Maggie Goreng BerScramble

23 comments
Assalamualaikum.....


Sejak kebelakangan nie, masa bagaikan tak cukup untuk kita. Mana dia masa untuk blog yang dulu2 ekk? Waima di rumah sekalipun, nak BW sekali lalu pun rasa sangat menghimpit. Ba discharge dari hospital baru 5 hari setelah sebulan di dalam wad, tapi dah admit semula. Demamnya tinggi dan doktor2 dah beri antibiotik dan ubat yang highest dose untuk beliau. Still..nothing's change. Diarhea masih berterusan, blood masih ikut stool flows out. HB asyik la low jer. Kejap2, masuk darah.

Risau.

Semalam petang, atok saudara hubby, the only atok yang hubby ada, yang datang merisik dan meminang kita untuk hubby telah pergi menyahut panggilan Ilahi.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj Musa.

Hari raya, dah tiada lagi kami berborak2 dan bermanja2 dengan beliau. Dah tiada lagi nak menunjuk dengan Adam bahawa moyangnya masih teguh berdiri. Allahu Akbar. Itulah putaran dunia.


Anyway, dalam kesibukan, Adam request nak makan megi goreng, letak telur hancur. Kalau dah Adam makan, mesti papanya pun nak. Mamanya pula, scramblekan jer semua dalam satu periuk. Settle.

Scramble egg kesukaan mereka mesti tak nak kering2 punya. Diorang suka yang moist. Nak makan, nanti diorang cicah dengan sos cili dan mayo.

Ada yang tak suka scramble egg?

.

23 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Al-Fatihah...

maggi masak macam manapun sedap!!

Unknown berkata...

ya allah kak..teruknya.. semoga akak cepat sembuh ya.. akak taknak cuba rawatan alternatif? sbb biasanya ubat dan antibiotik berterusan akan ganggu sistem kita.. dan dalam masa yg sama boleh kurangkan ability badan utk recover..bukan bermaksud stop semua medication.. tapi dalam masa yg sama cuba kaedah alternatif..

sekadar pendapat saya lah..semoga cepat sembuh kak..

t.a.t.a berkata...

mungkin ada yang tak suka scramble egg as in perbuatan. tapi dia mungkin suka scramble egg as in noun, which is dah siap and terus makan aje. hehe

Unknown berkata...

eh shakira suka jgk kak :) sedap, tapi sedihnya selalu melakat2 je kalau shakira goreng telur tu n nak bg dia hancur :(

Izwa Kamaruddin berkata...

Aaaaa...sedap nyer!

Unknown berkata...

Assalamualaikum Azie,
Idea baru ni.. blh try jugak nnt ni.

Al-Fatihah.. & semoga arwah tenang di alam yg kekal abadi.

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak pun suka Ziela tapi kakak lebih suka makan dgn roti...

Kakzakie Purvit berkata...

Moga yg pergi itu ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..

Takziah dari kakak..

aizamia3 berkata...

setakat ni dak Adik je kurang minat telur.. pujuklah camane pun, kalau dia betul2 lapar baru dia makan.. kalau sekadar suruh makan memang dia tak makan..

lieyalatif berkata...

fuh menarik tu kak....lieya ni mmg hantu telur...buat le camne pun tetap suke....

alfatihah...moga arwah ditempatkan di kalangan mereka2 yg beriman...amin

lizz berkata...

waa sedap juga maggie berscramble tu..
takziah moga rohnyer dicucuri rahmat

TiranaAduka berkata...

salam sis
Tapau 1.

IndaMarya berkata...

Aziela, anak2 saya semua gila scrambled eggs...saya saja tk berapa nak lalu makan.

Lee berkata...

Hello Aziela, ha ha, first time I read 'mee goreng scramble', very innovative and well defined too.
I suka mee goreng....lots of chillis too.
Old days used to eat at Telok Chimpedak, or in Penang Pulau Tikus either mee rebus or goreng.

Aziela, my bahasa out of tune, siapa tu yang sakit diarrhoea?
Could it be food poisoning?
I have it with me here as well old days bila working and travelling, stay in no star kampong towns, bila kena food poisoning or diarrhoea, I chepat swallow charcoal tablets, aka Carbon tablets'.

It usually works stopping my lintang pukang lari bathroom. If not 3 or max 4 tablets. Stengah jam all stop.

This boleh beli at your local drugstore, its made by Mercx (Carbon tablets)
My isteri carries a packet in her bag everyday, just in case any emergency.
Hope whoever is now ok.
You keep well, best regards.
Lee.

sekadar satu coretan berkata...

kalau kakain suka makan dengan roti...sedappp...

tapi boleh jugak cuba..mana la tahu lagi bertambah sedap mkn dgn megi...

gadisBunga™ berkata...

alfatihah...

saya makan megi goreng segera memang selalu buat scramble eggs, sebab nak tambah kenyang.

tahniah sebab akak dapat ke Kuching jugak akhirnya. saya ada baca komen akak sebelum gi KK haritu, dan doakan agar akak dapat ke Kuching. alhamdulillah rezeki akak akhirnya. :D

NzA berkata...

al-fatihah.....
kalau tgh lpar mmg makan xhinggat...he3x...

Tengkubutang berkata...

Hai.. done follow sini no. 658
Klu sudi jom lea follow teman lik yea..
Leh kita kunjung mengunjung oasni..
Salam kenal yea.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/

Tengkubutang berkata...

Yunk.. nk tanya.. camne buat mcm kat sidebqr tu? Yang bloglist tu.. yg tulis Katanya, layan jiwang, nyummm... camne buat cjtu.. ajarlea teman..

Kancil 8349 berkata...

sedapnya...buat lapar plak aku

ellynadyra berkata...

saya suka scramble egg

Kisah Tatie berkata...

pagi-pagi dah terliur tengok entry ni.

Unknown berkata...

Saya sangat suka scrambled egg...dan bila dah campur dengan maggi tu mesti sedap rasanya kan?