Makan di Segamat : Rich House Cafe

6 comments
Assalamualaikum.....

Dah lama betul kita tak buat entry tentang makan2 kan..? Ok lah, hari nie kita santai2 jer cerita tentang makan2 yer. Tentang operation hubby tu kena tunggu lah dulu sebab gambar2 tak sempat nak transfer lagi.

Sejak hubby berkerja di Kuantan nie, kami akan menempuh sedikit bahagian Segamat, Johor untuk ke Kuantan sekiranya kami bertolak dari Melaka. Pada suatu hari, sehari sebelum kita jatuh sakit 3 bulan lepas, kami bergerak ke Melaka dari Kuantan agak lewat malam tu. Kami tiba di Segamat pun dah hampir tengah malam. Kebetulan nampak restoran baru nie, di simpang tiga Kuantan - Segamat. Dengan lampu yang terang benderang dan dekorasi yang menarik, kami pun teruja untuk singgah. Lagipun tak ada apa yang nak dikejar. So, sajerlah hubby ajak duduk2 dan minum2 kat situ. Nak makan memang terasa kenyang lagi. so kami minum2 jer lah.

Namanya Rich House Cafe. Ada banyak juga menu yang menarik kat situ. Tapi kami hanya minum dan makan sedikit pastry saje.



Buku Menu nya..

Antara menunya.


Air kita : ice tea

Hubby's : teh tarik

Adam's : Lemon Ice

Roti Bakar Peanut Butter

A few pastry dish.

Telur rebus separuh masak

Slurrppp....! Sekali sedut jer..

Atas kaunter tu buah durian belanda fresh.

All in all, memang tempat yang sesuai untuk take a break kalau anda dalam perjalanan yang jauh.


6 thoughts..

Unknown berkata...

Hehe...tempat nampak bersih dan tak sesak....boleh rileks lama2 hehehe.....kalau student ada area situ mesti ramai serbu buat assignments hehehehe...

Ce'gu JAERA berkata...

tempat cantik, makanan sedap2.. harga mesti berbaloi2 kan... pasti seronok..

RamRamCute berkata...

sedap nampak fud dia...menyelerakan...

Aziela berkata...

Azham : Ye tak yer kan.. tempat yg sesuai untuk buat assignment. Wifi pun ada kat situ.

Gen2Merah : Kalau dengan family, keseronokan tu bertambah cikgu...

aizamia3 berkata...

nampak menyelerakan.. lepak waktu malam adalah waktu paling sesuai.. ;)

Norliza Osman berkata...

saya org sgmt tp blm berkesempatan nk g....