Mari Mulakan Ramadhan dengan Bantuan Ikhlas Anda Kepada Adik Soleh

7 comments
Assalamualaikum.....

Mesti dah ramai yang come across tentang kisah Nora dan anaknya Soleh kan. Blog Nora nie adalah antara blog awal yang menjadi rakan kita di alam maya nie. Kenal beliau secara dekat, belum lagi. Tapi di alam maya nie, kita belum pernah skip mengikuti perkembangan beliau.

Dengan dugaan anak kecil yang sedang menghidap penyakit kronik, dan situasi kewangan yang tidak memudahkan keadaan, maka tibalah masa kita semua menggunakan kuasa sebagai blogger untuk menyebarkan maklumat ini.

Kita guna pula kuasa sebagai seorang Islam yang sedang melakukan ibadah di bulan puasa untuk melipat gandakan saham di hari akhirat dengan mengikhlaskan jiwa membantu Nora setakat yang terdaya.

Blogger Mak Bed telah pun mengarang entry yang cukup sempurna untuk menceritakan tentang keadaan sebenar. Tak perlu kita copy paste di sini. Dengan penuh rasa rendah diri, kita mohon anda berkunjung ke ENTRY MAK BED dan bantulah apa yang boleh..

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum ini. Amiin.

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan ini...

7 thoughts..

Unknown berkata...

Moga semuanya berjalan dengan lancar..

Selamat Berpuasa dari Nurul..

-www.siezuka.com-

NzA berkata...

Selamat Berpuasa....
Sama2lah kita brdoa utk kesejahteraan si kecil itu..InsyaAllah...

Unknown berkata...

Baguslah kalau dapat mulakan Ramadhan dengan sedikit bantuan...even tlg share post mcm ni pon dikira bantuan huhuhuhu

RamRamCute berkata...

hulurkan bantuan selagi yang kita mampu...insyaallah..semoga Nora tabah menghadapi dugaan ini...

Kancil 8349 berkata...

insya Allah...terima kasih

Unknown berkata...

nanti atok kunjungi blog Mak Bed ye kak


meh joint contest atok
http://anaknegori.blogspot.com/2012/07/contest-sapo-nak-kad-rayo.html

Nora Shahaira berkata...

Terima kasih kak..maaf dah lama tak bertegur sapa dgn akak...terlalu sendat jadual sekarg rasanya...

Apaun sungguh terharu dgn usaha..semoga Allah merahmati kita