Kari Daging Berserai Untuk Aidil Adha

10 comments
Assalamualaikum.....


Ah haaaa....inilah satu2nya menu yang kita masak di pagi raya Aidil Adha tahun ni. Bukan apa, kami kan beraya di rumah ibu bapa. So, kita masak satu jenis sebagai buah tangan bila pergi rumah mereka.

 Perancangan awal nak masak rendang daging jer, tapi bila difikirkan semula, eloklah masak kari. Boleh cicah dengan lemang atau nasi impit kan. Lagipun, hubby kurang makan pedas sekarang. Kalau masak rendang, kena pedas baru ada kick. So, kari ialah menu selamat.

Oleh kerana kita jarang masak kari sebab biasanya tak menepati piawaian hubby, maka kita tergolong dalam orang amaturlah. Lepas muhasabah diri dan sedar diri, sila google resipi dengan segera.

Yesss....berkenan dengan resipi Kari Daging Berserai ni. Kita jumpa dalam blog masakan tersohor iaitu Puan Azlita dari blog Masam Manis. Puan Azlita pula memanjangkan resipi dari blog masakan yang terkenal di Malaysia iaitu blog Tiffin Biru yang dikelolakan oleh Cik Mat Gebu, atau En Adnan.

Melihat cara hidangan dari Kak Ita dan CMG, kita terpanggil-panggil nak mencubanya. Walaupun tak dapat follow sebiji2 bahan2nya dan kekurangan sana dan sini, namun hasilnya sangat menggembirakan. Hubby kita yang sangat cerewet tu tak habis2 puji kari daging kita ni. Alhamdulillah. Lepas ni, bolehlah masak lagi since ada keyakinan sikit nak masak kari daging ni.

Oh, kita hanya gunakan sebatang serai dan kerisik itu kita tambah dan jadikan 2 sudu besar kerana daging kita anggaran dalam 700gm. Santan pun, guna santan kotak M&S 500ml saja.

Ok, jom tengok resepi.



KARI DAGING BERSERAI
By : CMG

500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk (*kita guna 700gm)
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam (*kita guna 5 biji)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (*kita gantikan dengan 2 batang lobak merah)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's) (*kita tambahkan jadi 3 sudu besar)
1/2 cawan pati santan (*500liter santan kotak M&S)
1 camca besar penuh kerisik (*2 sudu besar)
1 keping asam gelugor (*2 keping kecil)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka (*kita tambah jadikan satu sudu setengah)

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (*kita tak letak sebab dah habis stok)
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus (*kita guna sebatang sahaja)

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut


Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan. 



Kari ini kejadiannya agak pekat sedikit. Jadi memang sesuai untuk dimakan dengan lemang, nasi impit dan ketupat palas. Keluarga kita di PD tak biasa makan kari yang pekat, tapi kali ni mereka mengakui kelainannya.

Walaupun tengok resipi macam panjang berjela, tapi bila diperhatikan, bahan2nya mudah sahaja. Kita siap memasak dalam masa satu jam. Itupun sebab masa tu lah baru terkial2 nak kupas bawang, nak blend cili dan bahan2 lain.... Disebabkan takut daging liat walaupun guna daging batang pinang, kita rebuskan juga daging sementara kita menyediakan bahan2 lain. Kemudian, kita tumiskan dalam kuali dan masukkan bahan tumisan ke dalam periuk daging yang direbus. Keluarga kita panggil teknik ni tumis darat. Tak kisahlah kan...janji menu ni berjaya dihidang dan mendapat sambutan.

Kalau kita yang amatur pun boleh, anda pun boleh juga.....


.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

sudipVSsenduk berkata...

sesungguhnya mesti gagal kalau masak kari, kejap cair, kejap pekat, terpedas la, termanis pun ada.. huhuhu

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Akak kalu masak kari memang boh serai, lengkuas memang jarang letak dan jarang ada stok lengkuas kecuali nak masak asam pedas tetel baru beli, hihi

ellynadyra berkata...

kalau cik abang puji tu confirm la sedap kan kak!
nampak pun sedap kak kat gambar tu

Yana Yani berkata...

saya kan secara jujurnya tak pandai masak daging
jumpa daging pun masa raya korban
lepas tu bercinta nak potong sebab kena ada teknik
tapi nak tak nak kena juga belajar...hehe

NzA berkata...

caiyok...caiyok...mesti sedap tu..akak xpernah pulak letak serai dalamkari...ni boleh cuba.

Aziela berkata...

@sudipVSsenduk Kak, kita sekapal..hehehehe

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Saya pun memang kurang pakai lengkuas kak. Tu yg takder stok tu..hehehe

Aziela berkata...

@elly nadyra Ha...yg ni confirm sedap dik...hahahaha

Aziela berkata...

@yana yani Akak baruuu jer pandai potong daging ni Yana...Lebih kurang 3-4 tahun lepas jer...hehehehehe...

Aziela berkata...

@NzA Saya pun tak sangka kari serai ni sedap kak....