Alhamdulillah... Bantuan Itu Telah Di Agihkan

7 comments
Assalamualaikum.....


Sumber : http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1000568


Anak Syarikat Bernama, Bessar Hulur Sumbangan Mangsa Banjir

HULU TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) -- Prihatin dengan nasib mangsa banjir, Bernama Systems and Solutions Advisor Sdn Bhd (BESSAR), anak syarikat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Khamis turun padang menghulur sumbangan kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muniyati Muhamad berkata sumbangan yang diberi adalah berdasarkan keperluan mangsa banjir terbabit berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pejabat anggota parlimen kawasan berkenaan.

"Di Kemaman umpamanya, kita ada memberi sumbangan berbentuk barangan makanan dan di Hulu Terengganu pula kita sumbangkan 300 tilam untuk pusat pemindahan, pakaian serta keperluan wanita dan kanak-kanak seperti lampin pakai buang," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Menurutnya tilam dibekalkan ke pusat pemindahan untuk keselesaan mangsa banjir dan pihaknya memperuntukkan kira-kira RM50,000 untuk tujuan sumbangan di Terengganu.

"Kita turut memberi bantuan pakaian kepada mangsa banjir hasil sumbangan petugas BESSAR," katanya.

Seorang penerima, Rafiah Sulaiman, 53, dari kampung Kuala Ping berkata sumbangan sebegini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Alhamdulillah, bantuan pakaian dan tilam di pusat pemindahan ni boleh kami selesa tidur dan tinggal di sini...memang kami tak sempat bawa apa-apa barang sebelum berpindah ke sini, mujur ada pihak yang prihatin dengan nasib kami," katanya.

Noraini Ismail, 35, dari Kampung Tok Lawit pula berkata beliau menghargai usaha sesetengah pihak yang menghulur bantuan bagi meringankan beban mereka.

"Hanya bantuan sebegini yang kami harapkan sebab kami memang kehilangan harta benda dan banjir kali ini memang sangat teruk dan kita tak jangka perkara ini berlaku," katanya.

-- BERNAMA











Hilang letih meredah perjalanan 16 jam dalam masa satu hari bila ianya tiba di tangan yang memerlukan. Mana lagi syarikat yang sudi membantu? Proton hari ini sudi membantu kereta2 banjir. Apa bantuannya, tidak dinyatakan... At least kan...


.
Nota : Maaf kalau ada yang rasa entry ini menunjuk2. Tidak! Ini bukan sumbangan peribadi pun... Ini sumbangan syarikat. Cuma untuk menggalakkan lagi rakyat Malaysia saling menghulur bantuan bila ada yang memerlukan. 


.

7 thoughts..

t.a.t.a berkata...

Alhamdulillah kak. jasa baik mereka yang terlibat cuma Dia sahaja yang layak nilai dan balas.

Alhamdulillah.

Al-Manar berkata...

I am back on internet following the rain and high wind that affected me, despite being out of the epic centre.

So now I can conclude where you work. Am I right?

Volunteers emerged in plenty with donations etc. This is the real Malaysians. What disappoints me is the lack of life in those who are responsible. I did not have to go through what I posted in my blog.

Well done to your organisation and itw members.

wakgelas berkata...

alhamdulillah tuu.,

NzA berkata...

Sedikit sebyk dptlh meringankn beban mangsa bnjir...syabas kpd penyumbang...

ellynadyra berkata...

alhamdulillah, saya pun tak terkecuali dari menyumbang sket utk mangsa, semoga mereka tabah utk memulakan dan menjalani kehidupan seperti dahulu

Aziela berkata...

@Al-Manar Pakcik Hassan, glad you are back in action. Yeap, that's it...same as I've mentioned in my e-mail to you. Do all the best that we can..within our capacity.

Aziela berkata...

@elly nadyra Well done, Elly.