Novel Review : BIAR CINTA BERTABURAN

5 comments
Assalamualaikum.....

Mula-mula baca tajuk, kita ingatkan kisah nie kisah sedih. Yerlah kan, bertaburan. Boleh membawa maksud positive dan negative. Tapi as the story goes, clearly its the positive bertaburan.

Kita beli buku nie direct daripada penulisnya, Yusnida Tajudin. Terima dalam bulan puasa yang lepas.

Teruja dan memang menantikan buku nie sebab first time baca kisah nie dari blog beliau, kita dah mula angau. Angau yang sungguh2. Bila Kak Yus stopkan cerita di blog untuk siapkan manuskrip penuh, memang rasa frust sangat2. 

Akhirnya penantian yang kita rasa sangat lama tu berakhir juga. Dapat jer buku nie, terus buka dengan tangan menggeletar sebab terlalu teruja. Senyum sengih tu tak payah cakap lagi lah... Bukan tu jer, ada autograph dari Kak Yus. Penuh muka surat tu ditulis oleh Kak Yus kerana katanya menghargai sokongan kita. Allah...Kak Yus. Apalah sangat. Saya bukannya menyokong, secara tulusnya saya amat menghargai karya ini kerana ia layak untuk di angkat sebagai penghargaan.

Paling kita terkejut, dalam ruangan dedikasi penulis, ada terselit nama Aziela. Punyalah perasan, konon ingat nama sendiri. Tapi tangan gatal juga sms Kak Yus tanya nama itu kepunyaan kita, atau orang lain? Memang betul Kak Yus tujukan untuk kita. Seumur hidup kita nie, inilah kali pertama kita diberi penghargaan sebegitu. Terduduk kita.....

Sebenarnya, kita tak pernah bersua langsung dengan penulis. Setakat membaca karya beliau dari blog beliau iaitu BIAR JEMARI BERBICARA dan juga berinteraksi melalui komen sahaja. Namun, keikhlasan penulis berkarya itulah yang memungkinkan segala ukhuwah.

Anyway, dah banyak membebel. Mari kita cerita tentang novel nie serba sedikit. Walaupun  terlalu banyak yang nak dikongsi sebab terlalu banyak yang membuai jiwa, kita cuba point outkan a few favourites yang ringkas.


Sinopsis :

Emeer Zafran adalah seorang hero yang kaya, hensem dan berkarisma. Tapi, sangat garang, tegas dan single but not available. Basically Emeer telah bertunang. Sementara itu, heroin yang bernama Ayesha Sorfina pula adalah seorang gadis genit yang happy-go-lucky tapi memiliki ciri2 wanita Melayu calon menantu pilihan. Ayesha bertugas sebagai setiausaha Emeer Zafran. Dia seorang jer yang dapat bertahan dengan sikap Emeer yang cerewet dalam kerja dan tegas tu.

Novel nie dimulakan dengan hubungan Emeer dan Ayesha yang telah rapat. Rapat bukan sekadar boss dan setiausaha, tapi pandangan normal kita pun dah tahu yang Emeer nie dah mula mengambil berat akan Ayesha. Kalau Ayesha balik lewat, Emeer pasti temankan di office sampai tertidur2 di office sebelah. Ayesha apatah lagi. Sepanjang masa menyulam bahagia hanya dengan kehadiran Emeer dalam hidupnya. Namun dia sedar dia tak patut menaruh harapan.

Oleh itu Ayesha terus mengawal dirinya. Kerap kali dia mengingatkan dirinya yang Emeer adalah majikannya yang tak mungkin akan berperasaan lebih daripada yang sepatutnya. Namun semakin lama, Emeer semakin berani mendedahkan perasaannya. Tingkahnya, kata2nya yang penuh tersirat dan sikap cemburunya semakin ketara.

Ayesha tetap berdegil menahan perasaan walaupun Emeer melafazkan sayang. Semata2 kerana prinsipnya yang tidak akan merampas hak orang lain, maka Ayesha cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari Emeer. Namun, semakin dekat tarikh pernikahan Emeer dengan tunangnya, semakin kuat cinta mereka. Semakin kuat juga Ayesha berusaha untuk menghapuskan cinta itu. Sehingga akhirnya mereka akur kepada cinta mereka dan tersilap mengatur langkah. Kesilapan itu menjerat Ayesha. Sangat2. Mujurlah Ayesha masih waras dan berani menanggungnya. Mujurlah juga sahabat sedari kecil Ayesha yang bekerja sebumbung dan hidup serumah iaitu Hafifah memberi semangat jitu dan memahami Ayesha. Bagi Hafifah, kesilapan kawannya bukan alasan untuk beliau menghukum dia.

Satu demi satu peristiwa berlaku, sehingga akhirnya mereka berjaya menggenggam ikatan suci itu.


Highlights :

- Emeer start ngorat dan bagi hints by stages. Mula2 teman di opis. Lepas tu tarik kerusi nak duduk sebelah. Lepas tu every breakfast and lunch wajib angkut Ayesha. Lepas tu dah berani cuit2 hidung dan bergurau senda. Lepas tu suka suki tarik tangan Ayesha tak kiralah di public, depan staffs mahupun depan family. Then, yang paling gentleman sekali, sanggup datang kampung Ayesha waktu kenduri mak dan abah Ayesha nak pergi umrah. Bergaul dengan orang kampung dan bermesra dengan seluruh keluarga. Cairrr hati baca sikap Emeer nie.

- Bila dah mula close dan mengerti hati masing2, romantika d'amour Emeer nie semakin menyerlah. I really wish I am the Ayesha. Heheheh.....memang berangan sungguh!

- Do you know that I can't bear if anything bad happen to you, Ayesha? - Emeer Zafran

- Hmm, kalau macam tu, lepas nie kita pergi nikahlah. - Emeer kata waktu Ayesha tolong pilihkan baju kawen dia nanti. Belum confess lagi masa nie.

- Masa Ayesha balik kampung untuk kenduri mak abahnya nak buat umrah, Emeer called her non-stop. Itulah pertama kalinya Emeer menyatakan rindu dan segalanya.

Dah terasa bila awak tak ada...missing you - Emeer Zafran

Salam saya untuk mak dan abah...flying kiss untuk awak - Emeer Zafran

Ayesha tetap menjawab seformal mungkin as if Emeer tak pernah ucapkannya. Dalam otak Ayesha hanyalah Emeer itu tunangan orang.

- Don't love the roses. Love me instead - Emeer

- Ayesha, I will go crazy without you, sayang - Emeer. Ini adalah masa first time Emeer panggil Ayesha sayang dan never stop calling her sayang after that.


:- Sepanjang kita baca novel nie, hati sangat dibuai perasaan cinta. Cinta pada hubby pun bertambah2 dek kerana terpengaruh dengan limpahan kasih sayang dalam novel nie. Oh, tolong jangan berfikiran negative sepanjang anda baca novel ini. Novel ni adalah novel romantik dan kisah dalam novel ini seringkali terjadi di sekeliling kita. Cuma bagaimanakah cara semua peristiwa itu ditangani oleh kita. Tiada siapa pun yang perfect. Semua individu ada calarnya. Nak polish semula atau nak cat semula kasi cantik bagaimana yang perlu di fikirkan sebelum kita semua mengadap Ilahi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Yus kerana menghadiahkan karya ini kepada orang2 seperti kita. Kita sedang tertekan mengharung hidup, tapi minda seringkali rasa seperti bercuti bila baca kasih sayang Emeer dan Ayesha. Selepas habis, pasti kita akan cergas semula. Macam bateri baru lepas kena caj.

Bahasa yang digarap pun amat dekat dengan kita semua. Bezanya tiada bahasa kasar yang mewarnai. Percayalah..kalau anda sedang berkasih sayang, tak kiralah dengan siapa pun jua, ini adalah novel yang sesuai dengan anda. Kasih sayang dalam novel ini bukan setakat kekasih, suami isteri, malahan kasih sahabat, ibu bapa, pakcik makcik, jiran tetangga dan juga rakan sekerja. Konteks kasih sayang yang meluas. Sebab tu lah kita kata kasih sayangnya melimpah ruah.

Oh, bukan sebab nama kita ada kita puji kisah ini. Maaf kalau ada yang tak sependapat, tapi bagi kita, novel ini tak ada yang kurang langsung!

Selamat berkasih sayang semua..



5 thoughts..

Miss Syahbanu berkata...

bestnya akak leh bacA NOVEL BARU..sy dh lama x baca novel..nk beli malas plak nk kedai buku..nk beli online malas plak nk ke bank hehe..

Yusnida Tajudin berkata...

Aziela Dear.. terima kasih tak terhingga utk review ini dan plg utama memahami apa yg ingin kak yus paparkan, kasih sayang itu tak ada batasan..selagi ia tidak melanggar hukum Dia. Hati yg robek semalam, hari ini mampu menjentik senyum dgn review Aziela ni.. sob..sob..

Unknown berkata...

erm best eh

belom bace lg ni

nk suh membe belikan la heee

Aziela berkata...

Miss Banu : Ha...akak memang obses novel esp yang cintan cintun nie.. hehhehehe.

Yusnida : Jangan sedih Kak Yus... Karya ini memang layak di canangkan kasihnya.

Iffah : Ha...soh membe belikan banyak2 sket...hehehehehhe

Tanpa Nama berkata...

saya baru tahu novel nie ...tringin nak beli ..pg ary tu ..dh xad ..sedehnya ...saya pon dh angau ...ruginya x sedar ,,,