Makan-makan di Kuching

30 comments
Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat untuk semua. Bagaimana cuaca di tempat anda? Ha, macam talkshow pula jadinya.

Hari nie, kita share sikit info tempat makanan kami selama kami di Kuching dalam entry INI. Sebelum gambar2 nie reput dalam draft, lebih baik kita entrykan segera kan...hehehehe.


Kami naik MAS dari KLIA. Flight pagi, so dalam flight ada breakfast la kan.

Untuk breakfast....memang satisfying habis.

Nasi lemak sebenarnya. Sambal ikan bilis campur sambal udang.

Dalam flight, makan memang best. Walaupun portion sikit, tapi ok..mengenyangkan. Yang air dan coklat tu semua, terus masuk beg. Bawa balik rumah, Adam yang makan.


Bila malam, dinner kami tak ada tempat lain, memang di Topspot tu. jer. Sebelum pergi, memang kita dah google serba sedikit. Ramai betul yang recommend tempat nie. Kami dari Grand Margherita, jalan kaki jer. Keluar lobby, lintas jalan ke McD, Lintas lagi ke sebelah sana, lintas lagi ke Top Spot. Langkah 3-4 tapak, lintas, langkah 3-4 tapak tapak, lintas lagi. Dekat sangat. Cuma, yang paling kita cuak kan ialah nak mendaki tangga sampai ke tingkat 5. Aduhai...dah lama tak naik tangga tinggi2 nie. Maulah semput jadinya. Namun syukurlah, ada lif rupanya...hahahahahha. Apa lagi, yang ladies semua menuju ke lif jer la...hahahahah. Yang lelaki mostly naik tangga sambil jadi naga (hembus asap ikut mulut dan hidung).

Let's see the food :


Sebelah kiri is the famous pucuk midin goreng. Oh my.....sedap sangat2. Saya rasa, sepinggan tu saya boleh ratah sorang.... Dah berazam, next time pergi dengan family nak order banyak2 dan nak ratah puas2. Yummy!

Yang tengah direputkan tu ialah keropok tiram. Makannya, patah2kan, rebut2 dan cicah dalam sos cili yang tak pedas dia. Sesuatu yang menarik. Keropok tu rangup part yang tepi2 jer. Yang tengah2 dah tebal sikit dan kurang rangup, tapi tetap sedap bila cicah dengan sos tu. Oyster nyer bertaburan jarang2 dalam kepingan keropok tu. Ikut nasib la bila patahkan keropok tu dapat oyster ke tidak kalau dah makan ramai2 nie. Tapi kita dapat la... Ermm.....bila goreng jadi keropok, oyster tu jadi kering. Rasa...macam makan kerang kering la...hehehehhe. Nothing fancy though. Saya lebih suka fresh oyster...jadi sashimi. Tapi, nak kunyah2 sambil ngobrol (borak2), boleh la kan. 


Udang mentega. Boleh tahan la. Tapi, butter prawn nie, versi yang basah. Bermakna ada macam sos pekat bergaul dengan udang. Tak macam kebanyakan butter prawn di sini yang kadang2 ada bersarang tu kan... Yang ini, rasa manisnya dominant. Maybe tambah susu pekat kot. Psst, nampak tak keropok oyster tu tinggal kepingan kecik jer?


Tak dapat nak snap mangkuk besar. Tapi, ini ala2 shark fin sup la...tapi isinya bukan shark fin. Cuma isi ikan dan mushroom. Ha, yang nie memanggg kita suka. Sambal cili...kalau tak pedas, tak syiok maaa.


Yang atas nie ialah ikan masak apa entah, dah tak ingat. Ok lah...sama sedap macam fish dishes yang biasa kita makan. Pinggan yang sana tu ialah pepahat.


Ini pula, namanya siput gonggong. Ini pertama kali kita makan siput jenis nie. Kat Melaka atau PD, tak pernah jumpa. Khabarnya, kat Johor banyak yer. Kak Sari pernah buat entry pasal siput nie kan? Untuk menu nie, siput nie rasanya di rebus atau stim saja kot. Bersama serai. Cicah dengan sambal belacan. Kena cucuk dengan toothpick tu. Tapi, menu nie yang paling tak dapat sambutan. Sama ada cara masakan nya macam tak ada rasa, atau sambal tu tak kick, atau pun semua orang belum biasa makan siput nie lagi.



Inilah menu yang paling kami tunggu2. Umai! My first time as well. Umai ikan. Sedap, tapi masam sangat2. So, makan sikit jer. Tak boleh tahan masamnya. Oh, esok malamnya, kami makan di kedai lain pula. Menu lebih kurang, tapi ambil umai sotong. Lebih sedap dari ini. Maybe cook kedai berlainan...


Antara coffee break snacks.

Selalu tak sempat ambil gambar masa breakfast. Ini pun gambar hari terakhir. Makan bubur nasi, letak telur dadar, kacang panjang, daaaaaannnn rendang daging. Hehehehehehhe. Sedappp...kaw2 punya sedap.

Tak sempat ambil gambar laksa Sarawak di cafe hotel. Last day, last minute baru tahu ada. Makan dengan puas hati. Memang sangattt sedap.

Next time pergi, akan stay sini lagi kalau ada rezeki, Insya Allah. Nak makan laksa lagi. And, nak cari mee kolok yang sedap pula. Ari tu kami pergi dah petang, most kedai dah tak der mee kolok.


Kalau pergi family trip, kita ambil gambar banyak2 yer.....

.

30 thoughts..

NzA berkata...

nyum..nyum..nyum...sedapnya. masa p swrk akak smpai lunch kt rumah ketua menteri srwk...kambing panggangnya sgt2 sedap smpai menjilat jari..katanya chef dr sebuah hotel trkenal....
akak pn sgt2 suka pucuk midin goreng tu..sedap sgt2...

sekadar satu coretan berkata...

seronoknya gi serawak...teringat pergi beberapa tahun lepas..

tu pucuk midinkannn..ank kak ain yg sulung suka makan sayur tuu...

Unknown berkata...

siput gonggong tu macam terasa sukar sikit nak makan.. teringat sejenis siput di darat tu.. hahaha..

teringin nak cuba laksa sarawak tu kak.. saya hantu laksa..

Kakzakie Purvit berkata...

Pucuk midin tu macam mana agaknya Ziela kakak tak pernah jumpa atau nama di semenanjung lain. Siput gonggong tu macam mana nak makan? Shell dia cantikkan selalu letak di akuarium ikan..

ummiross berkata...

Waa..Aziela jalan-jalan Sarawak ye, buat ummi rindu bila tengok semua tu. Ummi pun suka pucuk midin tu..!

Acik Erna berkata...

macam2 makanan ada ye ziela..

che mid berkata...

aduh aduh..ini entri lepas geram namanya..

akak pun tak suka masam2 sangat kalau makan dgn nasik

jeruk masam ratah gitu je k la..

Gemma Ann berkata...

Hi Aziela, amboii bukan main lagi buat I terliur, termeleleh haha.. Oh so you visited Kuching Sarawak eh. I was there about a couple of years ago..and my sis and I, apa lagi ambik kesempatan try all the recommeded food. Esp Laksa Sarawak and mee kolok. Then we naik the boat pergi seberang sungai buy the supposedly the best kek lapis..and the ikan terubuk masin.

Unknown berkata...

Subhanallah.. sedapnya..
Tgk gambar pun dah cukup buat k.Sham telan air liur..

Tanpa Nama berkata...

teringin juga nak pergi sarawak tapi tak sampai2 lagi..kawan pun dah nak habis belajar dah kat unimas..haha

Lee berkata...

Hi Aziela, wow! You in Kuching? Lucky you clocking up air milage travelling.
I used to one time enjoy travelling all over but after awhile got tired of it.

Love the food dishes you put up here.
Their foods there ada lain sikit, ya. But veery nice.
You have fun, keep well.
Lee.

wakgelas berkata...

wahhh tuari pown wak gi topspot mamam seafood jugakks.,ahHKs

Cik Puan Kocik berkata...

Bestnye kak pergi Kuching....rindu nak repeat ke sana. Nak makan laksa srwk dan mee kolok puas2!!

Sukma berkata...

tak sampai lagi kat sana ler.......huhu

t.a.t.a berkata...

masyaAllah kak. orang yang diet pun boleh kantoi diet tengok gambar food akak ni.

Aziela berkata...

@NzA Kambing panggang? Alamak..sedapnyaaaa

Aziela berkata...

@Ain Noraini Memang sedap pucuk midin tu kak.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna akak mmg suka mencuba... oh..laksa sarawak memang bestttt

Aziela berkata...

@Kakzakie Mcm pucuk paku sikit kak...cuma lebih lembut dan crunchy. Siput tu kena cungkil dgn toothpicks

Aziela berkata...

@ummiross Iyalah Ummi. Bila ke sana, saya asyik teringat Ummi jer...

Aziela berkata...

@Acik Erna Tanggungan syarikat, Acik. Saya ontok2 yo.

Aziela berkata...

@che mid Yer la kan kak...masa kecik2 dulu saya suka. Now dah tak nak dah.

Aziela berkata...

@Angie Angie....you came! Thank you so much. Hahahaa...I was tergolek2 laughing when you said the supposedly the best kek lapis... Hahahahaha. Yeap, we were lucky coz we have staffs there in Kuching, so we did get a chance to choose the better kek lapis.

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Saya pun rasa nak repeat lagi, kak.

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Nanti gi hanimun sana eh...

Aziela berkata...

@Shane The Kuching in which the Sarawak of your escape place. Hehehehehe. Thank you for dropping by, Lee.

Aziela berkata...

@Wak Gelas topspot tu memang sedap la wak kan...?

Aziela berkata...

@Cik Kamoo betul la...akak pun nak repeat sebab nak makan.

Aziela berkata...

@Sukma Haron Nanti bila2 boleh pergi...anak akak dah sampai Sabah tu, mudah la nanti kan.

Aziela berkata...

@t.a.t.a Eh, boleh eh...?