The Karate Kid 2010

No Comments

Aku n family pergi menonton cerita nie secara jemaah last Friday. Atas permintaan anak kesayangan itu la. Pagi tu baru amik report card exam dia. Dapat result ok laaa...walaupun x cemerlang. Kebetulan dia mmg ada request nak tengok cerita nie. Konon nak prepare utk tournament karate dia tak lama lagi la...hehehhe.

Well...jalan cerita biasa-biasa jer. Cerita pasal Dre nie...yg pakai baju putih kat dalam gambo tu. Anak Will Smith si Dre nie sebenarnya. Anyway..dia ni anak yatim...mak dia menyara hidup dia..x der choice lain..co. mak dia hantar mak dia buat keje kat kilang kat China. So, dia pun pergi la ke China dalam keadaan terpaksa dengan mak dia. Amatlah dia x suka persekitaran kat Beijing tu.

Tapi..first day sampai lagi, dia dah melencong ke playground, ngorat anak cina kat situ. Cun la awek nie...heroin kan. And tengah2 berpoya2 tu, kena interrupt plak dengan kaki buli kat situ. Apa lagi, kena hentaklah dia. And perbalahan nie berterusan sampai ke skolah, sampai ke waktu lepas skolah. Part nie, aku pun gerun tengok. Pandai la director dia menimbulkan rasa cemas kat we all semua. Anak aku sampai tutup muka separuh dgn tangan sebab gerun nak menunggu si Dre kena hentak. Well, dah nak kiok dah..jeng..jeng..jeng..muncul lah si Jackie Chan. Menolong melawan kaki buli tu semua. And, jadilah mereka pasangan anak murid dan guru kung fu tak bertauliah. Sebabnya...Dre mesti prepare untuk masuk open kung fu tournament dan lawan dgn kaki buli tu. Kaki buli tu nama dia Cheng, pakai baju merah dalam gambar tu. And si Cheng nie antara anak murid kesayangan Sifu Kung Fu center yang besar dan gah di Beijing tu. Uishh...gerunnnn.

Ok..review aku..memang sangat2 berbaloi tengok cerita nie. First time aku nengok Jaden Smith berlakon and memang sangat memberangsangkan mutu lakonan dia. Pandai laa nak buat muka sedih, muka tensen, muka takut and muka kelakar macam bapak dia. Jackie Chan dalam cerita nie takder part lawan2 pun..kecuali masa selamatkan Dre tu jer. Aku rasa dia memang rilek giler laa berlakon citer nie berbanding dengan citer lain tu. Cuma dia penat perasaan jer la kot. Sbb nak kena buat muka dull, sedih, x der perasaan dan satu part tu..sangat hiba.

Cinematografi memang cantik...amik gambor kat bukit bukau gunung ganang...kat tembok besar...sure laa cun kan.

And kredit juga pada pembuli tu. Cheng nie..memang mantap la lakonan dia. Kalau nengok..memang benci betul laa dengan watak dia tu. Pandai betul dia membencikan watak tu melalui lakonan dia. And...yang palinggggg aku suka ialah steps kung fu dia. Sangat sharp dan cantik. Kemas giler. Si Dre nie...walaupun hero...dia nyer step tu tak berapa kemas and sharp. Orang baru belajar laa katakan.

Kesimpulannya....memang sesuai la untuk tontonan sekeluarga..walaupun ada unsur ganas sikit. Tapi ganas2 si pembuli tu...macam Cheng nie..diorang tetap manusia biasa. Tetap ada hati dan perasaan. Dan dia tak ego bila last sekali, semua orang dalam geng pembuli nie beratur bagi sembah hormat kat Jackie Chan..eh..Sifu Han.

Pengajaran untuk anak bujang ku : Kalau nak pandai karate, kena praktis tetiap hari..tak boleh komplen, tak boleh merungut...bukan setakat 2 jam seminggu tu jer....

Secara keseluruhan...cerita nie bukan cerita karate. Cerita nie citer kung fu daa....

0 thoughts..