Makan di Kuantan : Curry Planet, Kubang Buaya

12 comments
Assalamualaikum.....

Kuantan banjir. Yeap. Tapi tak seluruh Kuantan ditenggelami air. Air dah mula surut, namun belum boleh pulang ke rumah lagi mangsa2 banjir nie sebab rumah semua masih berlumpur tebal. Kena bersihkan rumah dulu kan. Dan, bukan itu sahaja, mereka semua kena berjaga2 kerana khabarnya ada gelombang kedua. Ada info mengatakan bahawa empangan di Sg Tembeling tu dah tak dapat bertahan. Tapi, kalau matahari terus bersinar, Insya Allah semuanya akan baik2 sahaja. Kita sama2lah doakan mereka yer.


Oh yer, ramai juga yang ke Pahang dan Terengganu bagi menyalurkan bantuan. Kalau sampai di bandar Kuantan, lapar tapi tak nak makan yang heavy, nak makan ala2 warung, bolehlah cuba cari Planet Curry House nie. Makan mee kari... makan mee sup panas2.

Kalau dari bandar menghala Kuantan, ikut jalan Teluk Sisek menghala ke Teluk Cempedak. Di traffic light simpang 4 selepas Shell di sebelah kanan, masuk kiri. Masuk kanan di lorong ke tiga anda jumpa. Nampak lah warung nie dibawah pokok sebelah padang permainan dalam kawasan perumahan Kubang Buaya tu.

Kedai nie buka malam jer yer...


Antara menu2 yang ada

Keadaan di dalam warung


Ada mee hum sup



Ada mee kari


Mee kari kat sini, pekat dan memuaskan hati. Isi nya dipeuhi dengan kerang dan ayam. Padanlah dengan harganya RM3.80 untuk semangkuk tu. Dulu, RM3.50, tapi sekarang dah naik harga kan.

Selain daripada tu, ada juga menu2 lain macam nasi lemak dan sebagainya. Kalau semua stall yang situ buka, (sebab warung nie ala2 food court sikit) western food pun ada, goreng2 panas pun ada, sizzling pun ada. Adalah variety sikit kan. Oh, kalau duduk makan kat sini, pakai baju tebal sikit yer. Sejuuukkkk..... Air panas pun cepat sejuk dalam gelas...

Cuma kita nak pesanlah, don't expect much. Ini adalah makanan warung, tempatnya pun warung. So, santai2 jer. Definitely not for fine dining yer...


.


12 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

terliur pulak tgk mee kari!

Dr K berkata...

Semangkuk macam tu..penuh dgn isi...RM3.80 tu adalah murah!!!

Ooohh..ada gelombang kedua ke? Harap tidak...kasihan mereka...sama sama kita doakan

Sukma berkata...

datang singgah sini...mee sup tu macam sedap jer.....

PCL berkata...

Salam singgah, pcl suka makan di warung compare to tempat yg kelas .., nampak mihun sup tu best jer..ada tauge segar lg...

p/s cuaca panas hr ni moga ditempat yg ditimpa bencana banjir pon sama..moga musibah akan berakhir segera.

t.a.t.a berkata...

mmg terliur tengok mee kari itu. RM3.80 yup setuju dengan DZ, memang murah!

aaa ngences saya kak.

Qashmere berkata...

Mee kari dia nampak sedap eh

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela.
Lawatan ta setelah lama menyepi

Unknown berkata...

Sengsara betul bila tengok fishball & fishcake tergolek-golek dalam mihun sup bowl tu..

NzA berkata...

mee sup yang mengancam....best kan makan santai2 dgn udara yg dingin...

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Hulu Terengganu di landa gelombang kedua 2 hari lepas Doc. Yang dah balik rumah pun patah balik semula ke pusat pemindahan.

Aziela berkata...

Bila time sejuk2..Kuantan hujan jer...mesti perut menjerit nak makan mee kari atau mee sup panas2 kat sini.

Unknown berkata...

ini ke mee kari planet yg sy pnh mkn kt kubang buaya tahun 2001 dl? wah sy mmg tringin sgt nk mkn lg klo btol la yg ni..