Assalamualaikum.....
Uishhh...lama betul tertangguh entry Langkawi nie kan. Dah banyak kali dah orang lain pergi Langkawi dan dah habis story, kita yang dah basi cerita tak abis2 lagi nak story. Tak apalah... Sebagai bukti di masa akan datang untuk anak2 agar mereka tak lupa kenangan manis dengan kami. So, setelah seminggu (erkk...), mehlah kita sambung.
Hari Ke-3, kita dengan hubby keluar pagi2 untuk cari sarapan. Segan kami dengan Paksu sebab asyik dia jer yang belanja makan. So, kami bergegas keluar cari nasi lemak, roti canai, kuih muih dan air panas. Di jambatan flyover menghala ke pekan kuah tu, ada satu van pagi2 park di situ jual berbagai macam jenis kuih dan nasi lemak serta makanan lain. Kuih2nya pula memang sedap2 belaka dan di tutup dengan elok. Persekitarannya juga bersih. Kita tak sempat pula nak ambik gambar van tu. Tapi kami semua makan dengan penuh selera pagi tu.
Lepas sarapan, tiba2 Pak Su kata dia nak gerak dah dengan family dia. Diorang nak shopping last minute dan terus nak balik. Tiket feri mereka petang. So, kami pun lepaskan mereka pagi tu.
Lepas tu kami pula bersiap2 untuk teruskan perjalanan menikmati persekitaran Langkawi. Kali ini, kami nak jalan2 santai pusing pulau jer. Kami ikut jalan sebelah pulau yang terletaknya kompleks2 pejabat kerajaan dan stadium Langkawi. Barulah tahu, owh, sini ada sekolah, qwh, IPD Polis, dan sebagainya.
Kami melalui kawasan Galeria Perdana. Kita sebenarnya sukaaa sangat masuk situ. Dah masuk sekali sebelum nie. Ingat nak masuk lagi, sebab tak habis pusing dan menikmati hadiah2 yang pernah mantan PM terima dari seluruh dunia tu, tapi ahli rombongan yang lain semuanya tak nak pergi situ. Tak apalah. Nanti lain kali nak enjoy kat situ juga sendiri....
So, kami lalu kawasan Kilim River yang akan kami pergi esok. Punyalah banyak kereta kat situ. Nasib baiklah kami tak schedulekan hari nie untuk ke situ. Kami teruskan lagi perjalanan dan berjumpa dengan Kompleks Telaga Air Hangat. Kami tak masuk dalam pun sebab ini pun x dapat sambutan juga dari ahli rombongan. Cuma, kita cilok gambar dari google untuk rujukan.
Kebetulan amsa tu dah mula panas terik sebab dah pukul 11.00 lebih. Jadi, air panas dalam cuaca panas tidak berapa menarik ideanya. Kami cuma guna tandas awam di situ jer. Tersangatlah bersihnya dan luas sangat. Memang baguslah terjaga kebersihan kompleks nie. Recommended place to go. Berbaloi dengan harga tiketnya. Dalam RM4.00 sorang dewasa rasanya. At least kita nampak hasil collection tiket tu digunakan sebaiknya kan...
Seterusnya kami teruskan perjalanan. Wah, nampak pusat kristal pula. Semua kami memang langsungg x pernah ke tempat kristal, maka kami pun singgahlah. Sayangnya masa tu dah melepasi pukul 12.00 tgh hari, so kilang tutup. Actually kedai cenderamata dia pun dah nak tutup, tapi kami masih dibenarkan masuk. Teruja sangat masuk sini. Tak ambil gambar depan kilang tu, tapi ini banner di jalan masuk ke kilang dan kedainya...
Tak dibenarkan ambil gambar, tapi kita suruh juga Adam dan Firdaus posing selamber. Kita cepat2 curi snap snap. Di belakang mereka tu adalah ukiran2 kecil. Dalam harga antara RM10.00 ke RM30.00. Ishh..rambang mata sungguh tengoknya. Nak beli, terfikir pula nanti nak bawak naik feri..takut pecah. Lagipun, tak ada almari hiasan di rumah. So, kat mana nak dijadikan hiasan? Tapi sebagai kenangan, kami belilah juga beberapa ukiran yang kecil2. Sangat cantik dan teliti pembuatannya.... Ishh..kalaulah ada almari hiasan di rumah... Esihh..jauh pulak merepek.
Selesai di situ, kami teruskan perjalanan. Jalan2 lagi ke depan, kami nampak signboard menuju ke Tanjung Rhu. Dlm peta di tangan pun ada, so kami menuju ke Tg Rhu, sekadar sight seeing. Lagipun memang tak pernah sampai kan....
Wah, pasirnya memang halusss dan sangat putih. Tengoklah gambar kat bawah nie.... Bukan main luass lagi pantai dia. Actually nak masuk sini, kena melalui pondok pengawal Tg Rhu Beach Resort dan mereka akan berikan kita peta. Dalam tu ada bahagaian pengunjung hotel dan bahagian untuk orang awam. Sangat sopan pengawalnya.
Adam dan Firdaus kena paksa berdiri tengah panas semata2 nak ambik gambar masuk dalam blog. Adam sekejap jer. Nasiblah Firdaus nie suka bergambar...
Kat sini pun ada banyak sangat kedai2 yang jual barang cenderamata. Disebabkan kami memang belum shopping, maka pulunlah shopping kat sini. Selesa sebenarnya sebab teduhhh jer kawasan tu. Tak panas, dan orang pun x ramai. Tak sesak langsungg. Tapi, niat asal kita dengan mommy tetap nak pergi shopping di Beras Terbakar sebab ada banyak kain batik kat situ.
Kami lepak di salah satu gerai untuk menghilangkan dahaga. Sorang sebijik buah kelapa. Segar sungguh rasanya. Kita ada suggest untuk lunch kat sini sbb dh tgh hari pun. Rasanya dah pukul 1, tapi semuanya kata kenyang lagi sarapan. Ok lah, takkanlah takder gerai atau warung lagi lepas nie, kan....
Dah habis shopping, dah habis minum, kami pun teruskan perjalanan.
Hah..! Nampak dah. Pantai Pasir Hitam. Kita memang teringin nak datang sini. So, kami parking di sini. Mommy dengan Ba dan hubby kita meneruskan misi shopping di sini. Ada food court juga kat sini, tapi x selera pula nak makan kat sini. Environment tak berapa memberangsangkan. Lagipun, kami ada kisah dengan tandas awam di sini. Nantilah, kita buat entry khas.
Sementara tunggu mereka shopping, kita ajak kanak2 jalan2 tengok pantai. Educational trip. Mereka pun bosan asyik shopping jer kan. Kita nie memang tak berapa minat shopping (tolong jangan pelik), so bawak dirilah.
Ada story, ada dongeng, ada fakta saintifik diterangkan dalam 2-2 papan penerangan nie. Tak salin pun, tapi memang faham dan ada idea sikitlah kenapa pantai kat sini pasirnya warna hitam. Nak tahu, kenalah datang sini yer...
Yer..yer... kamera kita x canggih, so tak dapat nak buktikan pasir itu memang hitam. Sebab dalam gambar nie, nampak seolah2 kawasan pasir tu redup jer, sebab tulah gelap dan hitam. Tapi pasir tu hitam lahh....
Selepas tu, kami teruskan perjalanan. Masa tu dah mula lapar dah. Maka kami pun looking forwardlah untuk mencari kedai atau restoran yang ok untuk makan. Malangnya, tak adalah pula. Kami pun teruskan lagi perjalanan dan masuk ke kawasan Datai. Perghh...memang terperosok sungguhlah kawasan tu. Hutan belukar di tepi pantai. Yang ada pun, family2 jer picnic kat situ. Kedai2 ke, food court ke, semua tak ada. Sekali sampai ke Datai Bay Resort. Eisshh...x sanggup pula nak makan kat situ sebab dah terbayang wallet kami akan tumbuh sayap dan terbang kalau makan di situ.
Usaha mencari lunch diteruskan. Di manalah agaknya kami lunch yer....
5 thoughts..
nnt kita lak nk wat entry gi langkawi! ehhehe
gigih saya membaca entry lagkawi yg lain kak..bagus ada blog ni kan.
psstt..saya tak penah pi langkawi pun..dpt baca dr sini pun okla kan..huhu
langkawi memang syiok....tp malangnya atok tak ponah naik keta kabel lagik pasal pie jo musti org ramai...
Update jgn tak update.. hehehe
mama tak gi la kat situ.. mama dok pusing2 pekan kuah je.. hihihi
CB : Wah, entry CB mesti menarik...
Kamalia : Yes...teruskan marathon pembacaan...hehehehehhe. Itulah kan, boleh jadi rujukan anak2 bila dah besar nanti.
Suhami : Memang ramaiiii tok. Kalau nak best, sebelum kaunter tiket buka, pagi2 atok mesti dah beratur kat situ. Itulah yang kami buat dulu-dulu.
Yana : Yer, mari kita update bersama-sama...hehehehhehe
Catat Ulasan