Makan di Melaka : Apple Burger

7 comments
Assalamualaikum.....


Dah lama x citer pasal makan2 kan. Okeyh..kejadian nie dah lama. Seminggu sebelum adik kita tunang. Dia pun dah sebulan selamat jadi tunangan orang.

Siang tu dah merayau sampai ke Air Hitam, Johor utk cari barang2 hantaran dia. Mlm tu, balik semula ke Melaka. Sebelum proceed utk shopping kain dan tudung dia, kami makan dulu. Badan pun dah letih, perut pun dah lapar.

Sebelum2 nie, adalah sekali pernah makan kat sini. Yang selalu makan kat sini ialah hubby dengan kawan2 kerja dia. Tapi bila kita dgn Adam ada, tak nak plak dibawanya ke sini. Sampai dah lupa mcm mana rasa food kat sini.

Anyway, kedai nie, betul2 di tepi jalan, sebelah Straights Meridian Hotel, selepas Masjid Negeri. Speciality kat sini ialah burgernya yang dihidangkan bersama hirisan epal. Itulah sebabnya dinamakan Apple Burger. Selain burger yang berbagai jenis, dia ada hidangkan Asam Pedas, dan juga berbagai menu masakan panas yang lain.





Kami ambil tempat duduk di luar. Saja nak ambil angin malam. Penat2 tu, duduk luar, berangin jer... Memang lega sikit rasanya.


Ini adalah dish hubby. Dia memang suka burger nie. Namanya WIRED BURGER. Bukan bermaksud dalamnya ada wayar, tapi daging burgernya dah dihiris kecil2 dengan wayar special yang di bakar. So, rasanya memang lain sikitlah. Jadik macam daging hancur, tapi tak hancur. Moist jer rasanya...

Maaflah yer.... Gambar x terang sebab duduk dalam gelap. Apa taknya, duduk kat luar kan. Cahaya yg ada pun ala2 romantik gitu. Lagipun pakai camera fon jer, macam biasa. Camera digital, memang dah lama jadi tukun atas meja kat rumah. Tak kuasa nak memenuhkan handbag yang sendat dek brg2 sendiri, dan hubby dan anak...


Adam memang suka sangat order air yang meruntun jiwa nie. Maknya boleh rasa sesudu kecik jer. Maklumlah...sob..sob.... Tp syukurlah kita mmg x berapa suka dgn aiskrim segala bagai nie...


Ini adik kita punya dish. Ida order nasi goreng cili api. Dia nie taste memang mcm kita, tapi lagi obses lagi. Nak pedas, nak cili api manjang... Nampak mcm x senoreh (loghat n9), tapi rasanya sedapp sangat. Caya lahhh


Alahh...senget plak gambar nie. Sila telengkan kepala anda yer... Tak sempat nak edit dah.. Ini adam punya set hot dog. Tapi apsal ntah fries dia rasa sedapp jer. Even sampai habis makan pun, fries dia x lembik mcm fires McD delivery ke rumah tu. Sodap yooo...


Ahaa...yang ini baru kita punya. Kita nak try asam pedas dia. Kita ambik Asam Pedas Daging Tetel. Asam Pedas dia memang masam, tapi tak pedas sangat utk tekak kita. Utk yg x makan pedas tu, oklah... And kuah dia ala2 cair gitu. Tak macam asam pedas Melaka pure. Asam pedas Melaka biasanya kuah dia pekat dengan bahan2 tumisan dia. Ini, stail family PD punya asam pedas. Kalau mak ada, dia sure suka. Tak pedas, masam2, and kuah cair2 sikit. Dia kata kuah cair2 nie sedap kalau buat hirup2.

Disebabkan owner dia tahu x pedas sbb mmg ada customer yg x makan pedas, maka dia siapkan ulam2 dengan sambal belacan, ikan masin bulu ayam yang sangat rangup serta telur masin setengah biji. Sambal belacan dia sodapppp sangat. Bukan yg blender punya tau. Mmg rasanya cukup original, confirm dia tumbuk pakai lesung batu. Pedassss.... Perghh..baru nikmat makan. Kebanyakan kedai asam pedas Melaka, kalau yg bisnes malam, diorang x bagi sambal belacan tau. Set yang biasa hanya ada telur masin dan ulam timun jer. So, something different la kat sini...

Ok...recommended juga. Tengok ada stall char kuay tiaw. Mcm sedap jer... Next time try la pula...




7 thoughts..

ain akasyah berkata...

sy yg dok melaka pon blom sampai apple burger lg..terliuhhhh sgt2

Kamalia berkata...

Tliur saya tgok sume gambar makanan tu esp asam pedas dan burger..dah lama tak makan 2 benda tu..
psstt..saya lupo apo maksud senoreh?..;)

Reena Sidek berkata...

Nyam2... mesti sedap ni...
Tp tulah... huhuhu sy x makan pedas...
Sampaikan mak sy cakap... macam manalah keadaan sy nanti kalau sy kahwin dgn lelaki yg suka makan pedas... ;P

fizafantagiro berkata...

nyum nyummm suke beger =)

NzA berkata...

nasib baik baru lepas lunch..klau tak maunya menitik2 air liur.....

Aziela berkata...

ainol : Samalah...dah lama dok melaka, ini baru 2nd time akak ke sini...

Kamalia : Alahai Lia..dah lam dok Iwate, x dapat makan buerger ngan asam pedas.. Sian dia.. Maksudnya : Mcm x serupa yg senonoh.. Cincai jer..

Masz : Asam pedas yg x pedas nie, sesuailah kot dgn Masz...heheheheh. Bila kawen, jaranglah selera sama dgn hubby.. Sudahnya, masak 2 jenis kalau rajin, kalau M, korbankan selera kita, huhuhu

fizafantagiro : Kena try yg kat sini

NzA : Alahai...akak masak lagi nampak berselera

stub-area berkata...

Kalau outstation ke Melaka ,saya akan menginap di Strait Meridien hotel. Bila malam tak payah jalan jauh nak makan. Jalan kaki je dah sampai terus order asam pedas tetel. Restoren Apple Burger memang best !!