Dinner 4 Me...

4 comments
Assalamualaikum.....

Di KL nie, kita dok sensorang. Kalau tak ke Melaka, atau PD, atau Kuantan, kita akan berehat di KL jer. Kadang2 malas nak singgah kedai untuk beli food. First sebab on the way nak balik rumah, tak jumpa kedai makan. Secondly, kalau beli selalu, takut ada yang dah skodeng and boleh recognize kita duduk sorang. Manalah tau penyangak zaman sekarang. Luckily, my unit dekat dengan lif dan laluan utama penduduk lalu lalang. Tingkat 12! So, agak ok sket kot.

Jadinya, masak jer lah sendiri. Disebabkan dinner, sometimes nak makan yang ringan sikit dari nasi. Lagipun, ikut kadaran tekak sendiri. Salah satunya ialah ini.. Tak tau apa namanya, tapi ianya adalah instant noodle. Cuma x guna perencahnya. Kita masakkan sayur, rebus noodle sampai lembut, dan gaulkan sekali.

Surprisingly...sedap. Opss..sorry. Sebab kita guna cili padi. Tak ada cili padi, susah sikit nak makan rasanya.

Nak masak..senang jer. Tumbuk kasar cili padi, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Tumiskan sampai masak, tapi jangan sampai garing. Masukkan air sedikit..biarkan mendidih. Masukkan sayur (kita guna kacang buncis dengan brokoli). Kemudian gaulkan dengan noodle yang dah lembut direndam. Siap...

Hmm..gambar blurr kan. Samsung nyer hp nie, gambar agak kurang memuaskan untuk kitalah...

4 thoughts..

Unknown berkata...

akak, pos kan kat sini satu hehehe

Aziela berkata...

Azham : Awak boleh makan pedas ke dik? Hehehe

Unknown berkata...

wah....nampak macam sedap tu....nak try nih...hihi

Aziela berkata...

Suhami : Sila try....hehehhehe