Jangan Tinggalkan Kami, Tiffin Biru

4 comments
Assalamualaikum.....


Ok..siapa yang tak pernah tengok gambar di atas dan tak pernah masuk blog itu? Tak ada kan? Kalau ada tu, sah2 blogger baru. Atau memang anda telah tertinggal sesuatu yang amat berharga.

Kita rasa sangat tersentuh dan hiba bila owner blog ini iaitu Cik Mat Gebu menyatakan niat untuk bersara dari dunia blog. Blog Tiffin Biru memang blog yang gah. Bukan..bukan kerana dia adalah anak raja atau menteri2, tapi kerana dia adalah seorang insan yang sangat ikhlas mencurahkan ilmu kepada semua umat yang sudi singgah di blognya. Percayalah. Sekali anda singgah, selamanya anda melekat. Sangat banyak ilmu masakan, tips dan petua yang dikongsi tanpa mengenal siapa yang mencedok dengan rakus.

Kita sangat kecewa bila CMG kata nak bersara. Kita kenal dengan blog memasak semuanya dari Tiffin Biru. Banyak sungguh jasanya. Tak terkecuali kerana memberikan motivasi kepada kita dan ramai lagi isteri2 lain serta bakal2 isteri untuk mula memegang senduk dan kuali.

Kita tak pasti apa yang menyentuh perasaan CMG, namun kita amat berharap agar CMG tidak bersara dari dunia blogging. Update sekali sekala, ok lagi...tapi jangan tutup blog itu dan jangan bersara. Tolonglah...

4 thoughts..

BeloG MTT berkata...

Dunia blog sekarang terasa makin suram kan :'(

RamRamCute berkata...

oh tidakkk!! janganlah CMG..kami semua tak relakan....

Aziela berkata...

BeloG MTT : memang betoll.... dahla kita baru nak warm up.. sedey...

Aziela berkata...

Rahmah ; sunyi jer skang nie kan....