Jumaat, 3 Mei 2013

Beras, Gula dan Tepung Untuk PRU13

Assalamualaikum.....

Ha, nak buat apa pula beras, gula dan tepung tu kan? Takkan nak tabur sepanjang jalan ke dewan mengundi kan?

Sebenarnya, maksud kita ialah bekalan barang makanan asas. Mak kita dengan arwah atuk selaluuu pesan, bila orang nak mengundi, siapkan bekalan makanan tambahan dalam rumah. Bukan apa, mereka takut berulangnya peristiwa 13 Mei doulu2 kala tu kan.

Walaupun negara kita aman damai, namun please! Predict the unpredictable s. Manalahhh tahu kan... Kalau tak ada apa2 berlaku pun, bukannya bekalan tu basi kan. Owh, belilah dan simpanlah stok yang tahan lama.

Beras, tepung, minyak, gula, sardin, meggi, susu tepung, susu lemak manis, spaghetti, butter, biskut dan apa2 lagi yang anda terfikir. Especially untuk yang ada anak2 kecil tu, standby lah apa yang patut.

Oh, bukanlah kita kata yang rakyat Malaysia akan berperang, tapi apa salahnya kalau cuaca panas pun kita kembangkan payung. Tak perlu tunggu hujan baru nak kembangkan payung.

Oh, selamat mengundi semua. Pilihlah yang mana berkenan di hati. Jangan menjahanamkan undi anda, cukuplah yer....



17 thoughts..:

Rozita berkata...

wah.. tq kak mengingatkan.. harus cari jugak..tp jgn sbb PRU brg naik harga sudah la.. akak ngundi kat mana?

elly nadyra berkata...

saya dah shopping brg umah sebaik saja kuar wad hari tu, memang takut kalau jadi apa2, plus harga barang naik mendadak lak

Daddy Ziyyad berkata...

Selamat Mengundi :)

By the way, it was 13th May...bukan 15...:)

Wan Ahmad Izudean berkata...

insya'Allah takkan berlaku ^^Y

Kakzakie berkata...

Ziela macam abang aje... kakak bila fikir macam takut pulak.. Malam ini nak pergi beli apa yg patut.

Puteri Saidatul Sufiah berkata...

lastly n3 yg ditunggu2... :) aziela sering ada sesuatu yg baru n fresh. memang org tua2 ni selalu beringat dan mengingat... kita pun kena lah selalu mengingati pesan dan peringatan mereka. sediakan payung sebelum hujan. tapi Saadiah dlm citer P. Ramlee kata 'kembangkan payung bawah pokok takut rating jatuh atas kepala'...
selamat mengundi :)

Rai Ourkizuna berkata...

rumah ayah saya kedai runcit.. hehehe.. kami pun baru je top up barang rumah. maklum lah baru lepas gaji.. hihi..

semoga walau siapa pun yg memerintah, malaysia kekal aman dan damai..

Aziela berkata...

Rozita : Welkam..welkam..hehehehe. Akak mengundi di PD la Ita... Awak balik Johor ke?

Aziela berkata...

elly nadira : akak ke pasar pun terperanjat nengok harga barang2. Betul2 naik mendadak.

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : Hahahah...correction done, doc!

Aziela berkata...

Izzudean : Amiiin. Awak ngundi tak?

Aziela berkata...

Kak Zakie : Siap2kan apa yang patut jer kak...hehehehehe

Aziela berkata...

Puteri Saidatul : Wah, kembang kempis saya kena puji. Terima kasih kerana sudi follow My Rainbow. Selamat mengundi juga.

Aziela berkata...

Rai Ourkizuna : Wah, baikk punya back-up Rai ada..hehehehehhehe.

aby berkata...

Salam aziela,
Takutkan GEGER yer.
Blh minta tirana aduka elaborate makna GEGER tu.
Apapun satu ingatan yg baik utk semua

MulutPayau berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan....hari nak keluar beli....
Selamat mengundi ya...

zouldahan berkata...

Jom Ubah!

Selamat mengundi!
Selamat balik kampung!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink