Selepas Langkawi, Kembara Bersambung

4 comments
Assalamualaikum.....

Ada tragedi bila kami dah jejak ke Kuala Perlis.

Tayar kereta hubby pancit. Syukurlah kereta tu terjaga dengan baiknya. Memang budak yang jaga parking tu baik sungguh. Oh, contact no. dia ada di entry Langkawi yang terakhir yer. Dia yang tolong hubby pam tayar dulu sementara nak bawa ke petrol pump. Kemudian kami gerak ke Kangar untuk cari mana2 workshop yang masih buka. Syukurlah ada lagi yang buka. Kena paku. Tak tau kat mana, tapi rasanya bukan di Kuala Perlis.

Lepas dah tampal tayar pakai 'cacing', hubby tanya nak ke Padang Besar ke, Bkt Kayu Hitam? Fikir punya fikir, kami gerak ke Padang Besar jer. Tiba di sana dah petang sangat. Sajer jalan2 jer. Tengok2 kalau nak beli pakaian sikit ke, apa ke... Mahal2 juga harganya. Mungkin sebab dah nak tutup atau sebab musim cuti panjang. Nak beli jaket bola untuk Adam n Firdaus, tapi orang tu susah sangat nak turunkan harga. Last2, kami ke kedai lain, beli jersey utk budak 2 orang tu jer. Suruh orang kedai tu tampalkan sekali nama budak2 tu dengan no. kesukaan mereka...

Malas nak cari apa2 lagi kat situ. Tak berapa menarik pula. Lagipun kedai2 dah mula nak tutup. So, geraklah nak balik ke kereta. Aik,, tiba2 terserempak dengan boss kita kat situ. Hahahha. lawak sungguh. Adamlah yang perasan. Dia kata : Eh Ma, orang tu macam Aunty Lash lah...  Sekali kita tengok, la, memang betul. Dahlah reunion opis plak kejap kat situ.

Anyway, kami singgah di sebuah gerai untuk minum hilangkan dahaga dan rehat kejap. Lagipun tak rushing. Tak plan lagi nak kemana lepas tu. Dalam pada lepak2 tu, hubby boraklah dengan sorang pakcik nie. Pakcik nie bukan main friendly lagi. Datang dengan wife dia, and anak menantu cucu dia.



Pakcik tu 2 dari kiri yang berdiri pakai t-shirt gelap tu.

Wife pakcik tu...


Kami ambil kesempatan untuk tanyakan tempat nak makan malam di Kuala Perlis. Pakcik tu suggest kedai ikan bakar di Kuala Perlis. Maknanya kena patah balik semula ke jeti. Dia suggest kedai Mona. Beria2 bagi direction. Makcik tu siap bagi menu lagi utk order apa... Oklah...dah tahu tu, kami plan juga lah utk cuba. Sebelum balik, sempat lagi last minute shopping. Hubby sempat beli seluar utk dia and another t-shirts for children.

Kami patah balik ke jeti Kuala Perlis. Lokasi di hadapan hotel, ada deretan food court. Meriah sungguh kat sana malam2 rupanya. Siap ada kereta kuda lagi. Parking dah sah2 penuh. Tapi kami berjaya juga jumpa kedai yang pakcik tu maksudkan.


Mak oiii. Memang ramai sungguh pelanggan dia.. Tapi berjayalah dapat tempat. Meh tengok kami makan apa.


Ikan siakap bakar. Sangatt sedap!!

Udang nie rasanya buat masak pedas. Sedap juga.

ABC Adam

First time makan benda nie. Nama dia MENTARANG. Masak halia. Perghh.. marvellous!

Ikan bakar dan air asam yang kick!

Memang sangat2 puas hati lah.... Bill kami, makan 4 orang tak cecah RM100.00 pun. Murah gilerr...


Anyway, dalam perjalanan, decide apa nak buat. Nak tidur mana. Last2 kami antara 50-50, teruskan jer perjalanan balik ke Melaka. Nanti kalau teragak nak singgah mana2, kami akan decide later. Halaahh..dah penat kan. Tak sampai berapa kilometer, hubby dah tak tahan mengantuk. Kita plak take over drive. Berjayalah jejak ke sempadan Penang. Nampakkk jer R&R, terus berhenti kereta dan tidur. Tidur dalam kereta jer kami anak beranak malam tu... Bestt jer... hehehehehhe.



4 thoughts..

Miss Syahbanu berkata...

lapar lak tgk ikan bakar tuh nyum nyum..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

wahhhh tgk menu terlioq giler
harus berkilo2 naik weight kat sini jer akak khen...tapi bukan selalu ekk ngeee

Mummy Princess berkata...

memang best kedai ni, kalau blk kg mesti gi makan kat kedai ni........

Unknown berkata...

seronoknya percutian ni...hihi...ala-ala travelling...