Radiasi Nuklear di Jepun

2 comments
I'm back friends....
Semangat agak merudum, but Insyaallah I'm catching up.
First of all, TAKZIAH  kepada abah@izz daripada http://izzukasyahfamily.blogspot.com/. Sangat memeranjatkan dengan berita ini. Walaubagaimana pun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang terjadi sebenarnya aku tidak pasti. Cuma dapat berita dapat blogger lain jer. Masih lagi menunggu kepastian daripada sumber2 yang sahih.

Tsunami di Jepun tu sangat menakutkan. Dah seminggu berlalu. Rupa2nya, bukan itu sahaja dugaan yang diturunkan, kebocoran tangki tenaga nuklear pula menurut. Bukan saja kebinasaan, malahan kesengsaraan seumur hidup kepada sesiapa sahaja yang tercemar dengan radiasi ini.

Bila dapat saja berita tentang tsunami tu, aku terus panjatkan seribu kesyukuran ke hadrat Ilahi. Terima kasih Ya Allah. Betapa besarnya kuasaMu, betapa tak terjangka di akal dengan aturan alamMU. Allahu Akbar.
Bersyukur yang pertama sekali kerana kita semua hidup di atas bumi yang masih damai setakat ini. Yang ke-2, kerana hubby bukan lagi berada di sana. Actually kawasan tsunami tu betul2 di daerah hubby menimba ilmu lebih kurang 15thn yang lepas. 3 tahun dia bersatu dengan alam di daerah tu sehinggalah dia menjadi dia yang sekarang. Alhamdulillah. Sepanjang pengajian dia disana memang selalu mereka ditemani dengan gegaran2 gempa bumi yang kadangkala boleh mencecah 4-5 skala Richter. Habislah bertaburan segala barang2 dirumah. Tapi lama kelamaan, dah menjadi lumrah untuk penduduk disana. 10 tahun yang lalu, penduduk di daerah sekitar juga telah diberikan amaran akan berlaku gempa yang besar dan tsunami pada bila2 masa sahaja. Oleh itu semua penduduk sering berjaga2. Tapi kitakan manusia. Ada yang lalai, ada yang lupa dan ada yang pudar kepercayaannya. Maka alpalah mereka semua daripada langkah2 keselamatan. Sekurang2nya, aku percaya, ramai yang dapat diselamatkan. Sekurang2nya, Allah masih berikan peluang kepada segelintir daripada mereka untuk terus menikmati alam. Hubby cuma sangat bimbang tentang keselamatan keluarga angkatnya di sana. Nenek, mak, ayah, abang dan kakak yang sangat rapat dengan hubby. Sentiasa menjaga kebajikan hubby sepanjang dia disana dan tidak lupakan dia walaupun dia telah tamat pengajian. Masih tiada berita tentang mereka. Selamatkanlah insan2 yang baik budi itu Ya Allah...

Buat masa ini pula hubby berada di China dan keadaan tenang di sana. Aku doakan kepulangan hubby esok agar selamat sejahtera. Amin.

2 thoughts..

puteraduyong berkata...

semoga mereka semua tabah...

Aziela berkata...

Amiinnn