Kisah Seram : Pejabat 1

3 comments
Assalamualaikum.....

Kita nak tambah koleksi kisah seram dalam blog kita nie. Ingatkan takder yang berminat, tapi rupa2nya ada juga yang sudi baca. Terima kasih. Selain daripada u all, Adam pun suka dengan kisah2 seram nie.

Ok, ini pengalaman pertama kita ditimpa kejadian seram di office ini, lebih kurang 8 tahun yang lalu.

Masa tu, office nie memang baru dibuka. Kami pun baru pindah ke sini selepas selesai urusan renovation dan sebagainya. Pada masa yang sama, perpindahan ke sini juga bermaksud perpindahan majikan. Sebuah syarikat yang baru dibuka dan kita pun dilantik sebagai salah seorang HR person. Oleh kerana syarikat baru dan jawatan baru, maka sangat banyak kerja yang harus diuruskan. Weekend, weekdays seumpama tiada beza. Malam dan siang tetap di dalam pejabat. Oleh itu, ada masanya kita akan stayback di pejabat untuk menyelesaikan kerja selagi mampu.

Faham2lah kalau dah duduk seorang diri nie, malam2 pula tu..memang rasa sunyi. Selain sunyi, adala sedikit rasa cuak tentang aktiviti paranormal kan. Namun kita tak endahkan. Kita pasang muzik di pc. Ada cd masa tu rasanya, milik housemate kita. CD lagu hindustan..kita ingat lagi. Tak kuat pun pasang..volume sangat rendah sekadar menemani kita. Lagipun, tgh concentrate kerja kan.

Sedang focus dengan kerja, tiba2 kita dengar macam ada orang selak2 kertas suratkhabar..tapi x ada sesiapa. Kita tak endahkan. Kemudia dengar bunyi orang seperti mengetuk keyboard di barisan sebelah kita. Kita tak angkat kepala pun untuk tengok sebab memang tak ada sesiapa. Pintu masuk hanya satu, dan kita duduk di laluan utama ke pintu masuk keluar. Dalam hati sudah berkata2. Tapi tabahkan hati. Teringat pesan ustaz di sekolah menengah, bumi ini dikongsi oleh hidupan yang nyata dan yang halus. Maka bertoleransilah... "Ok fine...ko x kaco aku pun dah cukup baik..." kita kata dalam hati.

Tapi..dalam pada meneruskan kerja... tiba2 dengar suara garau lelaki yang ikut sama menyanyi bait2 lagu hindustan tu, betul2 di meja sebelah kita. Meremang terus segala apa yang ada. Siap habis satu baris lagu tau. Dah tak ingat lagu apa.... Masa tu dah tak boleh tunggu lagi dah. Terus capai tali handbag...dan pecut keluar pejabat.... Dengan pc still on, dengan pintu pejabat tak kunci dan sebagainya... kita dah x peduli dah...

Sampai jer rumah, cerita2 dengan housemate... lepaskan perasaan. Syukurlah sepanjang pemanduan dalam perjalanan, tak ada yang 'mengikut'...

Memang seram. Itu kisah pertama...nantikan kisah yang lain mengenai pejabat kita di masa hadapan...

3 thoughts..

Unknown berkata...

baca pun dah kecut perut... ngeriiii..

RamRamCute berkata...

Hihihi. . . Tu tak tersenarai lagi cerita 'kakak cleaner' tu. . . Kalau dengar lagi haru :s

Unknown berkata...

pejabat angker!

nak cerita seram lagi akak huhuh