Jumaat, 5 Julai 2013

Kuah Durian (Serawa Durian) Pertamaku

Assalamualaikum.....

Ini cerita gambar WW kita minggu nie.

Ok, kita panggil kuah durian. Ada yang panggil serawa durian. Tapi kalau kami, serawa durian tu maksudnya dah nak sama macam lempok durian. Untuk tempat lain, mungkin lain pula definisinya.

Bukan apa, mak kita adalah berikan Mommy beberapa biji durian dari pokok sendiri di PD. So, Mommy masak kuah durian dengan kukus pulut. Tapi since kita pulak warded, langsung takut nak jamah. First, pulut tu kan angin. Dahlah tengah sakit pinggang, tak tidur malam pula jadinya nanti. Kuah durian pun langsung kita tak sentuh.

So, masa MC, lepak di Kuantan. Hubby bawak balik 2biji mak bagi. Dalam rehat2 kat rumah tu, kita pun godeklah juga. Kebetulan bahan semua ada. Yang sebenarnya, kita tak pernah langsung masak kuah durian nie. Tapi nekad dan tawakal jer.


Dah siap. Tak mengagak..makannya 2 orang jer..masak dalam periuk besar. 


Nampak tak ketulan durian tu? So confirm yer...ini kuah durian.



Makannya dengan roti yang dah terpenyek sebab kena himpit beg dalam kereta.


Ha..baruuulah puas makan. Makan panas...sambil lepak depan tv tengok cerita Cina petang2. Bancuh teh O panas kurang manis. Perghh!!!

Bila hubby balik kerja, kita pun hidanglah. Takut juga tak kena dengan selera hubby sebab hubby kita kan sangat fussy bab food nie. Syukur hubby puji2 kata sodaaappp. Alhamdulillah.

Lepas nie, dah boleh buat lagi...

Oh, senang jer nak masaknya kan. Didihkan santan cair dengan gula melaka sampai gula hancur, masukkan durian dan santan pekat. Bancuhkan sedikit teoung jagung untuk beri kelikatan pada kuah. Masukkan secubit garam dan siap!

Alahai....anda semua pasti dah expert kan...?

.


16 thoughts..:

MUHAMMAD IQBAL Abdullah berkata...

ahh.. saya baru jer terima kuah durian ni nak buat sample....

nenek saya selalu buat durian yang goreng sampai jadi likat tu..apa nama dia eh....

pantai timur orang panggil Pengat Durian....

Daddy Ziyyad berkata...

Saya panggil Santan Durian...:)

sedap di makan dengan roti bai...hihihi..awak tau roti bai?

aby berkata...

Salam aziela,
Beberapa hari juga tk blh masuk blog ziela ni.
Masaalah kt googgle chrome. Ni br dpt masuk. Kt sini serawa ni selalunya d padankan kueh char koy, yg mcm kueh cina tu. Mmang sedap bila dpt ketemukan kedua dua tu

ummiross berkata...

Ziela.. sedapnya tu, dah kecur air liur ummi tengok ni, hehe..

Asyifa Mustaffa berkata...

kg mak pak sy di perak utara..pnggil serawa durian..kg asben di n9...kuala pilah...pnggil kuah durian...:-)

NzA berkata...

akak xsuka makan durian ttp kalau tempoyak, serawa atau crepe durian boleh pulak layan,.....
Emmmmm....sedap pulak rasanya....nikmat cicah dgn roti...plg best bila org trsyg puji sedap......makin brkobar2.

elly nadyra berkata...

saya suka makan ngan lempeng panas!
perghhhhhhhhhhhhhhhhh

Aziela berkata...

Iqbal : Owhh..mungkin orang N9 panggil lempok durian... sedap kan.

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : Roti Bai? Tauuuuu. Sedap kalau sapu butter and kaya, toast sikit. Tapi kalau cicah kuah durian nie, memang dia serap habislah kuah kan. Tu yang yummy tu Doc.

Aziela berkata...

ummiross : Saya pun x sangka jadi sedap, kak..hahahahha. Syukurrr menjadi.

Aziela berkata...

aby : Iyerlah kakang. Saya pun ada a few blogs susah nak masuk. Cicah dengan cakoi? Wah, idea yang sangat menarik tu. Saya nak trylah nanti.

Aziela berkata...

Asyiffa : Ha..betul2. Kuah durian.

Aziela berkata...

NzA : Ada sorang opismate saya sama macam akak. Heheheheheh.

Aziela berkata...

elly nadira : First time akak dengar kuah durian dgn lempeng. Sedap ekk?

Azham Vsvc berkata...

Sedap!!! Tak pernah rasa tapi air tangan akak mesti la sedap hehe :)

Azham Vsvc berkata...

Sedap!!! Tak pernah rasa tapi air tangan akak mesti la sedap hehe :)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink