Assalamualaikum.....


Sejak minggu lepas lagi kita dah sibuk2 konon nak minta bantuan untuk cari orang yang susah. Tapi, oleh kerana terlalu suntuk sangat masa yang ada dan senarai yang diperlukan tidak kesampaian, maka kami terpaksa membuat keputusan yang pantas.

Kami terpaksa melibatkan ahli politik.

Oh yes.... semalam, gambarnya freshhhhh. Click2, terus upload ke blog.

Selasa petang, kami mula 'bergerak' selepas mendapat maklumat dan informasi daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah. Knowing her, Datuk Azizah akan segera bertindak sekiranya ia melibatkan hal-hal kebajikan.

 Mula senaraikan barang2 yang ingin disumbangkan. Satu pasukan dari syarikat kemudiannya telah bergerak ke Hypermarket Mydin di Subang Jaya. Alhamdulillah, prosesnya menjadi mudah. Tak perlu shopping tolak troli. Kami berbincang dengan pengurusnya dan nyatakan barang yang kami perlukan. Kemudian, order terus dihantar ke stor Mydin dan kakitangan mereka dengan pantas menyediakan barang2 tersebut. Bayar di kaunter cashier seperti biasa hanya dengan scan code product yang disediakan.

Kami kemudiannya sewa sebuah lori di malam2 hari tu untuk membawa pulang barang2 tersebut. Proses yang sangat mencabar ialah memindahkan barang2 dari lori masuk ke dalam pejabat kerana pejabat kami agak jauh daripada pintu masuk bangunan.

Dan pagi semalam, iaitu Rabu, seluruh tenaga kerja kami yang tiada komitmen yang lebih penting untuk syarikat, bergerak bersama berganding bahu dengan tangkas dan pantas untuk menyediakannya. Kami menerima senarai penerima sumbangan untuk seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah 400 orang penerima. Oleh itu, daripada plan asalnya memberi banyak kepada kuantiti sedikit, terpaksa di jadikan memberi sedikit kepada kuantiti yang banyak. Semoga yang sedikit itu dapat memberikan senyuman kepada penerimanya nanti.

Kami sebenarnya beri 2 beg kepada setiap penerima. Satu beg yang berisi beras dan satu beg lain yang mengandungi bahan2 iringan lain.


Semasa sedang memunggah untuk packing

Sekilo untuk setiap penerima

Sebotol untuk setiap penerima

Sekilo juga untuk setiap penerima

Tanpa mengira jantina, pangkat dan darjat...

Kami tetap gembira walaupun keletihan dan tidak berdaya... Oh, ada 2 orang rakan blogger di dalam gambar ini. Siapa dapat nyatakannya?

Akhirnya... semua telah siap di packing

Ikatkan 2 bag menjadi satu. Satu set untuk setiap penerima


Lautan padi barangan sumbangan

Sampai tak boleh masuk langsung meeting room kami

Barang2 makanan

Close up : Milo, susu pekat, bee hoon, minyak, kordial dan gula yang tersembunyi di bawah bee hoon.

Kami juga bersyukur kerana kami tidak perlu mengagihkan kepada penerima secara individu. Sekurang2nya tugasan kami menjadi sedikit ringan. Tak kisahlah anda atau kami sokong parti mana sekalipun, namun bila tiba kepada perkara kebajikan, lebih baik diketepikan segala unsur ini, kan. 



10.30 pagi, Skuad Sayang Titiwangsa yang pertama tiba

Selang beberapa minit, Skuad Sayang Wangsa Maju pula..

Alhamdulillah, sehingga jam 6 petang, skuad yang terakhir tiba adalah dari kawasan Seputeh. Setiap bahagian menerima peruntukan untuk 30 penerima sumbangan.

Kita sempat berbual2 dengan skuad daripada bahagian Setiawangsa tadi. Katanya, dalam kawasan mereka ada banyak kawasan PPR, maka ramailah golongan yang miskin seperti yang dikategorikan oleh Pusat Zakat di situ. Namun sayangnya, tidak banyak sumbangan yang mereka terima pada tahun ini. Hanya jumlah2 yang sedikit dari surau2 dan masjid2 sekitar. Sehinggakan kata mereka, ada di antara golongan2 ini yang acap kali bertanya : Tiada sumbangan Hari Rayakah untuk mereka tahun ini? Terpaksa ahli skuad memujuk supaya mereka bersabar. Rezeki Allah, gerak hati dari Allah, kami di pertemukan dengan mereka yang memerlukan ini. Bukan main bersyukur lagi ahli2 skuad ini semua bila kami menyampaikan niat untuk memberi sedikit sumbangan.

Benarlah, pada kami jumlah itu sedikit. Berapa lama sangatlah yang keluarga itu dapat bertahan dengan pemberian kami yang tak seberapa. Tetapi bila disedarkan dengan kesyukuran penerima, kita insaf. Mungkin sekurang2nya keluarga2 ini dapat berhari raya dengan air oren. Dapat menjamu keluarga dengan bee hoon sup kosong. Dapat meneruskan hidup sehingga hujung bulan dengan beras itu bagi menampung anak ke sekolah. Dapat memberi anak minum milo yang telah lama hanya mampu dipandang di kedai2.

Alhamdulillah, Ya Rabb...

Terima kasih di atas doa kawan2 sekalian. Keikhlasan doa kalian amat bermakna bagi kami.


Note : Menjelang petang, seluruh kakitangan telah melepek kelelahan. Ada yang dah pitam kerana terlalu penat. Kita sendiri hampir tersungkur. Namun Alhamdulillah, puasa dapat di pertahankan berkat usaha murni.


.
Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Kita ingin mengambil sedikit masa pembaca sekalian untuk singgah sebentar dan jenguk2 tawaran hebat dari Toyota ini. Sekadar membantu seseorang..... apa salahnya kan. Walaupun blog nie tak ramai pembaca, tapi anda yang sudi membaca ni, harap2 bolehlah bantu sebar2kan berita ni yer...



Terpulang kepada penilaian masing2, tetapi sejak hubby memiliki Toyota, kami dapat rasakan performancenya tak kurang langsung dari Chevrolet. Malahan prestasi dan maintenance enjinnya sangat sesuai dengan kita di Malaysia.

Jadi, untuk sesiapa yang tercari2, dan terfikir2 untuk mempertimbangkan Toyota sebagai kereta baru, tak kiralah untuk Hari Raya Aidilfitri mahupun selepasnya, bolehlah menghubungi En Ahmad.

Encik Ahmad : 010-255 7596

Sepanjang yang kita mengenali beliau, Encik Ahmad mempunyai skill public relations yang excellent. Beliau akan melayan permintaan anda, panggilan anda, pertanyaan anda, tak kiralah penting atau tidak, waktu kerja atau tidak.

Kita harap anda yang ingin berurusan dengan beliau tidak akan mendapat servis yang tidak memuaskan.

Jadi, tunggu apa lagi....

Sila lah hubungi beliau sendiri.


P/S : Beliau baru inform kita, katanya ada banyak free gift yang menanti.....


Read More
Assalamualaikum.....

Ingat tak kita ada bertanya minggu lepas tentang cadangan dari sesiapa yang boleh beri nama fakir miskin di kawasan anda? Well, seperti yang dijangka, tiada sambutan. Langsung tiada satu nama pun. Sama ada pembaca My Rainbow memang sedikit (tapi everyday, koman2 pun ada ratus2 viewer juga), atau readers semua tinggal di kawasan yang tiada fakir miskin.

Tapi kami tetap nak teruskan usaha kami. Nak decide nak beri pada siapa. Nak target kawasan. Nak bagi apa. Sambil2 tu, dapatlah kita mengenali golongan2 penerima zakat.

Sumber



Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
  1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
  6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.


Harus di ingat yer, anak2 yatim tiada di dalam golongan ini. Bukan semua anak yatim fakir dan miskin. Sekiranya anak yatim itu tergolong di dalam golongan pertama dan kedua atau ke-7, maka dia layak menerima zakat anda.

Allahu'alam.

Sekiranya ada kesilapan dan pembetulan, harap dapat maklumkan kepada saya.

Read More
Assalamualaikum.....

Hari ini kita telah tiba ke hari ke-20 di dalam bulan Ramadhan. Dan malam ini pula adalah malam ke-21.

10 malam terakhir di bulan Ramadhan, salah satu malamnya adalah Lailatul Qadr. Pasti semuanya tahu dan ariff. Sangat banyak informasi yang ada di alam maya, di dalam buku dan melalui majlis2 ilmu.

Malam yang penuh keajaiban untuk di cari.

Namun.....

Tak perlulah di cari dan di tunggu. Yang sebenarnya, kita tingkatkan sahaja amalan kita, niat kita, pendekatan jiwa kita dengan Allah S.W.T. Semakin Ramadhan tiba ke penghujungnya, semakin Syawal terbayang2 di ruang mata. Sekiranya terleka, kita pasti lupa yang Ramadhan masih belum berakhir.

Di penghujung Ramadhan, kadang2 ada yang sanggup bersengkang mata untuk persiapan Syawal, namun alangkah sayangnya sekiranya ia berlalu tanpa pengisian. Manalah tahu malam itu adalah malam Lailatul Qadr, kan? Berganda2 pahala dan rahmat yang mengisi 'tabung' kita untuk bekalan akhirat kelak.

Keterujaan kita semua menyambut Syawal adalah cabaran penghujung Ramadhan. Maka timbangkanlah dengan pahala berlipat kali ganda yang hanya dapat kita jumpa setahun dari sekarang...

Allah Maha Mengetahui....


P/S : Dah siap persiapan raya ker...?

Read More
Assalamualaikum.....

Me and hubby were here, a few weeks ago before fasting month. It was due to our quarrel. Small contadictions actually. He wanted to have satey for dinner. So he wanted to go to Terminal Satey Zul. But me, due to the unhealthy condition during that time, would like something simpler such as chicken rice.

 After arguing, he then solved the problem by suggesting Rocana Hotel Buffet. Price was reasonable. It was Thursday night with theme of Hawker's Night. RM35++ per person. And, it satisfied both our appetites. They have satey, as well as chicken rice.

And, these buffet themes are the preparations for the Ramadhan Buffet. Their restaurant manager, Mr. Fahmi has been warmly chatting away with us about their plan and menu. He is seriously a friendly man, yet very precise in giving the best to the guests.

Among the themes...



I rushed for the chicken rice since I was craving for it. The rice was nice. Very aromatic and soft. The chicken has perfect balance of taste. And the soup, was not merely blank soup. It was filled with chicken chunks, vegies and taufu.


That is the chicken rice soup. I took the appertizer as well. A glass of prawn olio pasta. This pasta has failed to melt away my soul. It was quite tasteless and dull.


Since hubby mentioned satey, well, why not, right? Took 3 satey with 3 cubes of rice cakes. Satey were good, but the kuah kacang didn't meet my expectations. Well, mak's kuah kacang is still the best for me. Even hotel's quality can't beat her's. Hehehehehe.

Spaghetti. Not mine. Hubby;s. He loves pasta. BUT.... the spaghetti was really dry and hard. A little bit more, you can munch it like crackers. We took the opportunity to give our opinions to Mr. Fahmi. He took note for that.

This murtabak is the best murtabak I've ever eat in a hotel restaurant. Definitely you can't compare the quality with real hawkers out there. Hawkers' murtabaks are wayyy much tastier...hahahahhaha. But, here in Rocana, the murtabak is almost the same quality. The onion pickles are delicious though. It complemented the murtabak.


I've always falls to the knee whenever I meet the mushroom cream soup. They have garlic bread as well... Walllaaaa... However, the mushroom soup was okayyyy, and the garlic bread was totally rejected by me. Do you know where you can find the best garlic bread? Ha, the Ramada Plaza Hotel in Malacca never fails to dish out the tasty, full of flavours, buttery, soft yet crunchy garlic bread.

Hubby's hunt for desert. Well, nothing much. So and so. I didn't really enjoy the desert, though.

Somehow, I can't restrain myself from the hawker's wok sounds. The cheng-cheng sound of the chef fried noodles really pull me up from my seat. I requested for char koay tiaw, but sadly they finished the koay tiaw. Well, what to espect. We already have desert on our table, but suddenly I went back to main course...hahahahha. So, the chef replaced it with yellow noodles. But, the chef has yet to master the art of wok cooking, I guess. I can't really swallow it. I can't really highlight what went wrong, but it was definitely not even 50% good as the street hawkers'.

We didn't take the nasi campur. The choices of menu for nasi campur was not extravagant. The combination was okay, but not tempting enough. Well, for both of us.

All in all, with that price, you can't really expect much. At least the chicken rice and murtabak were marvelous.

Mr Fahmi promised that Rocana will work out to the fullest for their Buffet Ramadhan. I trust him.

So, this weekend?


Note : I break my promise again. Food pictures here and there...oh no!

.
Read More
Assalamualaikum.....

Sebelum kita bicara lebih panjang, kita ucapakan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Qur'an kepada semua. Ada beberapa negeri yang bercuti kan..? Ermmm...seharusnya, cuti sebeginilah kita gunakan untuk lebih memeriahkan masjid2 dengan pengisian2 tentang sejarah Al-Qur'an. Merancakkan tadarus lebih2 lagi di bulan Ramadhan. Tak kiralah tadarus di rumah atau di masjid atau di mana juga. Ada juga pejabat2 yang menganjurkan majlis tadarus di pejabat kan?

Oh, bukan tak boleh shopping. Bolehhh. Cuma, janganlah shopping itu lebih utama daripada ingatan dan kerinduan kepada Al-Qur'an.




Ok..ok...

Kembali kepada tajuk entry ini.



Sebenarnya syarikat kita bekerja nie ingin memberi sedikit sumbangan kepada beberapa keluarga susah yang terpilih sempena bulan Ramadhan ni. Kami dah cuba dapatkan senarai daripada Baitulmal dan pusat Islam, tapi banyak sangat ditendang macam bola. Haihh.... So, kena usaha sendirilah jawabnya.

Kami tak approach rumah2 anak yatim, rumah2 orang tua dan sebagainya sebab dah tentu mereka pun terima banyak bantuan.

Pihak syarikat pula tidak berniat untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk barangan makanan. Dan kami yang terlibat harus menyerahkannya secara personal kepada mereka.

Oleh itu, kita mengharapkan bantuan daripada pembaca blog ini untuk memberi cadangan sekiranya ada calon yang bersesuaian yang anda kenal secara personal. Perinciannya adalah seperti berikut :

1. Setiap negeri, kami memerlukan 2 calon keluarga.
2. Calon haruslah betul2 miskin dan daif. Lagi susah, lagi daif, lagi bagus.
3. Sila berikan cadangan anda melalui e-mel kita iaitu : aziela.adam@gmail.com
Nyatakan di dalam e-mail tersebut :
- Nama calon
- Tanggungan calon
- Tahap kemiskinannya (sila gambarkan atau ceritakan)


Keterangan lanjut :

Untuk calon itu, kalau boleh calonnya adalah keluarga yang miskin. Agak2 mereka kais pagi makan pagi begitulah. Kalau ada kereta tu, maknanya taklah susah sangat kot kan? Ini jenis2 yang masuk Bersamamu di TV3 tu. Walaupun ramai yang kata dalam rancangan tu ada yang berlakon sahaja. Anyway, keluarga miskin ni, kami nak bantu mereka untuk berhari raya. Tak banyak sangat peruntukannya, tapi kalau boleh, biarlah ianya sampai kepada yang betul2 memerlukan.

Atas bantuan anda, kami tiada apa2 untuk diberikan. Namun sekiranya calon anda terpilih, kita akan kirimkan sedikit saguhati berupa cenderamata daripada syarikat untuk anda. Selain daripada itu, semoga saham akhirat anda juga berlipat kali ganda bonusnya.

Oh, sekiranya ada sesiapa yang sudi war-warkan perkara ini, kita amat mengalu-alukannya.

Terima kasih kepada semua.


Read More
Assalamualaikum.....




Yang sebenarnya, beberapa bulan lepas, kita beli beras perang macam dalam gambar tu. Kononnya nak cubalah makan untuk kesihatan kan. Dietician and doctors kata beras perang lebih baik dari Herba Ponni tu. Fine, kalau x cuba, memang tak tahu kan.

So, beli pun x agak2. Beli peket yang 5 kilo terus. Makannya kita sorang sebab untuk masak di KL.

Tapi bila masak, makan aduhai..kesatnya rasa nak telan. Tapi everytime makan, paksa mind setting untuk cakap sedap dan berkhasiat. Jangan membazir..baik untuk kesihatan.

Tapi, bila bulan puasa, nak makan untuk buka, hatta untuk sahur sekali pun, memang sloww lah sangatnya. Bila balik PD atau Melaka, dapat nasi putih, hah...macam setahun tak jumpa nasi.

Tapi, memandangkan dah beli, dah buka, kenalah bersabar dan cuba habiskan juga.

Ada tak idea nak bagi bangkitkan selera makan nasi beras nie...?

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama