Aidilfitri 2012 Yang Penuh Pancaroba : Slip Disc Operation - Final Part

5 comments
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, selepas 4 hari operation, hubby discharged on Thursday. Doktor beri MC selama 2 minggu sebelum follow-up dengan beliau. Doktor pesan, boleh diri, boleh jalan tapi jangan duduk. Duduk kejap2 bolehlah, tapi tak boleh lama. Better to lie down on bed as much as he could.

Kebetulan pula, pagi Khamis tu adik kita yang nurse di KPJ Seremban tu datang. Ada nurse lagi...yeayy! Lepas tu malam, Pak Su pula satu family datang. Kami siap dinner di luar lagi. Hubbylah, nak juga ikut. Dia kata dah terperap lama sangat di hsopital. Tapi malam tu bukan main mengerang lagi sakit. Ha, kan....

Esoknya kami pulang ke Melaka. Journey patut 4 jam, jadi 8 jam. Sebab kejap2 nak berhenti dan hubby kena bangun dan berjalan.

Now, dah almost 2 weeks operation. Hubby dah boleh drive sikit2. Yer...hubby saya memang degil. Nanti sakit, dia merengek...

So, kesimpulannya. Apa saja keputusan tentang operation atau major treatment yang anda akan ambil, siasatlah dulu. Kumpul segala maklumat yang boleh anda cari dan pertimbangkan sewajarnya.

Syukur Alhamdulillah, kami ambil keputusan yang betul, Insyaallah.

Terima kasih kepada yang sudi mengikuti siri pancaroba raya kita yang panjang lebar nie. Insyaallah blog kita akan kembali dengan gambar2 makanan....

5 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah

Zurina berkata...

Alhamdulillah...mg akn pulih sepenuhnya...satu pkongsian yg baik...;)

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

alhamdulliah ur husband dah ok ekk kaka???? baca yang dia kena operate tue ai plak ai nervous bukan main ngeee

Kamalia berkata...

Alhamdulillah..dari aritu saya nak komen pasal suami akk ni, tapi tak berkesempatan.maaf ye kak.
dapat bayangkan keperitan/kesakitan yang suami akak lalui dan jugak diri akak yang melihat nya sendiri..semoga Allah mempermudahkan segala urusan akk dan keluarga buat masa ni dan juga pada masa akan datang.
kawan saya(perempuan) kat sini ada jugak kena slip disc ni,waktu tu dah agak teruk jugakla dan mmg rezeki dia sbb dia buat keputusan yg tepat utk balik malaysia buat operation kat sana..bila balik mesia, doktor sana kata, mmg dia bernasib baik datang awal ke hospital if not keadaan dia mungkin lepas tu lagi teruk..sekarang ni alhamdulillah,dah ok sikit cuma banyak masa dihabiskan kat rumah,pegi lab pun jarang2..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Alhamdulillah, akak marathon baca tentang slip disc yang dialami hubby Ziela.. sedih campur terharu, syukur kerana happy ending, salam untuk husband Ziela ya..