Assalamualaikum.....

Hari terakhir kami di Langkawi, kami packing segala barang sepenuhnya. This time SIL kita balik dengan parents-in-law dengan flight sebab cuti dia dah habis. Selepas breakfast yang heavy, kami terus ke airport untuk menghantar mereka2 yang terlibat. Flight tgh hari. Lepak di airport sehingga semuanya selesai.

Feri kami pula jam 2.30 petang. Janji dengan En Rahim, pukul 2.00 petang. So, makan dulu di warung Pak Hassan dan terus rempit ke jeti.

Tiba di jeti, kami serahkan kembali kunci kereta kepada En Rahim dan terima tiket feri kami dari beliau. Sungguh mudah. Sebagai kenangan dan panduan, kita mohon En Rahim bergambar bersama keluarga kita.

En Rahim yang sebelah kanan di belakang tu. Kecil molek jer orangnya. Sungguh mesra dan profesional.


Kami melalui pemeriksaan kastam. Syukurlah kami masih simpan tiket feri masa datang sebab boleh dapat pelepasan cukai. Tak adalah banyak sangat membeli. Cuma ada satu kotak besar periuk jer...hihihihi...


Plastik yang berwarna hijau di mana tertenggeknya botol air di atasnya ialah kotak periuk yang kita beli. Ada satu kotak kecil yang dah disumbat dalam beg. Lain2 pakain dan cenderamata pun dah masuk beg. Beg sandang kelabu, kita punya dan yang merah tu pula Firdaus punya.

Keadaan di jeti agak kelam kabut kerana penumpang terlalu ramai dan mungkin juga kerana nak mengejar air pasang. Kalau air surut di jeti Kuala Perlis tu, susah sikit feri nak parking. Anyway, kami pun hentam main masuk feri yang di arahkan jer. Dah tak ikut no. tempat duduk lagi dah. Kecoh lah kat dalam tu jadinya. Tapi bila feri dah start gerak, semuanya jadi aman damai semula. Lena di ayun ombak. Rasa macam tidur dalam buaian pula... Kami tiba di Kuala Perlis, dalam pukul 4.30 petang. Syukur Alhamdulillah...

Tinggallah Langkawi. Apa saja pengalaman pahit yang ada, tetap dilitupi oleh kenangan manis yang terpahat. Insyaallah, Langkawi tetap akan menjadi destinasi percutian pilihan akan datang.

So, untuk memudahkan sesiapa yang nak bercuti ke Pulau Langkawi, kita dengan sepenuh hati mencadangkan anda untuk mengambil pakej keseluruhan dengan En Rahim. Maklumat terperinci beliau adalah seperti berikut :

Pakej Percutian Lengkap ke Pulau Langkawi :

En Rahim bin Abdullah
019-4784 300
Pakej termasuk :
- Kereta sewa
- Tiket feri
- Island Hopping
- River Cruise
dan lain-lain lagi.....

Untuk parking kereta di Jeti Kuala Perlis, sila hubungi :
Nazzry @ E ( 012- 418 5946 )



Semoga bertemu lagi..... Mahsuri.


Read More
Assalamualaikum.....


Ya, En Nasz kita nie buat segmen kembali. Segmen pertama setelah bergelar suami yer... Hehehehhe.

Anyway, sebelum apa2, kita nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Naz dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Dalam menjalani alam rumahtangga nie, harus sentiasa ada tolak ansur, kasih sayang sejati, kejujuran dan perasaan saling ingin berkorban agar dapat menyenangkan hati pasangan. Semoga cepat dikurniakan cahaya mata.. Amiin...

Ok...nak kena jawab soalan.

A. Nama Penuh Saya?
= Aziela


B. Nama Panggilan Saya?

= Aziela


C. Sejak Bila Saya Berblogging?
= 7th March 2008


D. Url Blog Saya?
= http://therainbowjourney.blogspot.com



Jangan lupa join segmen nie yer. Pengalaman kita, kalaupun x ramai yang join segemn Nasz nie, tapi Insyaallah kita akan dapat kawan2 blogger yang sehati sejiwa...

So, klik SINI untuk join. Jangan lupa yer...
Read More
Assalamualaikum.....

Maaflah yer...hari nie kita tak ada entry baru. Langkawi final chapter Insyaallah esok....

Hari nie kita nak tunaikan janji untuk BW semua peserta segmen Nasz di samping kerja2 di opis nie...

Jangan lupa esok mai sini lagi nooo...
Read More
Assalamualaikum.....

Entry ini sepatutnya scheduled weekend baru lepas nie, tapi dia tukar jadi draft pula. Suka hati blog jer kan... Anyway, kita publish kan juga. Happy Mondays all...
Ini, macam biasalah yer... hujung minggu nie kita cerita pasal tempat2 makanlah. Langkawi punya, Insyaallah minggu depan habislah postingnya...hehehehhehe

So, dah banyak giles dah orang buat entry pasal Coconut Shake di Pantai Klebang nie kan. Walaupun dah banyak dan rasanya malas sikit nak cerita, tapi mengenangkan ianya negeri Melaka, rumahku syurgaku di sana, maka buatlah juga entry. Jangan nanti orang kata sombong pula, tak nak pomot Melaka.

Anyway, coconut shake di Pantai Klebang nie memang dah jadi sebutan ramai. Asalnya, dia hanya berniaga di tepi simpang tepi jalan besar di Klebang tu jer. Tapi disebabkan pelanggan semakin bertambah dan ramai, ditambahkan pula dengan promotion tidak berbayar di blog2, maka jalan di pantai Klebang tu pun jadi traffic jam setiap kali hujung minggu terutama masa cuti sekolah. Untuk mengelakkan kesesakan sebegitu, maka mereka pindahkan warung coconut shake ke dalam. Ada signboard dari tepi jalan tu. Owhh, warung tepi jalan tu tetap wujud lagi, tapi untuk yang nak bungkus saja. Kalau nak duduk kat kerusi, minum shake sambil makan2 kuih, kenalah drive ke dalam sikit.


Inilah warungnya. Kaunter buat coconut shakelah tu...

Presenting the famous Coconut Shake of Klebang.


Adam nie memang perasan hensem la.. Dia ingat posing mcm tu nampak macholah kot..

Ada kerepek geragau kat tepi warung nie. Not bad juga, cuma tak cukup attractive untuk panggil kita membeli.

Ada nasi lemak juga... Sambalnya, pedass!

The taste of the shake bukanlah extravaganza sangat. Biasalah orang meniaga kan.. Sometimes ago, it used to be soo thick and soo creamy. Tapi nowadays dah kurang rasa creamy ad of course the thickness. Kuih muih pun rasa biasa2 jer. It's just that, sambil minum shake yang sejuk denganhembusan angin laut, priceless! Walaupun lautnya x nampak dah....

So friends, bolehlah kalau nak try the famous coconut shake...


Read More
Assalamualaikum.....

Setelah merehatkan diri petang tu, kami keluar semula malam tu. Yang utama, mesti pergi cari makan dulu. Kami makan di luar sikit dari pekan Kuah tu. Nampak ada kedai tom yam tepi jalan macam ramaii jer orang, kami pun masuk. Alhamdulillah, tidak mengecewakan. Tengoklah spread of dinner kami malam tu.






To be honest, semuanyaaaaa sedap. Tak ada yang x sedap. Surprisingly sungguh. I'm sure bukan sebab we all lapar, sebab we all makan itu ini sikit disana sini all of the evening. The truth, memang cukup rasa segalanya... The bill? Untuk kami 7 orang, dengan ikan, sup ekor segala mak datuk seafood yang lazat tu, around RM100 saja.. Perghh..berbaloii sangat.

After that, kami hanya meneruskan aktiviti di pekan Kuah. Yess....shoppingg time...hehehehehhe. Masa nielah nak shopping pun sebab esoknya dah nak balik. Bukan tu jer, kami saja shopping lambat sebab tak nak crowded sangat. Most tourist dah balik sebab hari nie sekolah2 dah start buka semula. Adam dan Firdaus nie kami 'cuti'kan dari sekolah with permission... Tu yang boleh shopping dengan lega sikit.

Errmm.. mood nak shopping kain batik di Beras Terbakar yang merudum siangnya tu, kita gantikan kat sini. Bukan tu jer, kita sambar jugalah periuk 1 set... Hehehhe..dah banyak kali sangat pergi Langkawi, asyik tertahan2 jer nak shopping periuk. This time, pulun lah Aziela woiii... Lagipun, dah pernah beli periuk di Pengkalan Kubor Kelantan. Walaupun murah sangat, tapi kualiti memang jauh berbeza. So, habis berapa that night? Eisshh..ngeri nak ingat semula. Sampai sekarang dok rasa antara menyesal dan berbaloi.. Ha, mcm mana tu?

Err...chocolate tak beli sangat. Adalah beli 2 peket Kisses utk diri sendiri and satu botol Nutella. Itupun..sampai ke hari nie, tak sampai separuh berusik... Hubby jer yang makan sikit chocolate nie, Adam dan kita memang kurangg sikit. Especially Adam... Dia mmg x makan sgt sweets nie, tapiii kalau air manis, dia memang suka. Erkk..yang peliknya, green tea dengan chinese tea pun dia suka gak...

Malam tu, kami packinglah dengan bersungguh supaya mudah nak bawa balik...


Read More
Assalamualaikum.....

Selepas keluar dari Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan untuk mencari lunch pula. Lalu di Padang Matsirat dan kita memang ingat pernah makan di sebuah kedai yang menyajikan masakan kampung dan ikan bakar. Tapi tak pula berjumpa. Tapi kalau dah rezeki, dalam pada nak cari kedai atau restoran yang sesuai, akhirnya kami jumpa juga kedai tu.



Nama kedai tu ialah Jom Ikan Bakar, terletak di Padang Matsirat. Gambar ni di ambil dari blog Juadah Malaysia yang hebat. Kalau nak tengok lebih banyak gambar kedai nie dan menu2 yang ada, boleh lah ke blog Juadah Malaysia tu.

Yang paling spesel mestilah ikan bakar dia kan.

Ini yang ada. Selain daripada tu, mestilah ada ikan sembilang, keli, cencaru, terubuk dan siakap. Masa tu, kami ambil seekor siakap yang besar dan banyak ketul chicken wings bakar. Pergh...cubiit jer isi ikan tu dah terliur dah. Belum masuk mulut lagi tu.. Memang sangat lembut, sangat sedap perisa dia dan wangi dengan rempah ratusnya. Datang awal elok sikit. Kalau lewat, nanti habis. Bukan tu jer, harga memang sangat berpatutan.

Selepas makan, kami terus u-turn ke Beras terbakar. Hahahahhaha...sampaiiii juga kan. beberapa meter jer dari kedai Jom Ikan Bakar tu rupanya.

Tak ambil gambar langsunggg pun kat situ sebab perut dah kenyang, badan dah penat, mata dan ngantuk, tambah dengan cuaca panas terik masa tu. Tak ada mood sangat2. Sehinggakan niat nak memborong kain batik pun merudum. Kita jeling lebih kurangg jer...

Untuk yang tak pernah pergi, kita dah google gambar tempat Beras terbakar tu.



Kawasan rumah nie memang tak nampak langsunglah dari tempat parking tu sebab ianya dah dipenuhi dan tertutup dengan gerai2 yang jual berbagai2 barang. Kain baju dan cenderamata bumi Langkawi memang berbagai2. At the end of the alley, barulah nampak rumah nie. Berasnya dah tak ada, Yang ada hanyalah semangkuk kecil beras yang kehitaman dan diletakkan di dalam kotak kaca sebagai pameran.

Tapi kisah tentang beras yang terbakar disini memang menarik. Asalnya, Padang Matsirat ini adalah pusat pentadbiran di Pulau Langkawi. Oleh itu, selepas kematian Mahsuri, Langkawi mula dilanda musibah. Serangan dari Siam yang amat menakutkan dan mengancam. Tambahan lagi, beberapa pendekar Langkawi telah di hantar ke Kedah untuk menahan serangan Siam di sana. Oleh itu, untuk mempertahankan Langkawi, untuk mengelakkan agar Siam bertapak dan menakluk Langkawi, semua bekalan beras di kumpulkan di rumah ini lalu di bakar. Ianya untuk menghapuskan bekalan makanan agar tentera Siam tak akan survive di Langkawi. It happenned to be that the plan was a brilliant decision. Langkawi terselamat dari jajahan Siam sehingga sekarang...

Menarik kan, kisah peperangan di Langkawi?

Oh, ada kejadian tragis di sini. Adam dan Firdaus, memang kita kasi mereka sedikit sebanyak duit untuk mereka enjoy dan merasakan power to buy sendiri. Mereka dan boleh mengira, so untuk pendedahan dan untuk menggembirakan mereka, kita saja lah kasi duit sikit. Tak adalah sampai beratus2, tapi cukuplah kalau nak beli remote control car, atau kasut, atau apa2 toys yang diorang nak.

So, di situ, mereka nie tertarik pada satu kedai yang jual toys. Firdaus beli senapang kayu yang ada getah untuk menembak tu dan Adam pula beli sebilah pedang kayu ala Aladdin. Seronok sungguh mereka sebab membeli sendiri, memilih sendiri, dan menggunakan duit sendiri. Mereka rasa dewasa. Kita x nak decide dan x advise sebab biarlah mereka rasa bebas memilih sendiri dan berfikir sendiri.

Tapi bila hubby nampak, hubby tak puas hati dengan pedang Adam sebab hujungnya dah terkopek2 sikit. Pergi semula ke kedai tu dan minta pedang lain yang lebih elok. Tapi orang kedai tu kata tak ada lagi. Hubby komplenlah sikit, barang x elok, jual mahal2. Mentang2lah yang membeli tu budak2. So, hubby tawarlah sedikit. Dia mintak kurangkan 2.00. Harga pedang tu 10.00. Niat hubby nak ajar Adam macam mana proses tawar menawar. Tapi orang kedai tu naik marah tiba2. Dia terus ambil pedang tu semula, pulangkan duit Adam sambil marah2. Kami pun terkedu. Aik...customer cakap sikit pun x boleh terima ker? Kita cepat2 tarik hubby dan Adam keluar dari kedai tu. Dah mula rasa x selesa.

Kami kemudiannya tengok beras terbakar sikit lebih kurang, and hubby belikan pedang samurai pula untuk Adam, gantikan pedang Aladdin tu. Kesiann Adam. Kita perasan Adam agak kurang berpuas hati, tapi dia patuh jer. Adam memang seorang anak yang baik. Alhamdulillah...

Bila nak keluar pergi ke parking kereta, terpaksa lalu semula kedai tadi tu. Tiba2 orang kedai tu menjerit ke arah kami, Dia kata :

"Ha, nielah oghang yang kwang hajaq tu. Hang kalau x suka baghang aku, jangan nak perleceh plak. Kwang hajaq betoii...!! "

Perghh..! Inikah dia etika peniaga? Peniaga Melayu? Dan jangan terkejut. Peniaga tersebut ialah seorang wanita muda. Hilang betul nilai budi bahasa Mahsuri di bumi Langkawi.

Kami pun x nak cerita banyak, terus balik semula ke apartment. Rehat2 dulu sebelum keluar semula malam nanti.
Read More
Assalamualaikum.....

Selepas naik bot di Kilim tu, waktu masih awal lagi. Dalam pukul 11 pagi macam tu. So, kami teruskan perjalanan untuk ke kawasan Beras Terbakar. Niat asal memang untuk shopping di situ. Tapi, cari2 tak jumpa. Dah beberapa hari dah kami cuba cari. Rasa2nya senanggg tempat tu, tapi entah kenapa kali ni bolehkan susah nak jumpa. Dalam pada mencari, kami dah sampai pula ke tempat Mahsuri nie. Well, dah alang2 sampai, kami pun turunlah. Lagipun ianya satu pendekatan yang terbaik untuk Adam dan Firdaus belajar tentang Lagenda Mahsuri. Mereka tak pernah belajar lagi tentang Mahsuri disekolah, eloklah mereka belajar di sini.

Tiket masuk RM5.00 untuk dewasa. Punyalah ramai orang masa tu....





Melangkah jer pintu masuk, dah jumpa hiasan beca. Kemudian dah dengar alunan musik tradisional. Rupa2nya ada persembahan musik tradisional disediakan. Waah, bagus sungguh. Kami teruskan berjalan dan akhirnya tibalah di Makam Mahsuri nie. Adam beriya2 memanjat tembok mengambil gambar. Gambar bawah nie dialah yang ambil. Bukan main bangga lagi dia, konon2 macam pro sebab siap panjat2 tembok lagi. Sebagai ibu, kita pujilah dia. Encouragement is important to motivate children...




Sila abaikan wanita berbaju pink tu. Kami tak kenal. Cumanya, ada sebuah rumah kayu di situ yang kami dengar alunan muzik dari dalamnya. Kami dapat tahu, dalam tu ada persembahan kebudayaan. Maka kami tunggulah di tepi rumah tu untuk show berikutnya.
Gambar Adam snap lagi...


Rumah yang belakang tu lah kami nak naik.

Dah masuk dalam. Tapi golappp...

Dalam tu ada macam tangga2 lebar sebagai tempat duduk di susn secara bertingkat. Macam dalam panggung. Bukan teater, tapi persembahan tarian dan nyanyian kebudayaan. Siapa yang suka, memang tak nak keluar dari sini. Tapi yang x minat, especially lelaki, panass jer vontut dalam tu...hehehehehheehe


Cantik x? Inilah Mahsuri. Gambar tak cantik, tapi lukisan nie macam hidup betul. Memang cantik sungguh. Subhanallah... Jadi orang cantik pun susah kan..?

On the way keluar, kami masuk muziumnya. Ada sangat banyak barang2 peninggalan. Dan ada turutan penceritaan di sebalik gambar dalam muzium tu, di atur mengikut susunan. Daripada perpindahan Pandak Mayah ke Langkawi, hinggalah ke saat selepas kematian Mahsuri. Di pintu keluar pula, dihidangkan dengan video drama pendek penceritaan tentang Mahsuri. Ini lebih memberikan kefahaman yang jelas kepada Adam dan Firdaus tentang hubungkait Langkawi dan Mahsuri.

Selepas keluar, dah lapar. Nak cari lunch pula lah....


Read More
Assalamualaikum.....


Setelah mendapat rehat yang mencukupi malamnya, kami bangun pagi esoknya dengan penuh tenaga. Pagi2 lepas subuh dah menebeng depan balkoni menghirup udara segar. Kemudian kami cepat2 bersiap untuk meneruskan agenda pada hari ini. Nak pergi naik bot untuk Kilim River Cruise.

Mula2, singgah di van bergerak dulu, beli kuih muih. Kemudian, singgah di satu warung sebelum masuk ke Kilim Geopark parking area tu untuk sarapan. Sarapan dengan kuih muih, air panas dan nasi lemak warung tu. Bestnya, ayam goreng panas2 dari kuali masuk pinggan.

Bersedia untuk bergerak...

Selepas sarapan, kami terus ke jeti. Dah janji dengan En Rahim, pukul 9.00 pagi ada disitu. Bila tiba, dah ada orang bot yang tunggu kami. Ok lah, tak tunggu lama. Rupa2nya, sebelum kami pun dah banyak trip dah.


Sebelum bot bergerak, ada photographer buat bisnes nie. Bagus sangatlah kan..siapa lagi nak ambil gambar nie kan... Adam jer yang terlindung. Dahlah pakai cap, pakai spek hitam dia yang baru beli tu, terselit pula kat tengah2. Nak sangat menyelit kat mamanya, ha kan dah kena block..hehhehe. Nampak muka separuh pun jadilah kan...


Susah betul nak dapat gambar romantik pasangan nie berdua taw... Kena snap curi2.

Elok sangatlah hubby nak buat muka mcm nie. Dia suka main2 tau kalau orang ambik gambar dia. Ha, nak sangat main2, biar satu Malaysia tengok perangai dia nie..hehehehhe



Ha, siapa rasa macam pernah tengok kapal nie...? Inilah bot yang ada di babak akhir filem Ombak Rindu tu. Yang Aaron Aziz dengan Maya Karin picnic atas dek kapal tu lah.. Budak bot tu yang beritahu kami. Dia pun ada tunjukkan bot dan brader yang bawa Aaron Aziz dan Maya Karin tengok Eagle Feeding kat Kilim nie... Huisshhh...glemer abang bot tu dia kata...


Ain, my sis in law. Penat dia jadi tukang 'tembak'. Kenalah 'tembak' dia juga kan...


Kami kemudiannya dibawa singgah ke salah satu 'fish farm'. Actually ianya adalah sangkar ikan untuk membela ikan2 sebagai tourist attraction and education. Jenis2 ikan, ikan ni makan apa, mcm mana, besar mana, banyak mana... semuanya diberi penerangan. Kita rasa ini adalah salah satu tempat lawatan wajib kepada sesiapa saja yang ke Langkawi. Bukan sekadar untuk shopping, nikmatilah pemberian Allah kepada kita...



Ini adalah ikan yang dah dipotong dan direndam dalam air, sebagai habuan ikan belaan sebagai pertunjukan.

Entah ikan apalah yang kami tengok tu agaknya.


Kami semua diberikan peluang untuk pegang belangkas, ikan pari dan beberapa lagi, tapi semuanya x nak. Hubby jer berani nak pegang belangkas. Kita? Malas nak cari sabun basuh tangan nanti..hehehehehe

Kami kemudian di bawa ke Gua Buaya. Tak pasti kenapa, tapi mulut gua di belakang kanak2 nie berbentuk kepala buaya. Sebelah kiri muncungnya, seblah kanan kepala matanya.. Kira pandangan sisi lah nie.. Tapi dengarnya, memang dulu jadi tempat sarang buaya, tapi Jabatan Perhilitan dah setelkan.

Masukkk dalam Gua Buaya, dan keluar the other side. Kalau air pasang, tak boleh masuk gua nie sebab air penuh dalam gua...

Hutan paya bakau yang satu ketika dulu menyelamatkan jeti dan penduduk persisiran dari kemusnahan teruk tsunami yang melanda. Walaupun banyak bot yang rosak, namun tiada kehilangan nyawa oleh kerana akar2 pokok bakau ini menjadi penampan ombak tsunami yang deras dan kuat. Kerajaan masih lagi meneruskan usaha menanam benih2 pokok bakau agar ianya diperkukuhkan lagi.

Kami keluar ke laut lepas selepas Sungai Kilim. Di permukaan laut, bentuk batu di sebelah kiri atas, menyerupai rupa manusia seolah2 orang Red Indian.

Dan di sebelah kanan bawah pula, menyerupai kepala orang, seolah2 kepala bayi di permukaan air. Nampak tak..? Siap ada pokok sebatang dua lagi atas kepala dia sebagai 'jambul'. Orang situ panggil baby face..hehehehhe

Dah keluar ke laut lepas. Mesti wajib bergambar di sini menandakan dah sampai ke Kilim Geoforest Park.



Ok, ini yang baru. Nampak tak bukit di tengah2 tu, yang sayuup jer tu? Ianya berbentuk seperti kepala seorang manusia sedang baring. Dahi sebelah kanan, mata, hidung, mulut dan dagu sebelah kiri. Subhanallah...


Kasutt...kasutt!! Kagum kan? Bentuk pulau nie betul2 seperti kasut. Orang bot kata, kasut Adidas.. Pergh...glemer Adidas.

Seronok? Yes..seronok.
(Kebesaran tuan blog adalah ilusi kamera semata2. Percayalaaaahhh!!)


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama