Sup Ekor Goreng (Fried Oxtail Soup)

12 comments
Assalamualaikum.....

Antara yang kami suami isteri target ialah sup ekor goreng di Restoran Singgah Selalu, Danga Bay, JB. Kami pernah makan sekali dulu dan tak sangka sedap sangat. That's why lah nak repeat. Oleh sebab itulah, kami sanggup berlapar untuk menikmati hidangan ini.

Baiklah, semalam ada yang rindu nak tengok gambar makanan, nak baca tentang makanan. Tapi sentap tau bila orang chop kita ni hidup untuk makan. Hahahahahhaa. Tapi sebenarnya, bila ada gambar makanan memang itulah yang gambar yang menarik di dalam blog kan.



Sup ekor goreng. Kalau first time dengar mesti pelik. Macam mana nak goreng sup?


Basically, inilah bendanya. Ekor lembu yang direbus empuk dan dimasak sup dengan herba2 dan rempah2 yang sangat menyegarkan diserap ke segenap lapisan daging tu sendiri. Selepas di 'sup'kan, daging2 ini akan dikeluarkan dan digoreng pula garing dengan rempah2 dan bahan2 dan rempah2 segar. Apa yang boleh dirasa dalam tumisan ini ialah cili, bawang, serai, ada sedikit daun limau purut dan halia.

Jadi, bayangkan daging yang direbus dengan segala macam rempah yang segar dan berperisa, kemudian digoreng garing pula dengan rempah ratus lain di dalam kuali. Maka hasilnya, daging yang agak garing di luar dan sangat lembut dan empuk di dalam ini, dihidangkan panas2 dihadapan anda. Semerbak bau harumnya. Bila anda makan, digandingkan dengan nasi pula, pasti akan terserlah rasa yang sangat mewah. Mewah dengan rempah ratus Asia dan mesra dengan deria rasa. Ianya tidak 'tajam' walaupun isi rempah ratus tu macam dari elemen yang menyengat. Sebaliknya, gabungan tu semua lembut pada selera kami. Kalau ada yang suka pedas, gigitlah cili padi potong tu. Tapi kalau suka yang pedas manja2, ketepikan saja cili potong tu.



Ini adalah hidangan satu set sup ekor goreng bersaiz medium. Sepatutnya kami berdua, dah cukup dengan saiz kecil, tapi maklumlah...ekor ni, lebih tulang jer sebenarnya. Dagingnya sikit. Lemak2, kami tak makan..hehehehe. Maka kalau ambil saiz kecil, alamat terkulat2lah menghirup sup semata.

Supnya memang sedap. Penuh dengan rasa rempah tetapi ringan. Maka hasilnya, memang menyegarkan. Cuma masa kami makan tu, sup tu macam sedikiiittt masin. Makanya, menu ni, memang sesuai untuk makan tengah hari mahupun makan malam.

Untuk nasi, kita makan nasi mandhy.

Apabila order makanan dalam keadaan yang sangat lapar, maka inilah hasil bisikan nafsu. Makan dengan nasi mandhy ini. Tapi ini kita yang order. Hubby order nasi kosong jer. Jadi selain sup ekor, kami makan makan ayam bakar mandhy ni kongsi berdua. Basically, tak adalah membazir.

Tambah lagi satu, kita order tauhu Jepun sizzling.



Sedapp...kita suka. Satu set ni kalau kita ratah sorang pun, kita boleh habis kot. Dalam pada makan tahu dan isi2nya, rupanya di sizzlingkan sekali dengan udang yang kecil2 tu. Hmm...memang sedap.


Lain orang, lain kegemaran mereka di restoran ini. Bak kata Amelia, memang agak mahal sikit harganya. Tapi kami sekali sekala. Setahun mungkin sekali saja...so, ok lah kot.

Kesimpulannya, kami memang berpuas hati.






Short English Version

(will be continued later....)

We have never eaten the fried oxtail soup dish anywhere before besides here in Restoran Singgah Selalu, Danga Bay, Johor Bahru. The restaurant is operationg 24 hours, so it's a convenient pit stop for travelers.

We had this dish once long time ago and we pledged each other that we must try it again and enjoy the taste fully. And so we did.

We asked for a medium size dish. The fried oxtail soup is actually the oxtail which is being boiled in a special broth filled with selected spices and finally the broth turned into a delicious soup contains soft and juicy oxtail in it. The process doesn't stop there. The tender and delicious oxtail then scooped out from the soup and proceed to be stir fried with chilies, garlic, onion, ginger, lemongrass and a few other aromatic herbs.

The final dish is served before you. A bowl of soup from the spiced broth and the tender, juicy oxtail fried until crunchy on the outside layer. With spices in the broth and herbs in the fried oxtail, you may even forget where you are supposed to head off after that.

We tried something new. We ate the dish with Arab's dish that is Mandhy Rice. The mandhy rice was good, but to pair it with oxtail, plain white rice could be better. Oh, I requested a sizzling Japanese toufu as well. It was delicious too. So soft, so flavourful and yet so mild. Definitely a soothing type of food.

Oh, we have to come down to Johor Bahru for these wonderful dishes, though....

.








.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 thoughts..

aizamia3 berkata...

suka order sup ekor tapi tak reti makan.. kihkihkih..
tapi tengok gambar tu terliur dibuatnya..

aizamia3 berkata...

psstt: nanti nak mintak chef hubby buat sup ekor goreng tu.. hehehe..

che mid berkata...

Next sem Farah akan ke UITM Pasir Gudang, jadi nampaknya CM akan turun selatan selalu le..boleh le ronda-ronda cari makan macam Aziela gak..

t.a.t.a berkata...

Astaghfirullahalazim. Beria saya tatal ke bawah (scroll down) nak baca versi Inggeris, tiada.

Sebab kan tiada versi Inggeris, maka saya punya komen pun dalam versi Bahasa.

Hehe.

Anum berkata...

wow2

NzA berkata...

Terliur tgkkn pic tu. Dapat rasai keenakan dan kemanisan dagingnya. Mmg unik.

Al-Manar berkata...

Mana Inggeris version itu?

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

menarik! menarik! Akk pun tak pnah makan sup ekor goreng ni tau Ziela

Kakzakie Purvit berkata...

Singgah selalu ini tempat kakak sekeluarga selalu singgah Ziela. Sudah menepati cita-rasa tekak kami sekeluarga...

Cho Zila berkata...

oo sedaptu.. tapi jauh bebenoler kalau nak perginyer...

Sukma berkata...

Favourite sup....sungguh menyelerakan...

erny firdaus berkata...

Mekasihlah..banyak info best ttg JB ni..esp the food. Plan nak pergi sana cuti bulan 3 ni... ;-)