Tetamu Datang Mengejut? Jangan Risau, MyChef Kan Ada...

11 comments
Assalamualaikum.....

Ha, ini kisahnya bila malam tadi hubby kita call kata nak balik KL. Bukannya dia tak kerja hari nie, tapi semalam katanya habis kerja awal, so dia nak spend time dengan kita di KL. Masa tu dah hampir pukul 8 malam dan kita masih belum tiba di rumah lagi kerana ada banyak kerja di pejabat.

Bila hubby secara mengejut kata nak balik KL, tak sampai hati pula rasanya nak biarkan dia makan di kedai bila dia sampai nanti. Lagipun esoknya sebelum Subuh dia kena bertolak balik ke Kuantan semula. Apalah sangat yang susahnya kalau nak tanak nasi kan..? Tapi masalahnya, nak masak lauk apa pula? Dahlah peti ais tu hampir kosong kerana tak sempat shopping bekalan untuk bulan puasa lagi. Yang ada hanyalah sedikit sotong jer. Ishh, hubby nak makan sotong jer ke..?

Sekali tu...TING! Teringat ini...

-
-
-
-

 Perghhh, bila teringattt jer ada stok beberapa kotak MyChef di dalam freezer, terus hilang rasa panik.
Kebanyakan kotak2 yang lain kita dah distributekan pada sanak saudara dari Selangor, N9 dan Melaka. Ha, rata tau kita bawak MyChef nie.

Bila ada jalan penyelesaian, kita pun balik rumah lenggang2 kangkung jer. Tanak nasi dulu, lepas tu barulah nak mandi, nak itu, ini, kupas bawang rilek2 depan tv dan sempatlah makan2 buah sambil berehat melepaskan lelah.

Sementara tunggu hubby sampai, sempatlah kita masak sotong tu. Buat goreng kunyit jer, hiriskan bawang merah dan cili api, goreng bersama dengan sotong tu. Tak ada kacang panjang pun atau sayur lain. Dah siap sotong, eh ada masa lagi. Kupas pula ubi kentang 3-4 biji dan rebus empuk. Kentang tu kita tumbukkan dengan bawang merah kecil yang dihiris dan goreng garing bersama bawang putih goreng sedikit. Goreng garing sampai kehitaman sikit sebab hubby suka kalau ada sedikit rasa pahit. Campurkan dengan lada hitam, helaian daging dari seketul ayam bahagian dada yang di goreng dan sedikit tepung gandum. Kepal2kan, masuk fridge dulu.

Bila agak2 dah dekat time, baru kita buka kotak Semur Daging Betawi nie.

So, disebabkan kat rumah tak ada microwave, dan dah dapatkan kepastian dari pihak MyChef sendiri bahawa ianya boleh juga dipanaskan dengan cara dikukus atau di masak di dalam kuali dan periuk dengan menambahkan sedikit air, kita pun rasa yakin untuk cuba cara tradisional iaitu atas kuali jer.




Disebabkan ramai yang dah memuji kesedapan resipi Dato' Chef Ismail ni, iaitu Semur Daging Betawi, kita pun teruja juga nak mencuba. Semur Daging Betawi nie, dia macam daging masak kicap la basic kejadiannya. Tapi, memang ada perbezaannya. Oleh kerana nak ada sedikit kuah, kita pun memandai2 tambahkan setengah cawan air dengan harapan janganlah kuahnya jadi hilang rasa.

Kita biarkan masakan nie mendidih beberapa minit. Masa tengah mendidih atas kuali nie, semerbak harum bau aromanya ke pelusuk dapur. Memang kecur betul. Tapi tak makan lagi. Sabar, tunggu boss besar sampai dulu.


Inilah rupanya. Tak nampak sangat yer...


Ini jerlah gambar yang ada. Pandai2lah telek sendiri yer..


Dah siap Semur Daging Betawi nie, kita sambung boreng bergedil pula. By the time hubby melangkah masuk rumah, badge terakhir bergedil dalam kuali hampir siap. Hubby yang tengah penat memandu jauh dari Kuantan, tengah lapar pula, tapi masuk rumah di sambut dengan bau-bau yang menyelerakan, terus tersenyum lebar.

Berselera sungguh hubby kita makan. Mujurlah ada MyChef. Kalau tidak, memang hambar jer lah menu dinner malam tadi. Hubby kita puji sungguh MyChef. Katanya memang seperti masakan di rumah. Rasa daging pejal yang dihiris nipis dan lembut itu memang rasa sangat sedap bila di makan dengan nasi putih panas. Dagingnya pun sangat juicy dengan kuahnya yang seperti berempah tapi macam kuah kicap. Tak tau nak explain. Cuma yang pasti, kalau dihidangkan untuk sahur, Insyaallah terbuka selera....

Nak rasa? Ha, cepat2 cari di hypermarket2 terpilih. Sebenarnya tak semua pasaraya ada. Kalau nak periksa mana outlet yang ada produk nie, sila jenguk ke blog MyChef dan tengok di side bar kanannya yer...

11 thoughts..

Salmi Khairil berkata...

wah penyelamat kita kan..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tu diaaaaaaaaaa.. resepi rahsia Dato' Chef Ismail ;-))))

RamRamCute berkata...

Produk mychef dan brahim's semestinya menjadi sajian utama saya dan keluarga ketika bulan ramadhan ini...yg pasti saya mencari hidangan yang senang untuk dipanaskan dan segera di masak.

RamRamCute berkata...

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak awak dan keluarga semoga ramadhan kali ini kita semua mendapat keberkatan dan diberikan kesihatan sempurna serta pahala yang barakah di bulan yang mulia ini...

susumanis berkata...

yummmm mmg nk g cari lg yg chef mail punya ni, buat sahur mmg besttt

Aziela berkata...

Salmi : Haruussss jadi penyelamat kan

Sari Yusa : Uisshh..sedap tau SAri...

Rahmah : Penyelamat kita tu wak. Sama2 yer wak, 0-0

susumanis : Boleh buka selera utk bersahur sikit...

MyChef berkata...

Terima kasih tidak terhingga untuk untuk Review ni.

Unknown berkata...

Ehem-ehem...berselera suami akak setelah ditambat oleh resipi rahsia MyChef hehe....terbukti praktikal untuk saat2 genting hehehehh

Zurina berkata...

haah...semur daging betawi kita dh cuba...mmg best...secukup rasa...;)

Aziela berkata...

MyChef : Saya hanya berkongsikan kebenaran. Terima kasih juga pada MyChef.

Azham : sangattt praktikal.. heheheh

Zurina : Mmg best kan kan...

Unknown berkata...

wahhhh penyelamat betulkan? boleh jadi inspirasi nanti dah kwin..hehe