Makan di KL : Ali Tom Yam Keramat

8 comments
Assalamualaikum.....


Sebenarnya, sejak kita menuntut lagi kita dah kenal kedai nie. Masa tu kedai ni ala2 warung tom yam biasa. Oh yer, lokasinya betul2 di seberang jalan Masjid Keramat. Masa tu room mate kita yang introducekan kedai nie. Makanan dia memang sedap2. Menu tomyam yang rasanya semua ada ummpphh... And kawan kita masa tu introducekan kita menu yang eksotik sikit iaitu Lidah Lembu Goreng. Tapi, kita tak berapa boleh terima, maybe sebab tak biasa. Walaupun kita dah biasa makan organ2 dalaman lembu sebab masyarakat jawa memang wajib ada menu2 macam tu, tapi lidah nie, macam pelik sikit.

Satu malam arie tuh sebelum puasa, adik kita datang KL sebab ada urusan. So, bila dia suruh suggest nak dinner kat mana, pening kita nak decide. Lagipun dah lama x makan luar kat KL nie. Tak ada geng. That's y rasa macam agak ketinggalan zaman. Entah macam mana tiba2 teringat kedai nie. Alhamdulillah, segalanya di mudahkan. Jln lancar, parking pun mudah, betul2 depan kedai dan dapat meja yang selesa serta tak perlu menunggu lama untuk hidangan kami.




Adik kita bersama anak sulungnya.

Adlina Umairah. Kalau kita bawa dia ke mana2, semua orang kata ini anak kita, hihihihi.


Anak 2nd adik kita. Miasara.

Bila kita tanya adik kita nak try lidah tak, rupa2nya adik kita memang teruja nak makan. Dia pernah makan a few times katanya. So, kita order lidah goreng pedas macam kat atas nie. Sama macam daging biasa yang dihiris nipis dan di masak seperti biasa. Teksturnya lembut tapi ada chewy sikit. Bolehlah nak cuba 2-3 keping. Lebih pada tu, tak mampu nak paksa diri dah..hihihihihi.


Antara hidangan. Kailan goreng, lidah goreng, telur dadar untuk kanak2 ribena...
Lidah lagi...


Mix fried. Udang dan sotong goreng tepung.

Siakap stim..

Ha, inilah yang paling special sekali. SOM TAM..

Som Tam nie memang best. Sejak mula bekerja di Jln Tun Razak dulu, kawan opis introducekan menu nie kat kita. Sudahnya, masa mengandung, every day dia terrpaksa bawa kita ke Kg. Baru untuk memburu som tam. Bagi yang x tahu, Som Tam nie adalah kerabu betik muda. Betik muda di racik halus, ditumbuk di dalam lesung kayu bersama hirisan tomato, kacang panjang mentah dan kacang tanah goreng beserta udang kering. Di campur dengan gula gerek iaitu sejenis gula yang likat berwarna coklat dan diperahkan sedikit asam limau.

Pergh, sedapp sangat. Rupa2nya adik ipar kita pun suka. Kami berdua jer yang kerjakan Som Tam nie masa tu. Nantilah, ada masa boleh repeat lagi.


Nak tengok review dari Kak Jee, boleh klik SINI.

8 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

glup!telan air liuuurrr!!

Hidayah berkata...

lamanya tak makan somtam..

aduh..terliur la..

RamRamCute berkata...

memang gerenti sedapp!!

nanieydotcom berkata...

somtam ratah sambil tgk tv.. mantap...

pernah jgk mkn kat situ.. mkn tom yam..

Salam 17 Ramadhan kak aziela

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kecur dgn lidah lembu tu.. tengok somtam lagi kecurrrrrrrr

Unknown berkata...

oh...lidah lembu...rasanya sy tak boleh lepas kalau dipaksa makan hehe...sbb nak makan daging lembu pun saya tak boleh hehe....

nanti balik KL nak try kedai ni hehehehe

Unknown berkata...

err itu som tam menggoda

#akak da pos tadi
slmt mmbace

RamRamCute berkata...

as salam wak...

saya ada tag awak di sini...

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/08/special-raya-giveaway-saya-nak-hadiah.html