Antara Kudapan Tradisional Pantai Timur

14 comments
Assalamualaikum.....

Gambar2 dan story ini adalah kejadian lamaaa sebelum banjir.

Orang kata, di pantai timur nie, makanannya semua manis2 belaka. Eh, mana ada. Jangan tak tau, pedas menyengatnya boleh tahan tau. Tapi memang la...ada antara kuih muihnya yang memang manisssss sangat. Macam jala emas, taik itik, buah tanjung tu semua, memang manis sejak zaman berzaman.

Selain daripada itu, kuih akok. Akok nie pun manis2 belaka. Tapi, kita ada jumpa beberapa penjual yang kuih akoknya tak berapa manis. Sedap2 rasa jer. Pergh... bila dah kurang gulanya, baru boleh terasa lemaknya.

Gambar2 di bawah nie, kita tak pasti apa nama2nya. Kita main beli jer. Semua rasa lebih kurang. Kedai ni adalah sebuah gerai kecil di sebuah kampung nelayan di daerah Kemaman. Teruja tengok berderetan kuih2 nie. Kita beli 2 ketul setiap biji. Kami suami isteri saja nak merasa. Oh, Adam takder masa tu. Biasalah, weekend honeymoon.




Tapi, dalam banyak2 tu, kita paling suka kuih yang kat atas nie. Bancuhannya selain tepung, telur dan gula, di campurkan juga dengan kelapa parut. Makanya bila di bakar bau nya harum semerbak. Bila di makan, luarnya garing dan rangup sementara dalamnya pula lembut dan juicy. Beli 2 biji jer pula tu, maka kami suami isteri makan perlahan2 sambil menghayati rasanya yang unik tu.


Yang ini, akok juga. Tapi dia ada nama lain lah rasanya... Akok telur ek?

Yang nie, akok pandan.


Akok kat sini lain sikit daripada di Kelantan kan. Kat Kelantan, akoknya menggerutu, tapi kat sini macam apam sikit. Oh, ada juga kuih bahulu. Kami beli juga, tapi ermm...bahulu di KL dan selatan lebih sedap lagi. Bahulu kat gerai nie sangat keras.




Bakar guna arang. Api menyala2 tu. Uishh...wangi sungguh bau2an di sini. Next year kalau ada rezeki, kami mulakan semula lah rutin honeymoon di hujung minggu sebab Adam dah mula sibuk dengan tuisyen dan kelas tambahan. Bila dia busy, mak kita tak kasi kami ganggu dia...hehehehehe. Itupun kalau hubby masih ada peluang mencari rezeki di pantai timur nie. Kalau move ke negeri lain... pasti kami rindu dengan pantai timur. Walaupun selalunya kami dengar rungutan daripada orang2 di sini yang pantai timur nie bosanlah, tak ada shopping complex lah, jauh la, tak happening la...tapi kami suami isteri berbeza pendapat. Pada kami pula, sangat banyak keindahan dan keunikan pantai timur yang mempersonakan. Masih terlalu luas lagi untuk kami terokai. 

Apa2 pun, weekend nie kami masih di Melaka.....


.

14 thoughts..

t.a.t.a berkata...

kuih yang senang dapat kat pantai timur, bila dibawa ke Selangor, confirm harga naik mencanak. depa campur sekali harga duit minyak dalam harga jual tu.

Unknown berkata...

saya suka meneroka makanan kalau balik kampung husband.. kuih akok tu jadi paberet saya.. lemak sangat.. tapi sayangnya saya rasa sekarang makanan kat sana dah semakin mahal berbanding cost of living nya.. entah la..

Aziela berkata...

@t.a.t.a Campur dengan import tukang masak sebab org sini tak ada skill tu..kot

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Kalau di bandar memang terasa mahalnya. Tapi kalau kampung2...ada murah sikit Rai.

NzA berkata...

akak ni nama je mek kelate tapi jenis xsuka makan kuih...nmpk gaya aziela lagi teror bab2 kuih tradisional pntai timur berbanding akak.....he3x.

gadisBunga™ berkata...

saya masih kecewa dengan harga kuih akok kat bazaar ramadhan kat jb nih. kene la ke pantai timur kalau gini. hihihi

Tanpa Nama berkata...

kalau masa bulan puasa lagi banyak orang jual akok..
izudin tak suka akok yang manis sangat walaupun orang kelantan..haha

Unknown berkata...

rindunya nak makan makanan nie semua kak, kak sini mana nak cari hehehe......sambil telan air liur baca entry akak nieh hahahha

Unknown berkata...

Bolehlah kalau nak cuba.

Aziela berkata...

@NzA Tapi akak pula dah terror makanan Jawa. Saya yang Jawa pun tak berapa pandai..hehehehe

Aziela berkata...

@gadisBunga™ Yeayyy!!!! Mari..mari..mari...

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Kalau manis sangat, tak berapa terasa lemaknya kan

Aziela berkata...

@Umaira Jannah Kat pasar malam jer kadang2 jumpa kan...

Aziela berkata...

@Mohdsaifulhezry Mustapa Makan tetap berebut kan....