Setelah mendapat rehat yang mencukupi malamnya, kami bangun pagi esoknya dengan penuh tenaga. Pagi2 lepas subuh dah menebeng depan balkoni menghirup udara segar. Kemudian kami cepat2 bersiap untuk meneruskan agenda pada hari ini. Nak pergi naik bot untuk Kilim River Cruise.
Mula2, singgah di van bergerak dulu, beli kuih muih. Kemudian, singgah di satu warung sebelum masuk ke Kilim Geopark parking area tu untuk sarapan. Sarapan dengan kuih muih, air panas dan nasi lemak warung tu. Bestnya, ayam goreng panas2 dari kuali masuk pinggan.
Bersedia untuk bergerak...
Sebelum bot bergerak, ada photographer buat bisnes nie. Bagus sangatlah kan..siapa lagi nak ambil gambar nie kan... Adam jer yang terlindung. Dahlah pakai cap, pakai spek hitam dia yang baru beli tu, terselit pula kat tengah2. Nak sangat menyelit kat mamanya, ha kan dah kena block..hehhehe. Nampak muka separuh pun jadilah kan...
Susah betul nak dapat gambar romantik pasangan nie berdua taw... Kena snap curi2.
Elok sangatlah hubby nak buat muka mcm nie. Dia suka main2 tau kalau orang ambik gambar dia. Ha, nak sangat main2, biar satu Malaysia tengok perangai dia nie..hehehehhe
Ha, siapa rasa macam pernah tengok kapal nie...? Inilah bot yang ada di babak akhir filem Ombak Rindu tu. Yang Aaron Aziz dengan Maya Karin picnic atas dek kapal tu lah.. Budak bot tu yang beritahu kami. Dia pun ada tunjukkan bot dan brader yang bawa Aaron Aziz dan Maya Karin tengok Eagle Feeding kat Kilim nie... Huisshhh...glemer abang bot tu dia kata...
Ain, my sis in law. Penat dia jadi tukang 'tembak'. Kenalah 'tembak' dia juga kan...
Kami kemudiannya dibawa singgah ke salah satu 'fish farm'. Actually ianya adalah sangkar ikan untuk membela ikan2 sebagai tourist attraction and education. Jenis2 ikan, ikan ni makan apa, mcm mana, besar mana, banyak mana... semuanya diberi penerangan. Kita rasa ini adalah salah satu tempat lawatan wajib kepada sesiapa saja yang ke Langkawi. Bukan sekadar untuk shopping, nikmatilah pemberian Allah kepada kita...
Ini adalah ikan yang dah dipotong dan direndam dalam air, sebagai habuan ikan belaan sebagai pertunjukan.
Entah ikan apalah yang kami tengok tu agaknya.
Kami semua diberikan peluang untuk pegang belangkas, ikan pari dan beberapa lagi, tapi semuanya x nak. Hubby jer berani nak pegang belangkas. Kita? Malas nak cari sabun basuh tangan nanti..hehehehehe
Kami kemudian di bawa ke Gua Buaya. Tak pasti kenapa, tapi mulut gua di belakang kanak2 nie berbentuk kepala buaya. Sebelah kiri muncungnya, seblah kanan kepala matanya.. Kira pandangan sisi lah nie.. Tapi dengarnya, memang dulu jadi tempat sarang buaya, tapi Jabatan Perhilitan dah setelkan.
Masukkk dalam Gua Buaya, dan keluar the other side. Kalau air pasang, tak boleh masuk gua nie sebab air penuh dalam gua...
Hutan paya bakau yang satu ketika dulu menyelamatkan jeti dan penduduk persisiran dari kemusnahan teruk tsunami yang melanda. Walaupun banyak bot yang rosak, namun tiada kehilangan nyawa oleh kerana akar2 pokok bakau ini menjadi penampan ombak tsunami yang deras dan kuat. Kerajaan masih lagi meneruskan usaha menanam benih2 pokok bakau agar ianya diperkukuhkan lagi.
Kami keluar ke laut lepas selepas Sungai Kilim. Di permukaan laut, bentuk batu di sebelah kiri atas, menyerupai rupa manusia seolah2 orang Red Indian.
Dan di sebelah kanan bawah pula, menyerupai kepala orang, seolah2 kepala bayi di permukaan air. Nampak tak..? Siap ada pokok sebatang dua lagi atas kepala dia sebagai 'jambul'. Orang situ panggil baby face..hehehehhe
Dah keluar ke laut lepas. Mesti wajib bergambar di sini menandakan dah sampai ke Kilim Geoforest Park.
Ok, ini yang baru. Nampak tak bukit di tengah2 tu, yang sayuup jer tu? Ianya berbentuk seperti kepala seorang manusia sedang baring. Dahi sebelah kanan, mata, hidung, mulut dan dagu sebelah kiri. Subhanallah...
Kasutt...kasutt!! Kagum kan? Bentuk pulau nie betul2 seperti kasut. Orang bot kata, kasut Adidas.. Pergh...glemer Adidas.
Seronok? Yes..seronok.
(Kebesaran tuan blog adalah ilusi kamera semata2. Percayalaaaahhh!!)
2 thoughts..
best tu ronda2 dlm air...sejuk!!!!!
NzA : Panas juga kak, sebab pakai lifejacket..hehehehhehehe
Catat Ulasan