Sengsara Berhikmah

2 comments
A few days back nie, memang banyak sungguh tekanan perasaan yang aku terima. Tekanan yang muncul dari setiap sudut kehidupanku. Tak mudah untuk menerima dugaan2 ini, mengimbangkan dan meneutralkan. Tapi apalah dayaku, aku hanya insan biasa. Sampai satu tahap dan ketika, pecah juga tembok kekuatan diri yang cuba aku pertahankan. Sampailah saatnya aku menjadi wanita sejati, meluahkan kepedihan melalui air mata. Aku cuma berdoa agar aku berjaya sekali lagi mengharungi dugaan ini, seperti mana yang telah berjaya aku lepasi sebelum2 ini. Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Penyayang. Aku percaya ada hikmahnya disebalik semua kesulitan yang diberi. Semoga aku lebih tabah dan kuat untuk berjuang meningkatkan kualiti diri, keluarga dan ummah. Amiinnn....




Perjalanan harus diteruskan walaupun kabus menyeliputi....

2 thoughts..

DD berkata...

jom kita sama2....

Aziela berkata...

kena kuat kan..chaiyokkk