Kita harus bersyukur....

9 comments
Assalamualaikum.....


Semasa kita berada di Masai tempoh hari, kami sekeluarga sering ternampak tiga gadis cilik ini bermain2 di kawasan perkampungan itu. Dari pagi, bawa ke petang. Tak kira terik matahari. Mungkin dah terbiasa agaknya walaupun kami risau juga...sebab mereka nampaknya bebas ke sana ke mari. Yer lah, manalah tahu terjatuh dalam laut ke, atau di culik oleh orang jahat ke kan.

So, sewaktu kita dan adik ipar bersantai di atas pangkin rumah rakit, mereka bertiga ini datang mengendeng kami. Mereka nak sembang2.... Kita panggil mereka duduk sekali atas pangkin dengan kita.

Dalam pada berbual2, sempatlah kita nasihatkan mereka sedikit2. Bagus sungguh. Patuh pada nasihat, dan bersungguh2 dan peka bila kita beri nasihat. Namun, dalam pada mereka bercerita, timbul simpati kita. Keluarga nelayan. Agak perit hidup mereka agaknya...berbanding dengan kita semua yang sekurang2nya kenal komputer dan berblogging. Berbanding anak2 kita yang sibuk menekan handphone dan menarik tali angry birds di gajet elektronik.

"Bapak kita kalau tak hujan, tak ribut, turun laut. Kalau tak turun laut, bapak kita tolong orang buat rumah."

"Mak dia nie (sambil tunjukkan rakan di sebelah), kerja kat kedai makan. Tolong cuci pinggan."

"Dia nie kan, tak pandai mengeja. Kita yang ajar dia sampai pandai." (Rakan lain pula mengunjuk pada rakan lain)

"Bapak kita kan, sekarang dah lama tak turun laut. Bapak kita kerja buat rumah kat hujung sana. Acik nampak tak rumah warna kuning yang hujung tanjung tu? Tu rumah orang kayaaaaaa...!" (Rumah itu adalah banglo biasa biasa 2 tingkat).

Allahu Akbar!

Semoga anak2 manis ini akan terus berjuang dan berjaya dalam hidup mereka suatu hari nanti... Amiin.

Alhamdulillah....anak2 kita Insya Allah tak perlu melalui hidup ini. Tak salah pun, namun pasti kita mahu yang terbaik untuk anak2 kita bukan...?




9 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Saat kita rasa kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita....

Unknown berkata...

kesian dengan anak anak zaman moden ni..anak saya termasuk la tu.. panjat pokok pun tak reti.. asyik main gejet je..

Kamsiah yusoff berkata...

seduhnya saya membaca catatan ini..anak2 kecil yg terpaksa menempuh derita hidup..

Kakzakie Purvit berkata...

Harapnya org tua mereka celik ilmu, beri pendidikan anak-anak mereka. Kalau tidak kakak rasa susah juga...

aby berkata...

Brsyukur dgn kurniaannya. Utk insan biasa kesenangan tk dtg mngolek, usha yg brterusan dpt mengubah nasib hidup atas izin nya

ellynadyra berkata...

alhamdulillah dengan rezeki kita hari ni, ramai lagi yang susah dan sukar di luar sana, semoga mereka terus berusaha utk memperbaiki kehidupan mereka, dan semoga kebahagiaan menjadi milik mereka satu hari nanti....risau gak dengan kesenangan yang dimiliki oleh anak2, takut derang tak reti nak appreciate plak

Aziela berkata...

Semoga entry nie memberi sedikit brake didalam 'kelajuan' kita meneruskan hidup..

TiranaAduka berkata...

pekabar sis aziela

Ayue Rejaluddin berkata...

Kalau kita susah ada yang lagi susah pada kita...
ALhamdulillah...
AJ bersyukur dengan nikmat hidup yang ada sekarang...