Surprise!! Kejutan Besar di Jamuan Open House

9 comments
Assalamualaikum.....


Ok..ok...kita sambung. Sajer jer buat saspens semalam kan. Not a big surprise, nothing special for other people, but extremely special for me.




Di saat kami berjalan meninggalkan kawasan open field ini, kami leka lah tengok keluarga2 yang berkelah bawah pokok la, awah khemah la..and ada a few families yang baru datang sedang mengusung gulungan tikar untuk keluarga masing2.

Sedang elok kita nak  mencapai pintu kereta, beberapa inci lagi sebelum menyentuh pintu kereta, tiba2 ada satu suara yang memanggil dengan intonasi soalan :

"Aziela...??!"


Kita pusingkan kepala, mencari suara itu, dan terus tergamam.

Terpaku

Terkejut

Kami sama2 terdiam.

Beberapa minit kemudiannya, terus kami menarik satu sama lain...berpelukan, bertangis-tangisan, mengongoi, menceceh entah apa2 melepaskan kerinduan dalam diri.



Rupa2nya, kakak angkat kita yang tersayang...yang sangat lama dah kami terputus hubungan. Kakak angkat sejak zaman study lagi. Kita 2nd year, dan beliau third year, jurusan yang sama. Kami rapat kerana menyertai program baktisiswa dan kemudiannya kebetulan dapat keluarga angkat yang sama.

Kali terakhir kita jumpa beliau adalah bila beliau melahirkan anak sulungnya. Masih berpantang ketika itu. Sekarang anaknya telah berusia 9 tahun. Kebetulan, beliau mendapat jodoh dengan seorang perwira yang ketika itu namanya Kapten Isma. Mungkin sekarang dah naik pangkatlah kan... Dan masa melahirkan tu, mereka tinggal di kem tentera di Port Dickson, 2 km dari rumah mak.

Rupa2nya selepas itu, mereka berpindah ke Sarawak, ke KL dan kemudian sekarang ada di Kuantan. Syukur Alhamdulillah. Ada hikmahnya kita betul2 terpanggil untuk menghadiri majlis ini.

Dalam gambar tu, kami sibuk membuka helaian tissue masing2 sebab air mata dah berjurai2 turun. Nampak tak Kapten pandang kami dengan pelik2. Hehehehhe. Anak beliau dah 3 orang. Comel2 semuanya.... Kami bertukar2 no telefon dan berjanji untuk jumpa di lain masa. In sha Allah....

Syukur, Alhamdulillah Ya Allah.

.

9 thoughts..

Qashmere berkata...

Jejak kasih pulak yer. Semoga talian persaudaraan itu kekal selamanyaaaaaaaaa

Qashmere berkata...

Jejak kasih pulak yer. Semoga talian persaudaraan itu kekal selamanyaaaaaaaaa

Izwa Kamaruddin berkata...

Wahh jejak kasihhh :)

IndaMarya berkata...

Aziela, tu kdg2 plan Allah ni kita tk sgka kan? prtemuan yg DIA atur disitu menggerakkan you and family kesitu...jumpa.dpt nmbr phone.lpas ni call2, jmpa lagi.ikatan silaturahim brpnjangan..alhamdullillah.

aby berkata...

salam aziela ..
lebih kurang crita aby ..
hari tu masa pegi jamuan bikerz ..
jumpa ex housemate zaman bujang masa duduk dipenang ..
sekarang anak sulong dah 25 thn.. meaning tk jumpa dia dah 27 thn ..
apalg.. borak panjang laa..
soalan pasti .. sekarang engko pakai moto apa?
gamba2 panganan wes orak ono ke?

Aziela berkata...

@Qashmere Amiiin....

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Tak sangka

Aziela berkata...

@IndaMarya Betul tu IM. That's why sometimes I suka follow gerak hati. Must have reasons for it...

Aziela berkata...

@aby Perghhh...27 tahun tu. Lamanyaaaaa. Eh, kang. Gambar penganan wes ono dalam entry semalam. Hehehehehe.