Assalamualaikum.....

Mencelah sikit sebelum sambung story mory pasal negeri Johor.


Baru2 nie, kami semua bekerjasama mengemas fail2 lama di pejabat. Fail2 yang dah berusia lebih daripada 7 tahun semuanya di musnahkan. Lagipun kami perlu ruangan untuk memasukkan barangan baru syarikat.

Apa yang pasti, tanpa mengira pangkat, jabatan dan mentaliti 'ini bukan fail aku' atau 'ini bukan kerja aku', kami semua bersama2 mengharungi lautan fail itu.

Tak semua syarikat dan pejabat ada mentaliti ini. Kita bersyukur kita berada di sini, di kalangan mereka2 yang mulia ini...


Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya habis baca buku nie. Karya pertama dari Eliza AB. Syukur Alhamdulillah sebab Eliza berjaya juga publish buku nie.

Kisah dalam novel nie memang sangat menarik. Agak pelik tapi tak mustahil langsung terjadi. Anyway, mana ada novel yang betul2 real story kan...

Ada percintaan yang perit dalam kisah nie. Bengkak2 mata kita nangis sampai sakit kepala2 hari sebab nangis banyak sangat. Sungguh2 menyentuh hati. Rintihan seorang ibu kepada arwah anaknya, kebergantungan seorang wanita yang tidak kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Tiada sesiapa yang sudi memujuk hatinya di saat2 dia melalui semua dugaan dan keperitan hidup. Maka jadilah dia seorang wanita yang tabah dan penuh berdaya survival.

Walaupun akhirnya happy ending, dapat juga dia sampai ke destinasi yang indah itu, namun kita sendiri tak pasti kalau kita berada di tempatnya, sanggupkah kita melalui segalanya...


Namun, ada satu fakta yang menarik. Tak pastilah sama ada ia perancangan penulis, mahupun its just come with the flow.

Heroin ada satu sifat yang lepas cakap. Sejak dari remaja, dia berani bersuara lantang atas apa2 yang tidak digemari dan kelantangan itu disertakan dengan sindiran. Dan bila kita kaji hingga ke muka surat terakhir, bukan sekadar di zaman remaja, hatta dalam mengharungi getir hidup pun dia tetap dengan kelantangan dan keberanian dia bersuara tanpa di tapis dan MENYINDIR.

Tak pernah lagi kita jumpa watak utama novel bersifat begini. Sangat menarik. Sebab ianya adalah realiti dalam kehidupan manusia. Ramai manusia yang kadang2 lupa untuk menjaga hati dan menjaga lidah. Perumpaan orang tua2 jangan di sangkal.

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan binasa

Exactly!

Inilah yang terjadi kepada watak utama ini.

Hanya kerana kelantangannya, sikapnya yang suka menyindir, hingga memalukan orang lain dan menimbulkan dendam di hati orang lain, maka akibatnya dia sendiri yang merana. Namun yang peliknya, dia tak pernah berubah. Mungkin watak utama tu tak habis muhasabah diri kenapa dia diberikan ujian2 itu.

Syabas penulis, sebab memberikan sisi lain kehidupan di dalam novel ini.

Bacalah. Mungkin anda dapat sesuatu. Owh lupa.. Gaya penulisan sangat selesa dan dekat dengan kita semua...

Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah masa weekend terakhir sebelum hubby mula bekerja semula. Alhamdulillah, hubby telah di sahkan sihat dan fit to work semula. Cuma... kalau hubby x berhati2, atau x er..err  reduce weight, maybe another 1 year time kena jumpa doctor tu semula untuk replace tulang yg dah rosak tu dengan titanium.

Ada perbualan yang agak kelakar dengan doctor masa tu. Kita tanya doc tu, people say kalau ada besi dalam badan, nanti hujan, guruh, kilat kita rasa sengal dan ngilu. Betul ke? Doctor tu punyaaalah gelak bila dengar soalan tu. Heheheh, tak rupanya. Mitos jer rupanya yer. So, basically it's psychology lah yer...

Onemore question : Kalau hubby pass by metal detector kat airport tu, nanti benda tu bunyi2 tak? Satu airport pandang, silap aribulan kena strip down plak. Puuunnn doctor tu gelak mcm nak rak. Dia kata memang akan bunyi, tapi they'll know it's inside the body. Should be no problem.

Ok..clear.

After that, dengan senang hati nak balik ke Melaka. Spend time with family before tenggelam semula dalam kerja2 yang menimbun.

Saja bawa Adam ikut jalan pantai. Dari Kuantan, masuk Sg Soi, ikut Cherok Paloh and tembus ke Pekan. Teruskan sampai Nenasi sebab Adam x pernah lalu perkampungan nelayan tu waktu siang. Bagi dia new experience tentang fishermen's life. Singgah di warung tepi kuala Nenasi tu seperti dulu and lunch kat situ.

Bukti Adam ada di Nenasi


Repeat order nasi goreng kampung yang malatops...

Seterusnya, lepas Nenasi, dah jumpa simpang ke Muadzam. Discuss dalam kereta, since tak ada plan apa2 weekend tu, kami decide untuk bawa Adam tour. Kebetulan malam pagi tu Adam siapkan homework sivik dia dan sibuk bertanya jawapan beberapa tempat tarikan Malaysia di negeri mana. So, sekadar untuk refresh. Mungkin masa kami bawa dia dulu, dia kecik lagi, tak boleh nak ingat.

Kami teruskan ke Rompin. Lalu pekan Rompin dan berpandukan kepada signboard dan GPS Papago hubby, kami tiba di Kuala Rompin. Sekadar survey kawasan memancing untuk hubby. Akhirnya kami tiba di Jeti Kg Bernas, Kuala Rompin.



Air surut masa nie, tapi port agak sesuai untuk kaki pancing. At least kami boleh temankan hubby bila2 nanti. Lepas puas menikmati angin laut, kami nak teruskan perjalanan ke Mersing. Tapi, baru gerak dari jeti tu beberapa kilometer, dah jumpa sekumpulan kaki pancing di tebing sungai. Berhenti lagi...





Tak taulah apa nama tempat nie. Tapi seronok agaknya berkelah sebab pokok besar tu memang redup jer bawahnya. Cuma, ikan kecik2 lah. Setakat ikan2 kuala seperti biasa contohnya gelama. Tapi, orang2 tu inform hubby masa borak2 tu. Kalau malam2 agak bahaya sebab 'keras' katanya. Diorang kata, pokok yg ada pun, pokok kayu ara.. memang kesukaan jin bertandang. Ishh, ada pula kan? Keraslah malam sebab kalau dahan jatuh, x nampak. kena kepala, kan susah... Lagipun jauh daripada penempatan. Kalau jatuh tebing ke, susah nak minta bantuan.

Anyway, kami terus ke Mersing. Dari tadi, x sampai2 ke Mersing kan.

Tiba di Mersing sejam kemudian. Selamat makan mee rebus dalam hujan renyai2 nanti. Terlupa nak ambik gambar. Kemudian, kami pergi beli ikan bilis pula sebab di Mersing, ikan bilisnya semua segar2 dan cantik2. Beli untuk mak dan mommy sekali.

Lepas berlari2 anak dalam hujan renyai memburu ikan bilis, tiba2 kami come out dengan idea baru pula.







bersambung......




Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Hari ni dah Jumaat kan? Esok dah start weekend. Bagi yang berkerja, mesti otak dah ingat weekends jer kan.

Anyway, kita nak sambung sikit dari entry INI.

So, lepas habis sekolah, mak dan ayah kita offer untuk pergi kelas komputer. Masa tu, komputer guna dos system. Belajar DBase, Lotus and Wordstar. Ha, pernah dengar? Kalau x pernah, anda generasi lebih muda dari kitalah tu.

Kebetulan pula, makcik kita offer jawatan guru ganti di sekolah rendah kita dulu. Wah, jadi cikgu pula.... Tak sangka!

Mengajar sesi petang, darjah 2 yang mempunyai 49 orang murid dari berbagai latar belakang dan bangsa.
Pukul 11.30 pagi biasanya dah tunggu bas sebab bas kat kg 1 jam sekali jer. Nak naik bas pukul 12.30, takut lewat sampai sekolah. Bell ring pukul 1.15 rasanya. Pulang biasanya naik bas pukul 7.00 malam. Sampai rumah dah almost pukul 8.00 malam. Solat, mandi, makan kelam kabut, 8.30 dah start kelas komputer di pekan terdekat. Pukul 10.00 malam baru habis. Selalunya ayah minta tolong 'kawan' kita jer yg hantar balik. Dia pun memang senang hati hantar balik every day.

So, daripada situ kita sedikit demi sedikit membina semula keyakinan diri. Berhadapan dengan anak2 murid yang melimpah dengan kasih sayang, berurusan dengan guru2 yang dulu mengajar kita dan kemudian tu jadi rakan sejawat, serta membina pergaulan dengan rakan sebaya memang betul2 memberi manfaat.

Jadi, apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, sekali lagi kampung kita bergegar sebab kita pecah rekod anak kampung pertama melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sedih kan? Melayu pada zaman itu masih takut2 nak keluar dari bawah tempurung, especially di kawasan luar bandar.

In fact, the whole family kita semuanya menangis teresak2 kerana terharu dan gembira bila dapat berita kita dapat pencapaian cemerlang dalam SPM. Sekali lagi, selama ini yang paling gah dan pandai pun, hanyalah mencapai pangkat 2 SPM di kampung tu. So, bila mak kata dapat pangkat 1 pun dah cukup, kita terasalah juga sedikit tekanan di situ. Tapi bila agregat SPM tu melayakkan kita duduk antara golongan cemerlang, semua orang tak sangka perempuan kampung nie boleh mendaki ke tahap itu.

Sebab apa?

Sebab, masa dah naik ke tingkatan 5, sekolah kita aim pencapaian SPM 100% pangkat satu. Dan sebab rasa rendah diri yg melampau kita, ianya memberi kesan dalam pencapaian akademik. Setiap peperiksaan dan ujian, pasti nama kita di umumkan di pembesar suara sekolah untuk perjumpaan khas dengan guru besar kerana gagal meraih pangkat 1. Ok, bukan kita sorang lah.. Adalah 20++ orang agaknya.

Lama2, kita rasa bosan sebab asyik jadi glemer jer.

Terus ketepikan sikap rendah diri, buang rasa malu dan belajar sendiri mencari formula terbaik untuk fokus dalam pelajaran.

Alhamdulillah, trial SPM masa tu kita dah terkeluar dari kumpulan itu. Tapi yang buat marahhh sangat sebab nama kita tetap di umumkan untuk perjumpaan itu. Cehh!

Rupa2nya, GB memberi pujian dalam perjumpaan itu dan minta kita kongsi petua dan langkah yang kita ambil untuk ke tahap itu. Astaghfirullah... Kita Husnu Zhon (bersangka buruk) dengan Guru Besar sendiri...

Jadi, pencapaian sebenar SPM adalah kerana kita merentap diri sendiri keluar dari semua sifat negatif itu. Bertepatan dengan dalil Allah, kita sendiri yang boleh merubah diri kita. Bukannya orang lain... Kita sendiri yang harus memotivasikan diri kita sendiri. Bukannya orang lain..

Jadi, bila memulakan kehidupan di matrikulasi, sedikit demi sedikit kita teguhkan yang mana lemah.

Antaranya ialah menyibukkan diri dengan aktiviti2 extra. Nanti kita cerita satu persatu aktiviti yang kita join dan faedahnya yer...






Read More
Assalamualaikum.....

Sagu gumpal


Ok, pencahayaan yang tidak sesuai langsung... Jadilah sagu gumpal tu terlindung di bawah bayangan mangkuk..

Anyway, ada sesiapa pernah makan dan mesti ramai yang tak pernah makan kan? Hehehehhe.

Ini adalah manisan dari negeri pantai timur. Terengganu rasanya.

Anyway, masa di Kuantan itu hari, tiba2 nampak ada gerai jual kuih nie berisi satu bekas besar kuah santan yang ada ketulan2 dalamnya. Hubby kata dia teringin nak makan badak berendam tu. Dah lama tak makan. So, berhentilah.

Dengan penuh confident, kita mintak RM2.00. Asing plastik singgit2. Sekali bila makcik tu cedok, baru perasan lain pula rupa badak berendam nie. Tanya kat makcik tu, apa ke bendanya nie. Makcik tu kata sagu gumpal.

Ok, dah order, dah kuar duit, makcik tu dah cedok pun, takkan nak kensel pulak. Anyway, bolehlah juga try food baru.

Bila sampai di rumah, hubby langsung tak nak. Adam pun cuakk jer. Kita la yg first rasa.

Bila makan, eh sedap. Sagu tu memanglah tawar, tapi bila di makan sekali dengan kuah santan yang lemak2 dan manis2 buah tu, rasa sedapp pula. Ada elemen surprise. Rupanya, dalam gumpalan sagu tu, ada inti kacang hijau.

Bayangkan...

Rasa sagu tawar tetapi bertekstur macam liat tapi lembut tu di makan dengan kuah santan yang lemak dengan rasa manis2 buah dan diserap oleh sagu2 tu. Dalam pada mengunyah, tiba2 kunyah pula inti kacang hijau  tu..

Perghh....sedapp...

Adam makan sikit dulu, kita suap. Lama2 dia habiskan lagi 2 biji.

Lagi singgit tu sempat bawak balik PD. Family kat PD pun x pernah rasa and diorang pun kata sedap. Tak pernah jumpa juga kuih nie kata mereka.

Ada lagi manisan pantai timur yang kita nak sharekan. Maklumlah, kami nie org selatan, so macam jakunlah sikit...


Read More
Assalamualaikum.....

Kita membaca posting Ummu Ilham dari blog Fastabiqul Khairat.

Beliau telah sudi berkongsi ilmu tentang kesalahan peribahasa Melayu yang puncanya hanyalah dari peralihan tulisan jawi ke tulisan rumi. Kita pasti, ramai yang tidak sedar tentang hal ini dan mungkin juga guru2 Bahasa Melayu sendiri pun tak dapat menjawab dengan tepat bila di tanya anak murid.

Antara yang jelas dan nyata yang telah dibentangkan oleh beliau ialah seperti berikut :


1.) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Persoalan : Secara rasional, macam mana pagar boleh makan padi? Pagar tu makan pun tidak. Lagipun, mana ada sawah pagi berpagar kan?
 Penjelasan : Yang sebenarnya 'pagar' itu bermaksud burung pegar. Pada zaman dahulu, burung pegar ni digunakan sebagai kawalan biologi oleh pesawah bagi menghalau serangga atau makhluk perosak sawah padi.


2.) Bagai melepaskan batuk di tangga
Persoalan : Kenapa tak boleh batuk kat tangga? Kena batuk kat dalam rumah ke, kat luar rumah ke? Atau, kenapa batuk? Kenapa bukan sedawa, atau bersin?
Penjelasan : 'Batuk' dalam peribahasa itu ialah sebenarnya batok. Batok ialah sejenis alat yang berfungsi seperti gayung dibuat daripada tenpurung kelapa. Digunakan untuk menceduk air. Dulu2 nak naik rumah (rumah dulu2 semua ada tangga kan?) kena basuh kaki dulu. Cedok air kat tempayan pakai batok tu, lepas tu cuci kaki. Bila dia lepaskan jer (campak) batok tu atas tangga, maknanya perlakuan dia tak sempurna. Dia sepatutnya kena letak semula batok tu di tempayan.

Ok, untuk sesiapa yang nak baca lebih lanjut daripada mana Ummu Ilham dapat maklumat ini, atau bagaimana rupa ayam/burung pegar dan rupa alat batok tu, bolehlah jenguk posting beliau di SINI.

Untuk Ummu Ilham, mohon izin share di sini. Semalam kita dah cuba comment, tapi asyik ada error jer. Ruang komen tak nak keluar.

Read More
Assalamualaikum.....


Teh Tarik & Buah Kurma
Read More
Assalamualaikum.....

Kita dapat background blog free....hehehehhehe

So, macam mana? Suka x?

Kita suka, sebab gambar langit. Natural gitew, sesuwaii nak letak My Rainbow kan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Yuseri. Baikkk budaknya. Kita ingat nak tempah, tapi dah tergolong dalam yang terima free. Terima kasih yer dik......

Cumaa, header tu langsung tak matching ngan background baru nie. Masalahnya, header tu ada sentimental value. Best friend kita yang hadiahkan...and kita memang sayangg sangat header tu.

Tapi nampak sangat weird...

Tengok dululah macam mana keserasian dengan mix and match nie.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama