Aidilfirtri 2012 Yang Penuh Pancaroba : It's confirmed!

5 comments
Assalamualaikum.....


Jadi, Isnin pagi tu kami dipanggil ke bilik doktor untuk diberi penerangan yang jelas tentang keputusan MRI tersebut. Confirmed, ada slip disc.

Anda boleh google tentang slip disc, tapi secara ringkasnya slip disc bukan bermaksud tulang anda tergelincir. Ia sebenarnya bermakna tulang anda telah bermasalah. Dalam bahasa medicalnya dipanggil Prolapsed Intervertebral Disc.

Keadaan ini terjadi mungkin sebab kita jatuh, angkat barang berat dengan cara yang salah atau beberapa sebab lain lagi.

Secara mudahnya, tulang belakang kita terdiri daripada kepingan2 tulang keras dan kuat yang bercantum dalam satu garisan disepanjang tengkok hingga ke punggung kita. Selari dengan tulang2 ini adalah saraf tunjang kita.

Sebenarnya, di dalam kepingan tulang yang keras, wujudnya tulang lembut yang berfungsi seperti absorber kereta atau kusyen untuk menyerap hentakan tubuh.

Bila kita jatuh, kemalangan atau mengangkat barang berat dengan cara yang salah, tulang keras tersebut menjadi rosak dan 'bocor'. Kebocoran ini menyebabkan tulang lembut perlahan2 merebak keluar dan mula mengganggu saraf.

Contoh MRI adalah seperti berikut :

 Yang di atas ni, kita cedok dari Google. Thank you Google.

Tapi hubby punya lebih kurang mcm ni, cuma bahagian yang ditunjukkan anak panah ada 2 tingkat kerana 2 level tulang hubby dah jadi macam tu. Tulang yang terkeluar yang ditunjukkan anak panah telah menekan saraf yang mengawal pergerakan kaki hubby. Maka oleh kerana ini, physiotherapy tidak memberi kesan. Pembedahan adalah satu2nya pilihan yang ada.

Doktor kata : Condition memang teruk.



Sila click gambar untuk jelas.

Ini adalah gambarajah untuk keratan rentas dari atas (top view) tulang belakang. Nampak tak tulang yang berwarna biru laut dah bocor keluar dan menekan saraf? Well, hubby's condition, saraf dah terpenyek 50%!

Sepanjang doktor memberi penjelasan, kita rasa nak nangis, seluruh badan menggigil dan hati rasa sangat sedih. Semua rasa bercampur. Sedih, risau, bimbang, terkejut dan macam2 lagi. Tapi kita tak nak nangis sebab nanti hubby kecut semangat. Kita paksa diri untuk kuat, tenang dan yakin.

Jadi, doktor nak buat pembedahan sebelum raya, tapi hubby tak bersedia. Kami minta ditangguh sehingga lepas raya dan appointment untuk warded semula adalah pada Hari Raya ke-6 iaitu hari Jumaat.

Fikiran kosong.

Hilang arah tuju.

Apa tindakan betul selanjutnya?

Apa-apa pun, balik raya dulu. Fikir dan study dulu tentang semua nie....


BERSAMBUNG....

5 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

Allah....semoga kamu diberikan kekuatan dalam menumpuh dugaan ini demi suami tersayang..

Dkna Abza berkata...

semoga suami cepat sembuh yea.

NzA berkata...

semoga Allah prmudahkan segalanya...InsyaAllah....

Nur-nba berkata...

Salam. Kak, kes suami akak sama seperti rakan baik suami Nur. Nur doakan semoga semua urusan pembedahan suami akak akan dipermudahkan.. Banyak2 berdoa dan moga akak tabah serta sabar dengan ujian dariNya.

Diana berkata...

Allah takkan menduga hambanya yang tak mampu menahan dugaan..
Insya Allah, semua kesulitan ini akan berakhir..sama-sama kita doakan ye.. :-)

Yang pasti awak kena kuat....