Karate Tournament Adam

4 comments
Assalamualaikum.....

Minggu lepas, Adam dan Firdaus menyertai tournament karate. Sejak mula belajar 2 tahun yang lepas, mereka baru sahaja dapat naik ke yellow belt iaitu peringkat 2. Dan inilah pertama kalinya mereka menyertai tournament atas arahan Master mereka. Pertama kali untuk mama dan papanya jugaa....

Memang lambat mereka nie. Salah satu sebabnya ialah sebab asyik skip kelas. Masa baru2 hubby pindah ke Kuantan, lagilah tak pergi kelas langsung. Kita tak tahu di mana ada karate class di Kuantan. Kalau tahu, mungkin boleh enrollkan di Kuantan juga. Maka tak kisahlah balik Melaka atau Kuantan, tetap boleh ke kelas karate. Oleh sebab itu, maka berbulan2 tak pergi. Dahlah kelas yang ada 3 kali seminggu hanya dapat dihadiri seminggu sekali jer, itupun nak skip juga. Dan mereka berdua nie memang tak berapa ada talent dalam seni karate - do nie.

Tapi yang sebenarnya, tujuan kami enroll kan mereka dalam kelas nie hanyalah untuk mereka membina keyakinan diri dan juga untuk menjaga kecerdasan. Tahulah zaman sekarang. Tak banyak aktiviti luar rumah yang boleh mereka lakukan dek kerana jadual persekolahan yang penuh, juga faktor2 keselamatan. Oleh itu, inilah salah satu 'escape' utk masalah tersebut.

Tournament ini adalah tertutup dan secara kecil2an sahaja. Untuk persatuan2 karate yang didalam negeri Melaka saja. Itupun tak banyak yang join rasanya.

Disebabkan mereka nie tak berapa fokus dalam kelas dan selalu ponteng, disamping tiada langsung pengalaman, maka mereka kalah di pusingan pertama lagi. Heheheehhe. 2-2 nie bawak balik telur ayam. 8-0 mereka kena hentam. Segan juga sebab kita jerit2 sokong Adam, sedangkan orang lain senyap jer..hehehehhe. Kecuali yang dah semi final atau final, maka adalah pasukan masing2 bersorak. Tapi parents, kita sorang jer yg keluar suara. Haaa, tak pedulilah kan. Janji bagi semangat pada anak2.

Ok, meh layan gambar.




 Ini, masa baru2 sampai. Bersemangat lagi. Pagi2 kita dah bangun, buatkan cucur sayur untuk sarapan dan tortilla untuk bekalan. Air, sorang 2 botol.




 Lokasi pertandingan adalah di dewan SJK (C), Masjid Tanah, Melaka. Memang ramai yang berbangsa Cina. Rasanya yang Melayuada dalam 4-5 orang jer kot. Dan ada satu pasukan semuanya India...


Semua peserta berkumpul dan diberikan briefing tentang pemakaian vest keselamatan dan helmet keselamatan.


Ini kumpulan pertama, kategori 7-8 tahun. Masuk gelanggang, tunduk hormat pada lawan. Comellll sangat diorang nie. Kecik2 jer semua.


Ini kategori 7-8 tahun tengah lawan. Uisshh..seronok rupanya. Sangat bersemangat. Dengan jeritan hieyaahhh yang kuat dan nyaring dan tumbukan2 padu serta tendangan maut...memang mendebarkan. Siap ada yang nangis sebab kena tumbuk kuat walaupun pakai vest dan helmet. Yang dah kena serang, tak puas hati. Mereka sedaya upaya balas serangan dan siap kejar satu gelanggang lagi. Memang bersungguh dan mendebarkan. Ada yang kena tumbuk kuat sampai doktor dan team perubatan berkejar periksa rahang, gigi dan mulut. Memang power. Tapi adik tu tetap teruskan juga perlawanan sampai menang.

Jeng, jeng, jeng...Ini kumpulan Adam dan Firdaus. Mereka kategori 9-10 tahun. Ramai juga. Firdaus masuk team Aka (merah) dan Adam pula masuk team Auo (biru). Tunduk hormat pada peserta dan pengadil.

Adam dah bersedia untuk masuk gelanggang.

Maaflah, gambar dia fight, kita x ada sebab kita ambil video. Yang nyata, dia kalah. Dia macam takut2 nak tumbuk kuat2. Tumbuk dan tendang banyak kali, tapi macam sapu2 jer kat lawan dia...tak tumbuk padu, so tak dapat markah. Adam dan Firdaus, 2-2 sama. Kejar lawan bukan main lagi, sampai lawan terasak ke tepi gelanggang, tapi tak dapat markah. Sayangg,....

Mereka harus belajar dan fokus lagi. Harus banyakkan lagi pengalaman untuk berlawan. Kasi chance, ini first time untuk mereka. Tapiii....memang geram betul. Sebab selalunya Adam nie 'praktis' punching kat perut mamanya nie. Bukan main lagi eksen. Firdaus dengan Adam kalau bercerita, x nak kalah. Bila betul2 pertandingan, dapat telur ayam. Sampai sekarang kami semua dok kondem diorang...hahahhahahahaha. Dah geram dah Adam dan Firdaus. Masing2 bengkek sebab asyik kena perli. Diorang kata, in future nak tebus semula kekalahan nie. Bagusss!

And Adam, ada hukuman lebih berat. Disebabkan peperiksaan akhr tahun pun dia mengecewakan dan aktiviti luar nie pun hancur... maka dia dilarang sama sekali untuk sentuh remote Astro di mana2 rumah sekali pun, hinggalah dia baiki prestasi dia semula.

Adam terpaksa akur. Maka sekarang, dia dalam proses conquer tv 24 jam sebab nak gunakan sisa2 2011 sebelum 2012 menjelma dimana larangan akan berkuatkuasa.

Hemm..siaplah budak2 nie. Tahun depan tak boleh main2 sbb 2011 dah cukup diberi kelonggaran.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 thoughts..

RamRamCute berkata...

Tahniah Adam coz dh boleh pergi sejauh ini peringkat negeri Melaka lagi..anty rahmah proud of you. Lepas ni anty rahmah nak enroll amirul dengan afiq pulak kasi mereka ada rasa jati diri dan tak perlu ada rasa takut memanjang aje...hehehhe..nanti buleh tolong ajarkan amirul dan afiq ye.

Unknown berkata...

papa mifz maso sekolah rendah masuk taekwando..:)

Unknown berkata...

wah, bagus2....aktiviti cenggini yang berikan anak kito maso yang berfaedah di maso lapang

Aziela berkata...

Rahmah : Alaa...suka2 jer wakk... Abang Long dengan Abang Ngah sure enjoy punya nanti...


Papa Mifz : Atoknya dulu nak masukkan taekwando gak, tp kat PD pd hari Sabtu,s edangkan weekend, kami ada di Melaka. Tu lah terjebak dlm karate pulak.


Suhami : Yang pasti, dia ada keyakinan diri yg lebih baik...