Pengalaman Banjir bersama Keluarga Angkat

2 comments
Assalamualaikum.....

Kita nak cerita sambungan sikit daripada kisah baktisiswa semalam....

Selepas habis program, kami semuanya masih setia berhubungan dengan keluarga masing2. Kira2 setahun kemudian, pengarah program mengajak kami untuk melawat keluarga angkat masing2. So, kami pun pergilah lagi sekali tapi dengan bilangan ahli yang lebih kecil. Maklumlah, ada yang dah graduate, ada yang clash dengan program lain dan sebagainya.

Kebetulan, masa balik kali ini, dapatlah berjumpa dengan abang iaitu anak ke-2 mak dan ayah. Memang rasa seronok sangat sebab abang nie lagilaaahhhhh manjakan kita. Dia pun memang tak ada adik perempuan. Wah, jadi puteri raja kita kat situ...hehehehhe. Mandi sungai kat belakang rumah mak dengan adik yang dah besar panjang pun, mak ayah temankan lagi. Konon kita nie orang bandar, walhal sama jer. Orang kampung juga.

Entah macam mana, suatu hari tu, hujan lebat. Sampai banjir rumah mak. Rumah mak, separuhnya memang tinggi dan bahagian dapur jer yang bawah. Bawah rumah tu, ayah parking motor, ada reban ayam, ada pangkin yang di recycle daripada katil kayu lama untuk duduk2 sambil minum petang.

So, amsa banjir, kita pun sama2 tolong angkut barang dapur bawak naik atas rumah. Tapi abang kan memang gagah...maklumlah kerja kapal. Dia tak kasi kita randuk air banjir tu. Merajuk tau! Sebab kita tak pernah rasa main banjir, so nak laa rasa. Tapi abang marah. Bahaya katanya. Heheheheh

Esok paginya, kami sarapan atas pangkin bawah rumah. So, dapatlah randuk banjir sikit. Daripada pintu rumah nak ke pangkin tu. Lepas tu, abang dah tak kasi turun dari pangkin dah. Yang lain2 dah sibuk macam2 dah. Ayah dan mak pergi pekan beli barang, kita tinggal dengan adik dan abang. Adik dan abang pula sibuk ikat barang2 kat pangkal pokok, alihkan reban ayam dan sebagainya. Bosan betul duduk atas pangkin jer. Dapat tengok dari jauh jer.

Tapi, secara tiba2, kita rasa macam terapung-apung. Subhanallah! Pangkin yang kita duduk tu terapung dan hanyut menghala ke sungai belakang rumah mak tu. Menjerit2 panggil abang. Memang takut sangat2 masa tu. Nak turun pun takut. Bayangkan kita dengan pangkin boleh hanyut. Kalau kita sorang dalam air, lagilaaaa hanyut. Punyalah derasnya arus air banjir tu.

Syukurlah abang tu perkasa berenang. Dia berenang cepat2 dan tahan pangkin kita. Sikittt lagi nak sampai ke sungai. Allah. Lepas tu, kita tak berani dah lawan2 perintah dia. Dia ikatkan kaki pangkin kita duduk tu kat tiang rumah.

Sampai sekarang, kami masih contact lagi. Cuma, sejak berkahwin, memang kita tak pernah berkesempatan untuk ke rumah mak lagi. Ada jer halangannya. Belum ada rezeki. Mak ayah pun belum pernah jumpa hubby dan Adam lagi. Abang jer jumpa masa kami sama2 di KLIA. seronok sangat. Tapi setiap tahun, setiap raya, tak pernah kita lupa untuk telefon mereka dan hantar kad ucapan.


2 thoughts..

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau jumpa lagi agak-agak masih boleh ingat tak Ziela... harap keluarga itu masih hiduplah kan.

Aziela berkata...

Kakzakie : Eh, boleh kak. Insya Allah. Mereka masih sihat. Kami masih berhubungan melalui telefon.