Bagai Melepaskan Anjing Tersepit

30 comments
Assalamualaikum.....

Kalau ada masa dan apabila perlu, kita memang akan bawa kereta ke kedai tayar untuk rutin balancing dan allignment. Oleh kerana jalan jauh juga, kita selalu pastikan tayar kereta kita di rotate kedudukannya untuk keselamatan dan untuk penjimatan maksimum. Hehehehehe.

Dan untuk servis balancing dan allignment ini, kita suka pergi ke satu kedai tayar di Lukut, Port Dickson. Dalam banyak2 kedai di seluruh negara yang pernah kita pergi, skill di kedai inilah yang paling memuaskan hati kita.

Anyway, macam biasa kalau di kedai tayar atau di workshop memang penuh dengan orang lelaki jer. So, bila kita seorang jer perempuan yang ada untuk servis kereta sendiri, memang adalah yang ramah bertanya itu dan ini. Tapi bila start buka topik pasal kereta, mereka pun jadi comfortable kerana kita boleh 'masuk'.

Dalam pada menunggu giliran kereta kita tu, tiba2 kami yang sedang berbual nie dikejutkan dengan bunyi melangking raungan seekor anjing. Fokus kami terus tertumpu kepada suara itu.

Ya Allah, rupa2nya salah seorang pekerja kedai itu telah terrrrr..gelek kaki seekor anjing semasa sedang mengundurkan kereta yang diservis.

Aduuuhhh.... kasihannya anjing tu. Anjing tu, walaupun stok2 anjing kurap dan terbiar, tapi bila dia meraung kesakitan di tengah jalan raya tu...memang sayu betul rasa hati nie.

Anjing tu dilanggar semasa dia nak lintas persimpangan jalan memandangkan kedai ini adalah corner lot. So, bila dah kena langgar, dia terdampar di tengah simpang atas jalan raya tu dengan raungan kesakitannya. Aduhh, sampai sekarang masih terngiang2 suaranya melangking2 tu.

Kebetulan, kereta kita sedang di parkingkan di luar kedai untuk menunggu giliran masuk ke deck allignment. Lalu anjing ini, cuba juga untuk bangun dan terloncat2 berjalan dengan 3 kaki untuk baring di bawah kereta kita. Agaknya panas, dan nak cuba berteduh sambil meredakan kesakitannya.

Sepanjang masa anjing ini meraung kesakitan. Dan kita pun dalam kedai tu asyik bising minta sesiapa yang baik hati untuk tengokkan kaki anjing tu. Tapi tak seorang pun yang bergerak. Kita memang tak sangguplah nak menonggeng di tengah public yang penuh lelaki tu untuk tarik anjing tu keluar kan...

Tapi agaknya sebab tak tahan dengar kita meleter dan sebab rasa bersalah, pekerja tadinya yang terlanggar anjing tu cuba tarik anjing tu keluar untuk diperiksa. Dan kalau boleh, nak bawa masuk ke kedai sebab cuaca panas sangat. Walaupun pekerja tu Cina, tapi beliau tetap lapik tangannya dengan kain buruk. Mungkin juga untuk jaga kebersihan sebab anjing tu anjing kurap.

Tapi, bila cuba di capai, anjing tu pula dengan garangnya gigitt tangan pekerja tu. Syukurlah dia dah siap2 balut tangannya dengan kain buruk tu.

Oleh itu, kami terpaksa diamkan saja. Tapi kita pesan berkali2, bila nak alihkan kereta kita, pastikan keselamatan anjing tu.

Selepas 20 minit, kami nampak anjing itu terdengkot2 berjalan keluar dari bawah kereta kita walaupun perlahan suara kesakitannya masih ada.

Syukur Alhamdulillah.... Kita lega sebab anjing tu masih boleh berjalan lagi. Orang lain lega sebab anjing tu masih hidup lagi.



Tetapi, bila tentera yang Malaysia bantu latih dulu kononnya membantu dalam serangan ke atas Sabah, rasa2nya sama tak dengan situasi di atas?

30 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

hurmmm..tak tau nak ckp ape..

Intan Akma berkata...

bunyi melangking tu cane kak?hehe..bahasa ape tu sbb 1st time dengar

RamRamCute berkata...

erm...no komen pasal isu Sabah ni....dengar kata ada cerita sebenar disebalik kejadian2 itu

Cho Zila berkata...

patutler ada peribahasa gitu yerk.. memang orang dulu pandai sesangat...

Unknown berkata...

pernah kena kejar ngan anjing..huhu..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ooo.. ada yang nak disampaikan di sebalik anjing yang melangking ni..

errrr.. melangking tu pertama kali dengar.. adakah menengking, meraung, melaung, merintih, mengerang??? hihihihi.. tapi lehlah bayangkan anjing yang dalam kesakitan tu macammana keadaannya..

Kakzakie Purvit berkata...

Kan ada peribahasa bagai melepaskan aning tersepit. Kalau dah nama pun anjing begitulah - org nak tolong dia makin nak digigitnya..

yan's cottage berkata...

salam kenal...singgah follow sini...

fardhila fawwazy blogspot berkata...

blh byang cmne anjing tu menjerit sakit..ksian!

zoul dahan™ berkata...

ada yang tersirat rupanya...

tapi awak hebat.
rasanya takda mekanik boleh kelentong,
masalah kereta dengan awak...

aby berkata...

wlupun sekadar seekor anjing .. ianya tetap makluk allah yg bernyawa ..
tidak boleh disakiti sesuka hati kita ..

maszull berkata...

assalamualaikum aziela....susah juga nak komen ni...:)

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Ala kesiannYA..
Wah sis dah pandai adjust eliment tayar erk?.huhuhu..

Unknown berkata...

kesiannya anjing tu.. dah la terbiar dilanggar pulak... kalo deqla yg dgr suara dia mengerang kesakitan tu rasanya boleh menitis air mata nih..huhu. mmg x leh tgk..

TiranaAduka berkata...

ta mering sis.wes telong dino iki.

TiranaAduka berkata...

*meriyang

Aziela berkata...

Mrs Eady : susah kan...

Aziela berkata...

Intan Akma : Aiseh, kena demo nie... Bunyi dia, King..King...King..! Hehehehehhehe

Aziela berkata...

Cho Zila : Betul2 terjadi. Lepaskan dia, dia gigit pulak kan...

Aziela berkata...

Emaaa Hasnah : Aduuhh...selamat tak?

Aziela berkata...

RamRamCute : Takkan berani orang tu nak bertanggungjawab kan...

Aziela berkata...

Seri Kandi : Hahahahhaha...dia menjerit tapi suaranya jadik halusss.

Aziela berkata...

Kak Zakie : Memang itu sifat anjing rupanya.

Aziela berkata...

Yan's cottage : Terima kasih yer....

Aziela berkata...

zouldahan : Yer, ada yang tersirat kan Doc. Owh, saya tak hebat pun Doc. Nak tukar minyak enjin tetap kena ke workshop. Setakat survival tu bolehlah kot...

Aziela berkata...

aby : Betulll sangat.

Aziela berkata...

Mas Zull : Sensitif yer Mama...

Aziela berkata...

TiranaAduka : Setakat tayar, Insya Allah TA... :)

Aziela berkata...

Deqla : Tu sebablah akak pun tak senang duduk masa tu.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Aduhh...meriyang yo kang? Meles nya....