Tayar belakang masuk longkang...

4 comments
Assalamualaikum....

Ini kisah kelakar pun ya, kesian pun ya juga. Salah seorang petugas kami...parkingnkereta depan ofis. Kereta mesti parking reverse mengikut peraturan HSE Manager...agar mudah keluar sekiranya ada kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.
Jadi, minah ni lepas parking...nak keluar dari kereta. Tutup enjin, capai henbeg, capai teh o ais yg dia bungkus tadinya. Baru keluar sebelah kaki, kerwtanya meluncur ke belakang dan dummm.
Aiseh...dia lupa tarik hand brake rupanya...

Begini lah keadaan keretanya. Owner kereta tu wanita yang sebelah kanan tu...


Mujurlah kami ni ramai petugas2 lelaki yang gentleman...yg gagah dan pintar. Berjaya juga akhirnya di tarik keluar. Mujur juga lah tayar tu tak pecah.

Dah selamat tu...kami semua gelak sampai ke petang. Ownernya lah yang paling banyak gelak. Kelakar sungguh. Tapi kalau belakang tu longkang besar ke...gaung ke...memang bye bye lah jawabnya....

Hati2 yang awak2 semua....

.

4 thoughts..

mamapp berkata...

Uih bahaya Tu x tarik handbrake. Nasib baik xde apape

LuvHaryani berkata...

Comel ceritanya, tapi hana bayang diri sendiri tak terbayang nak kata apa masa kejadian huhu. Pengalaman itu manis :)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Nasib baik longkang secoet, hehehe.
Aziela kalu nak gostan hati2 tau

Sha Mohamed berkata...

Adoi.. Mujurlah ramai yang sudi tolong..