Ahad, 26 Mei 2013

Makan di Terengganu : Monica Bay's Dinner

Assalamualaikum.....

Setelah kita kecoh menanyakan tentang ikan apa di entry INI, maka tibalah masanya kita kongsikan kisah ikan itu.

Kisahnya, masa kita dan hubby berhoneymoon berdua, kami tiba ke Kemaman. Kemaman bagi kami tidaklah jauh sangat kalau tak ada apa2 perancangan. Lepas singgah sana sini, tengok orang memancing dan melayan hembusan bau laut di pantai2 peranginan, kami memutuskan untuk cuba makan malam di Pantai Mok Nik atau dalam Bahasa Inggerisnya, Monica Bay.


Dalam pada mencari2 kedai yang berkenan, kami tertarik dengan kedai nie. PC Ikan Bakar dan Ikan Stim Asam Limau. Nampak macam meriah dan terang benderang. Pelanggan pun ramai.


So, kami nak lah pilih ikan. Mula2 nak ambil siakap jer.


Tapi bila nampak ikan yang pelik nie, sebabkan kami x pernah makan, maka teringinlah nak mencuba. Kamikan adventorous sikit bab2 makan nie. Seperti kata blogger Kasih, betul lah kot ini ikan ayam. Kami memang x pernah makan ikan ayam. Fine, kami pilih ikan ni di masak 3 rasa.


Ikan itu tiba begini. Penuhhh dilitupi dengan khazanah dan harta karun. Sampai terselimut ikan tu. Tapi memang masakan kedai tu sedap. Cuma tu lah, isi ikan tu memang liat dan keras. lebih padat dan keras dari ayam. Agaknya betul lah, ikan nie sedap kalau di masak sup yer Kasih... Tapi, tak nak membazir punya pasal, kami habiskan juga. Tapi tak leh 'bersih' ikan tu kami kerjakan.


Tengok, penuh dengan khazanah kan. Tapi masakan kedai tu sedap.

Sotong goreng tepung. Saya tetap menangkan Kedai No. 5 di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka. Cuma sotong nie kesegarannya jer sama.

Kailan. Sayur mesti ada. 

Kerang bakar. Sekejap jer licin kami suami isteri makan.

All in all, memang boleh repeat di sini. Insya Allah nak abwa Adam pula minggu nie...


Owh, blog nie mungkin akan senyap beberapa hari sebab nak concentrate dengan family. Birthday Adam is coming.....



11 thoughts..:

eintan nurfuzie berkata...

nyum2.. sedapnye.. dah tengah lapar ni

http://www.nurfuzie.com/2013/05/header-tiba-tiba-tak-boleh-jadi.html

Nour Adieb berkata...

nyum nyum. tngk pun trus perut jd lapar

NzA berkata...

sungguh menyelerakan...ikan ayam mmg liat isinya...biasanya akak masak kari or bakar...

Daddy Ziyyad berkata...

Selalunya kalau gi Terengganu, mmg kami lalu aja di Kemaman, tak berhenti pun....berhenti kat Cukai..:) Gi Haipeng kopitiam...hihihih

apa apa pun, boleh la saya try kedai ni kot2 lain kali gi sana dan singgah Kemaman

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata...

Wahh ... Sedap nyer ...

azieazah berkata...

Kak Azie pun baru jer bulan lepas tulis pasal Ikan Ayam yang pertama kali jumpa dan rasa. Betul, isinya macam ayam, keras dan padat berketul. I prefer Bawal la.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

mual-mula gi teluk Monica dulu, macam pelik dengak namanya, kami singgah tengok penyu bertelur, banyak tempat makan kat sana tak tahu yang mana satu sedap, tapi bab sotong goreng tepung, pi mana2 pun mmg wajib order tu, hehehe

Deqla Manjew berkata...

sedap2 semua lauknya.. perghh... kecur air liur den.. kohkoh

elly nadyra berkata...

monica bay - teluk kalong sama ek ? baru tau la!

Rozita berkata...

sedapnya kak... bukan ikan ayam rasanya kan? ikan ayam kulit dia tebal n kena siat dulu baru boleh masak.. isi dia pun tak liat..

Rozita berkata...

sedapnya kak... bukan ikan ayam rasanya kan? ikan ayam kulit dia tebal n kena siat dulu baru boleh masak.. isi dia pun tak liat..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink