Food and Journey to Kuantan - Day 1

No Comments
Salam ujung tahun uolss... Amacam christmas nyer weekend? Buat apa? Aku mcm plan last week laa...gie ke Kuantan... cuba nak cari lagi rumah sewa. Tapi mmg x jumpa2 lagi. Last weekend pegi dengan keta parents. Mak oiiiiii.... Imagine laa... bwk Iswara sedan 15 years old yang mana x ada power stereng dan memulas stereng yang berusia sebegitu ala2 mengangkat dumb bell 10kg rasanya. Abis timbul muscle kat lengan I nie taw... ( walaupun belum berjaya menenggelamkan lemak2 yang ada ). Top up kan lagi kepayahan itu... keter itu adalah gear manual... tidakkkk!!!!! Aku sudah amat lama tidak drive keter manual. Adoiii.... horror sungguh. Tak apa lah...kita citer next time la yer. First thing first.

Entry this time adalah untuk trip hubby pegi intvw. Intvw on Monday. We went there on Saturday, end of November 2010. Sajer pegi awal sebab tak nak kelam kabut. Memandangkan both of us dah lama tak ke Kuantan, terpaksalah ambil masa lebih sikit untuk mempelajari selok belok jalan di Kuantan dan juga untuk meninjau persekitaran sekiranya diterima bekerja. We stayed in Swiss Garden since membership hubby dok ada balance entitlement nights lagi. Save sikit bajet hotel kan...hehehehhe. Bertolak dari Melaka, dalam 11 pagi juga. Selepas tgk kambing aqiqah Adam dan settlekan booking payment. So, drive relax2. Teragak nak berhenti...kitorang belasah jer menyinggah merata-rata. Dari Melaka, masuk Tampin, tembus Kuala Pilah, masuk Bdr Baru Serting, terus lalu Muadzam Shah dan straight ke Kuantan. Tak lalu KL and Karak hiway. Yang kurang best ialah pemandangan yang agak memboringkan dan paling x best x bnyk sgt tempat nak berhenti utk rehat atau minum2. Alternative yang ada hanyalah minum air yang dibeli dari petrol stesyen sepanjang jalan.

Tiba di Kuantan, dah pukul 3 ptg. So, check-in, terus buka mangkuk tingkat yang dibekalkan oleh MIL. TQ mami.... luv ya... Best betul makan bekal dari rumah dalam hotel rooms... heheh. Then we all rest. Sedar2 dah petang. So, terus naik kereta, ronda2 jalan sepanjang Beserah tu. Sedar2 dah malam. Perut pun dah mula berkeroncong. Masalahnya tak pandai lagi laa area Kuantan tu. So mula laa calling2 orang sana sini tanya tempat makan kat mana yang best. Puas tanya sana sini..ronda sana sini, we decided untuk ke seafood arena yang terkenal di Kuantan iaitu Tg Lumpur. Tempat nie ala-ala Umbai di Melaka la kan. Bezanya Umbai mmg ada macam food court..centralized kan pengusaha ikan bakar. Di Tg Lumpur..semuanya bertapak independently dan mereka buka restoran. Kalau di Melaka tu..mostly gerai2...kecik laa... ini restoran..besar dan lebih ramai orang dan lebih banyak space.
We all masuk kat satu simpang nie...sajer laa round sampai ke dalam. Rupa2nya kat dalam tu...betul2 sebelah pantai. Lorong tu ada signboard Kg Tanjung Lumpur. Bukan main banyak kedai lagi. We stop at the first shop. 2 tingkat kedai dia nie. Nama nyer Ana Ikan Bakar Petai. Ada a few branches, but we went to this 2 tingkat one. Tak pernah pula we all makan ikan bakar berpetai nie. So, nak ler try what's the difference. Oklaaa kedai nie. Convenient. Toilet ok..surau ada, tingkat atas utk bersila...tkt bwh dok atas kerusi.

Sotong
Tengoklah gambar nie. Sotongnya sangat fresh...kental2 lagi. Besar2 plak tu. We all order sotong nie sikit untuk goreng tepung dan separuh lagi bakar petai.


Lala
Kebetulan ada stok baru lala. Order masak pedas. Sooo fresh...maniss lagi isinya. Memang ngam la.

Sayur
Order 2 jenis sayur. Aku laa tu. Aku mana boleh makan tak ada sayur. Mesti aku rasa mcm hidangan aku tu x seimbang kalau x ada sayur. Kailan goreng biasa dengan sayur campur. Nothing special. So and so jer....



Siakap 3 rasa
Ikan nie we all soh masak macam biasa jer. Tak tergamak pulak nak makan semua benda berasaskan petai semata2. Yang nie..sedapp...




Udang Bakar Petai
Udang nie..Masya Allah... sangat besarrrrrrrr. Bayangkan satu pinggan lonjong tu boleh muat 2 ekor jer. Sekor udang nie, sama saiz dengan saiz siakap tadi tu tau.... Sekor udang nie beratnya dalam setengah kg. Besar deq nonnnnn. First time we all tgk udang laut yang besar mcm tu. Hubby sgt seronok jumpa udang tu. Kebetulan masa we all sampai...x berapa ramai org lagi... Udang tu pun ada 5-6 ekor jer rasanya. Buat bakar petai. Aku macam x berapa suka sangat la. Tak boleh go plak dgn tekak aku bakar cara cam nie. Bau petai tu x kisah lah. Dh mmg org kampung..dr kecik dh biasa menyumbat perut dgn petai, jering segala bagai...tapi style nie agak kurang memberangsangkan selera aku la. Rasa dia of course rasa petai..ada pahit2 sikit. Tp combination sambal yang pedas+manis dengan petai yang lemak2 pahit nie, belum dapat aku terima. Tp sbb sayangkan udang..aku ketepikan segala bumbu kat udang nie... Makan isinya. Itupun we all 3 beranak nie dapat habiskan sekor jer. Tamak kan masa order tu. Lagi sekor tu bungkus bwk balik hotel...hehehhehe.





Sotong Bakar Petai
Inilah rupa sotong bakar petai tu. Macam tadi juga. Aku tak berapa sesuai la citarasa kan. So... aku kaut sotong2 nyer jer...hehehe. Sotong2nya memang fresh. Biasanya kalau sotong saiz besar nie...dagingnya agak liat, Tapi yang nie memang lembut dan sangat juicy serta manis rasanya. Kalau beli kat pasar kenkadang tu rasanya tawar hebeh... Anyway, ini pun x abis juga daaa.... Bungkus juga bawak balik.


Sampai hotel, sumbat semua leftovers dalam fridge...terus zzzzzz..... penat sungguh xtvt hari ini. Bermula dari pencarian kambing...long journey..and hunt for food... Nnt sok2 sambung lagi day 2 yer....
Daaaaaa......

0 thoughts..