukurlah Allah beri kita zuriat walau seorang berbanding oranglain yang tak de satu pun, kan aziela..
kak sendiri pun after ten years, baru dapat 2 hero tu..
tahniah untuk sis n family..
memang kadang-kadang kalau salesgirl tu OK, tak rasa nak bel;i pun terus terbeli.
Catat Ulasan