Isnin, 6 Mei 2013

Bila Adam Layan Naluri Kanak2...

Assalamualaikum.....

Adam nie, umur dia 11 tahun. Di kalangan rakan sebaya, dia selalu jadi seorang yang lebih matang dari kawan2nya. Dia yang sering jadi rujukan tentang semua perkara. Masa kita beri dan bebaskan dia dengan handphonenya sejak awal tahun, Adam dah jadi macam wakil rakyat pula. Segala jenis soalan kawan2 dia akan telefon dan tanyakan dia. Bukan setakat pasal home work, pasal masalah peribadi, masalah kawan2, masalah ko-ko dan even ada yang call semata2 sebab kekurangan kasih sayang. Apakah? Oh, memang betul berlaku. Salah seorang rakan rapatnya, call dia at least 5 kali sehari. Sampaikan kita rasa masa kita dengan Adam terganggu. Satu kali tu, kita minta nak cakap dengan dia.

 Kita tanya dia : Kenapa awak asyik call Adam jer? Awak kekurangan kasih sayang yer?
And dia reply.... : A'aah. Nak cakap dengan Adam boleh, Aunty?

And later, bila kita tanya Adam...mmg betul kawannya datang dari broken family. Allah...kasihannya.

Malangnya, sebab itu jugalah, keputusan peperiksaan dia merosot. Mungkin sebab banyak sangat gangguan. So, kita terpaksa ambil semula fon tu dan hanya beri dia guna masa weekend dan cuti sekolah saja.

Tapi, bila kami pulang dari Kong Kong Masai yang lalu (sila refer entry bulan lepas), kami singgah lunch di Restoran Singgah Selalu di Danga Bay. Semasa menunggu ketibaan makanan, Adam masuk ke dalam bilik mainan kanak2.

Hubby snap gambar2 dia...





Masih ada naluri dia sebagai seorang kanak2 kecil rupanya. Kasihan dia....

Sekali sekala tengok dia melayan diri dia sendiri, seronok pula rasanya.

After that, Adam kembali jadi seorang kanak2 yang macho, yang selalu nak protect dan menjaga mamanya, yang concern dan ambil berat. Pertanyaan : Mama okey tak? Nak abang tolong tak? ....sentiasa dia ucapkan.

Alhamdulillah.


16 thoughts..:

Intan Akma berkata...

tak dapat saya bayangkan...ape ajer yang adam buat dengan bola - bola tu yer..haha..lawak la adam ni..

Kakcik berkata...

Bagusnya Adam. Semoga menjadi muslim yang soleh dan taat pada agama serta ibubapa. :)

Kakzakie berkata...

Dari cerita Ziela kakak dapat rasakan Adam sangat caring walau usia masih muda..

TiranaAduka berkata...

banyaknya bola bola. To adam uncle say 'caya lah'

Wak Gelas™ berkata...

kongkong masai tempat wak selalu menembak sunrise tu makk.,ahHKs

Cikda berkata...

selalunya budak laki lambat matang, alhamdulillah adam dh tunjuk rasa tanggungjawap dia dari awal lagi.. :)

Azham Vsvc berkata...

Saya faham perasaan itu....masa saya kecik pun terpaksa mendewasakan diri lebih cepat drp kawan2 yang lain sebab mak ayah polis then diorang selalu kerja tak tentu masa...sayalah yang kena dok umah jaga adik2 padahal budak2 lain seronok main-main kat luar....sebab tu la bila dah besar rasa gian nak jadi budak2 balik...tak puas :)

RYS AREESA NASIR berkata...

hmm... terharu pulak bila baca entry sis ni. tak sabar nak tunggu anak saya si babang tu naik umur juga hu hu... entah cemanalah gegaya dia...

Aziela berkata...

Intan Akma : Akak pun pelik, Akma. Tapi dia pun baling2 jer bola tu. Tapi nampak muka dia happpyy jer.

Aziela berkata...

Kakcik : Amiin...Kakcik. Doakan yer..

Aziela berkata...

Kakzakie : Kawan2 pejabat saya yang kenal Adam semuanya kata he's matured before the time.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Adam mesti seronok.

Aziela berkata...

Wakgelas : Rugilah tak jumpa Wak hari tu.

Aziela berkata...

Cikda : terima kasih Cikda. Alhamdulillah.

Aziela berkata...

Azham : Adam pula tak ada adik beradik. Tapi pelik sebab dia tak nak lama2 jadi children. Maybe sebab dia berjauhan dari kami kot.

Aziela berkata...

Rys Areesa : Enjoy the moment dulu tau.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink