Khamis, 25 Julai 2013

Ketatnya Tekak Makan Beras Perang dalam Ramadhan

Assalamualaikum.....




Yang sebenarnya, beberapa bulan lepas, kita beli beras perang macam dalam gambar tu. Kononnya nak cubalah makan untuk kesihatan kan. Dietician and doctors kata beras perang lebih baik dari Herba Ponni tu. Fine, kalau x cuba, memang tak tahu kan.

So, beli pun x agak2. Beli peket yang 5 kilo terus. Makannya kita sorang sebab untuk masak di KL.

Tapi bila masak, makan aduhai..kesatnya rasa nak telan. Tapi everytime makan, paksa mind setting untuk cakap sedap dan berkhasiat. Jangan membazir..baik untuk kesihatan.

Tapi, bila bulan puasa, nak makan untuk buka, hatta untuk sahur sekali pun, memang sloww lah sangatnya. Bila balik PD atau Melaka, dapat nasi putih, hah...macam setahun tak jumpa nasi.

Tapi, memandangkan dah beli, dah buka, kenalah bersabar dan cuba habiskan juga.

Ada tak idea nak bagi bangkitkan selera makan nasi beras nie...?

.

7 thoughts..:

Jueliza Jamani berkata...

heheh tak puas kan makan beras ni.. pernah beli beras taj mahal tu. Ya Allah tak sedap sebab takder kanji.. tak puas sangat2 makan.. jue kalo beli nasi mesti beras wangi.. mahal pun mahal la.. tapi tahan lama tak mudah basi macam beras biasa tu.. :)

Azham Vsvc berkata...

tak pernah try beras perang ni....tak tahu plak rasa dia lain hehee..... so memang tak akan beli la hehehe

Suzlin Azreena Nordin berkata...

Buat bubur kak, ala-ala bubur lambuk tu. Takpun, sangaikan and campur dalam susu+nestum. Kira buat macam cereal drink la. OR goreng saje sesedap rasa. Perasa kasi lebih.

:: Mrs.Eady :: berkata...

Beras utk org diet nie..hehehe..kitaorg penah cuba!

Daddy Ziyyad berkata...

hahahahahha...

awak buat ' 2 kesilapan ' :

1) terus beli 5 kg. Patut try dulu..beli paket kecik tu

2) patut try masa di luar bulan ramadan...kasi tekak 'selesa' dulu..

Petua nya( ikut kata wife saya la), utk lebih edible :

- Rendam sekurang2nya 12 jam beras tu...masa nak masak campur dulu dengan beras biasa( 50-50 ratio)...lepas 2-3 hari dah get used to, kurangkan ratio beras putih/biasa...after 2-3 days kurang lagi ratio to 70-30...then 80-20...90-10...until last2, makan 100% beras perang

aizamia3 berkata...

tak pernah try walau pernah try mintak kat en. suami belikan.. hehehe..

ainnoraini berkata...

pernah cuba...tapi tak berapa nak masuk dengan tekak ni...

boleh ikut yg DZ punya cara tu kann...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink