Musim Membaca Novel telah Kembali...

7 comments
Assalamualaikum.....

Kita akui, sejak dari mula pandai membaca, kita dah mula melekat dengan buku cerita. Maklumlah, menarik kisah2nya. Kita tak ada mak dan ayah nak bercerita kisah2 nabi ke, kisah2 kancil ke kat kita masa kecik2 dulu sebab kita dibesarkan oleh nenek dan atuk. Mak dan ayah kerja di daerah lain. Sama macam sekarang, seminggu sekali jer jumpa.

Anyway, kebetulan, makcik kita adalah librarian di sekolah rendah kita. Everyday nak kena balik lambat, tunggu Mak Ngah habis kelas. Sementara menunggu, habislah segala buku2 dalam library tu kita baca. Tak perlu macam budak2 lain, seminggu sekali jer boleh tukar buku, ikut jadual. Tapi kita, satu hari sampai 3 novel siri penyiasatan kita angkut bawa balik.

Bila naik sekolah menengah, kita jadi muka yang selalu jenguk library untuk buku cerita. Dari tingkatan 4 pula, kita masuk aliran Kesusasteraan Melayu. Sebab minat, kita score cemerlang subjek tu dalam SPM. hehehehheheh. Susah sebenarnya sastera nie tau, tapi syukurlah score juga.

So, hobi tu kekal sehingga sekarang. Biarlah tak shopping baju, kasut, barang kemas atau apa2 saja pun, janji dapat shopping buku. Kalau masuk kedai buku, rasa macam x nak keluar dari situ. Setiap tahun kita dengan kawan2 pasti menghabiskan masa seharian di Pesta Buku Antarabangsa. Gila betul dengan buku2 yang banyak tu.

Masa belajar di IPTA, lagilah galak kita melayan novel. Tukar2 dengan kawan2 lagi semua. Tapi banyak sangat buku2 kita yang dah lesap. Biasalah, ada yang pinjam, lepas tu org lain pinjam, dia tu lak pinjam.... langsung lenyap. Tu termasuklah kawan2 di asrama dan saudara mara sendiri. Demi jalinan persahabatan dan kekeluargaan, kita diamkan saja lah...

Masa zaman tu, yang femes ialah buku2 dari terbitan Creative Enterprise selain daripada keluaran DBP. Disebabkan minat yang mendalam, kita sampaikan mendaftar untuk menghadiri bengkel penulisan novel yang dianjurkan oleh Creative Enterprise sendiri. Masa tu kita memang subscribe majalah Gila-Gila, so, register dengan mengisi borang dalam komik tu. Uisshhh, masa tu semua karunis Gila-Gila memang femes dan kaya raya sebab diorang monopoli. Majalah Ujang belum wujud tau masa tu...


Adik2 kita bergambar dengan kartunis Boy PJ.
(Banyak kenangan kita dengan Abang Boy nie..)


Kesinambungan daripada bengkel penulisan tu, kami peserta bengkel yang seramai 6 orang masa tu di berikan assignment untuk menulis sebuah novel. Tapi, daripada 6 orang tu, sedikit demi sedikit menyusut sehingga akhirnya tinggallah kita sorang. Creative Enterprise offer untuk bimbing kami menulis novel. Sekiranya layak diterbitkan, kami akan di tawarkan kontrak. So, setiap minggu hari Rabu, kita terpaksa ke pejabat CE di Jalan Bangsar tu untuk submit bab baru. Masa tu tak ada internet kan... Kenalah taip pakai typewriter electric tu. Every week, editor akan ambil chapter baru, dan keluarkan chapter sebelum tu untuk review dan corrections. Last editor yang bertanggungjawab atas kita ialah Kak Liyana Afiera Malik (Penulis siri Yoyo dan 1,2,3 I Love You).

Kita hanya sempat submit sehingga ke bab 23 jer rasanya sebab harus dahulukan pelajaran masa tu. Selain daripada study, assignments dan tests, kita juga sedang aktif dalam persatuan. So, masa amat terhad. Dalam pada tu, bidang penulisan terpaksa dikorbankan.

Tapi lepas berkahwin dan ada anak, sedikit2 ianya semakin malap sebab kekangan masa, dan tiada sokongan.

Tapi, bila kita berkunjung ke blog Lady Ayu yang nun jauh di Tochigi, Japan tu, beliau bercerita tentang blog2 untuk online novel. Waaahhh, bagus sungguh untuk menghilangkan rindu kita pada dunia novel nie... Beliau siap ada satu blog list untuk blog online novel nie...

Maka sejak itu, kita dah jadi pembaca setia kepada novel2 online nie. Walaupun x semua, tapi yang mana corak dan gaya tulisannya sealiran dengan kita, kita follow. Sehinggakan kita dah pandai membeli novel2 nie melalui online sekarang. Tapi kalau ke bookshops, tetap akan sambar juga walaupun sebuah...

Di sebelah kanan blog kita nie ada satu bloglist yang bertajuk Layan Jiwang... Itulah antara blog2 novel online yang kita follow...

So, mungkin selepas ini kita akan selitkan sekali sekala review tentang novel yang kita baca. Sekadar review mengikut suka hati kita jer....

Harapnya, pembaca blog nie tak bosanlah yer...

7 thoughts..

Unknown berkata...

novel ade musim kan?

hehe

Unknown berkata...

kakak saya pun buat koleksi novel dari creative enterprise dulu.. dia simpan baik2 sampai sekarang ada..siap ada bukak kedai sewakan novel lagi..skang ni lagi giat dia mengumpul novel..sambil menyelam minum air..

saya pulak dah lama retire..kalau stuck tu memang tak jadi kejalah jawabnya kak..

Miss Syahbanu berkata...

akak saya pun suka baca novel gak hehe..cuma skrg jarang beli dh..huhu..nk baca novel scra online malas plak hehehe..

aizamia3 berkata...

dah lama tak beli novel, yang ada ni pun pinjam orang punye.. huhuhu..

anyway singgah sini dari blog http://ourkizuna.blogspot.com/

Aziela berkata...

Iffah : Akak pun lately baru perasan ianya bermusim.

Rai : Ha, memangggg. Gila dgn novel CE dulu

Miss Banu: Akak pun latetly nie jer membelinya...

aizamia3: Terima kasih singgah yer...

Unknown berkata...

Wah...akak tulis novel ek dulu? Rajin dan berbakat sungguh! hehe...dulu akak study kt UM ke? huhuhu

Aziela berkata...

Azham : Ahahahahahha. Novel suku jalan jer dikk. Er, bukan..bukan UM. Nearby la... Dekat dgn hostel lama awak dulu tu...