Masakan Udang Galah Untuk Santapan Honeymoon

35 comments
Assalamualaikum.....

Ok...ok... kita sambung...

Hubby fetch kita dari opis malam tu (yer, orang HR memang balik lambat), terus menuju ke rumah. Singgah kedai jap, beli bahan masak. By that time sebenarnya tak decide pun lagi nak masak apa. Balik rumah baru pikir. Ikut hubby, dia tak nak susah2kan kita. Dia kata goreng kunyit jer pun tak per. Eh, takkan nak goreng kunyit jer kan? Sayangnya. Sebab bila goreng kunyit, udang tu rasa kering sikit. Kalau ada kuah2, udang tu boleh disedut2. Slurrrp gitew...




Keluarkan dari plastik, adalah sepinggan udang ni. Dalam 400gm lebih kurang


Sambil membersihkan udang, sambil otak berputar. Nak masak apa yer? Yang simple2 jer dan ringkas. Kesian hubby datang dari jauh. Mesti penat, sejuk dan lapar (hujan okeh masa tu...). Dulu kan ke kita masak lemak kan. Boleh jer nak masak lagi, tapi masalahnya daun kunyit pula takder. Tak best lah nanti. So, kita nak cuba2 masak bercili. Petang tu dah cuba intai2 resipi udang galah.... nak cuba juga la macam tu. Cuma, tak salin resipi dan tak hafal lah. Siapa punya entah. Tengok sekali lalu jer. So, guna common sense jer lah yer.



Ini lah hasilnya... Gambar edit dalam phone jer ni. Resepi? Orait....!



Udang Galah Bercili Harum

Bahan-bahan :

400gm udang galah yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar (boleh tambah kalau nak pedas)
3 sudu sos cili
1 batang serai di ketuk
1 cawan air / 300ml air
Setengah kiub pati ayam
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Tumbuk dengan lesung setengah biji bawang besar yang dihiris tadi dengan 2 ulas bawang putih.
2. Panaskan minyak masak dan tumis serai sehingga wangi.
3. Bila serai dah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga wangi. Pastikan api dalam keadaan sederhana besar.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
5. Masukkan air, kiub ayam dan sos cili. Gaul rata dan besarkan api.
6. Didihkan kuah selama 2-3 minit dengan api sederhana.
7. Masukkan udang dan gaul rata. Biarkan udang masak, tetapi jangan terlalu lama. Gaulkan dalam 2-3 minit sahaja.
8. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata dan boleh dihidangkan.



Tara...! Dah siap. Udang Galah Bercili Harum

Syukur Alhamdulillah. Rasanya memang sedap. Perghh! Puji diri sendiri. Masalahnya, hubby pun tak habis2 memuji. Sampaikan dia sebarkan gambar udang ni ke seluruh ahli keluarga dan kawan2 dia. Ha... amacam? 

Kita namakan udang bercili harum sebab memang baunya wangi. Elemen wangi tu semata2 daripada serai tu jer. Tapi serai yang sebatang ini pun boleh memberikan kelainan yang memikat selera. Ada antara resipi yang masukkan halian, tapi kita tak masukkan. Cili kisar pun satu senduk jer. Hubby tak berapa makan pedas lately ni. Resepi tak sama dengan sambal tumis kan. Sambal tumis ada banyak bawang hiris, ada rasa masam2 dari air asam jawa dan ada belacan. Tetapi resepi ni hanyalah masak cili biasa sahaja. Nothing fancy.

Believe it or not, masakan ni memang sangattt sedap bila di masukkan udang galah. Udang galah tu terasa lemak, sedikit manis dan cili yang tidak keterlaluan tu memberikan rasa seronok bila di makan. Kuah cili nie tidak menjemukan kalau kita nak makan udang banyak. 

Udang yang segar... beberapa jam di keluarkan dari sungai dan terus masuk ke kuali..memang lain rasanya. Sangat berbeza rasanya dengan masakan di kedai...hatta di Leban Chondong sekali pun tidak sesedap ini. Pergh...statement riak sungguh. Astaghfirullah al-Azim. Isi udang yang fresh ni memang manis, juicy dan kenyal. Lebih kenyal dari daging ayam. Bila makan, kita akan appreciate kesegaran udang tu. Itulah pentingnya cara masakan. Tak boleh di masak dengan lama. Masa mesti tepat agar udang tak keras dan tawar, atau mentah.



Takkan nak makan udang jer kan. Sempat masak nasi sikit, kacang buncis goreng ringkas dan scramble egg permintaan dari hubby. Kami makan suami isteri berdua, dah hampir pukul 11.00 malam. Yer lah, sampai di rumah pun dah pukul 10 malam kan.

Alhamdulillah, menu yang ringkas, udang yang segar, dan great company. It's our honeymoon moment. Makan dengan puas. Hubby sangat gembira malam tu. Esoknya bangun pagi pun dia bercakap lagi pasal udang nie. Hujung minggu pun, kami terkenang2 lagi udang nie. Angau udang galah namanya. Hahahahaha.

Ha, ada yang nak suami angaukan masakan anda? Cubalah resipi ni


.

35 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

ya allah sedap nyer kak oi!

Qashmere berkata...

uish sedapnya. Udang galah masak apa pon sedap kan.......tapi kalau masak best-best lagi bertambah sedap makan dengan nasi panas! Hehehehe

fizafantagiro berkata...

sobs sobss, kami hubby wifey tak makan udang .uhukk . gatal :p

t.a.t.a berkata...

Papa udang, papa udang, mama udang, mama udang, kakak udang, abang udang, adik-adik udang. Mereka menjadi korban pada tahun 2013. Majlis peringatan untuk mereka akan diadakan di tepi laut. Jamuan juga disediakan.

Menu: Udang Bakar!

Unknown berkata...

aduh kak.. akak punya description tu memang buat jiwa kacau..mana nak cari udang galah segar ni kak.. terseksa jiwa raga.. hahaha..

Dr K berkata...

a wonderful honeymoon moment instead...:) Kadangkala tak pergi dinner kat hotel 7bintang....makan hasil air tangan isteri...lebih best :)

Tanpa Nama berkata...

jadi ini lah hasil masakan udang itu...rasa lemak manis tulah yang sedap :)

harnidahussin berkata...

lebih kurang sama resipi MIL wat ayam masak merah..
air pun tak letak banyak..halia pakai sbb masak ayam..
mmg sedap sbb pakai cili sos :)

aizamia3 berkata...

hehehe.. saya terbalik pulak kak.. angaukan masakan ciklan.. ;)

:: CIKVIVA :: berkata...

wahh..sedapnyaa udang tu...

che mid berkata...

Oaaa..patutlah akak dengar bunyi orang tumbuk dgn lesung semalam he he.. asek cite udang galah dia je, mana boleh jadik nii...

pizli.mw berkata...

Menarik betul tu. Sebab tengok blog ini jugak saya beli udang besar2 hari tu haha.

aby berkata...

salam azila ..
dah namanya udang galah ..
masak apa pun gernti sedap ..
kena pula dengan tangan yg pandai masak mcm ziela ...
betambah2 sodapnya la

Lee berkata...

Hello Aziela, I have always loved udangs in whatever, curry, lemak, goreng, or steamed. And yours here looks so delicious! Wow, ada scrambled eggs too.
Ada sambal belachan?
Can see you a very good cook.
Have fun and best regards.
Lee.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

alaaaaaaaaaaaa... larilah tekaan akak nampaknya... Ziela, udang galah kat Leban Condong tu semuanya frozen.. mana sama dgn yg baru keluar sungai tu, hihi

TiranaAduka berkata...

cam biasa sis
Tapau 1 buat ta.hehehe

Sukma berkata...

memang jarang dapat makan udang galah nie...

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Hehehehhe.....

Aziela berkata...

@Qashmere Betulllllll. Nasi panas...hujan..udang galah. Perfect!

Aziela berkata...

@fizafantagirO Alaa...sedihnya. Apa kata, makan ubat cepat2 lepas makan udang. Insya Allah.

Aziela berkata...

@t.a.t.a Pandai yer bagi nama2. Eh...udang galah bakar sedap ker, dik?

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Akak nak cari lagi pun susah nie ha....hahahahaha

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Baiklah Doc..sob..sob. Lepas nie saya akan lebih kerap memasak. Saya insaf...sob..sob...

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Uishh...sedap dikkkk

Aziela berkata...

@harnidahussin Saya pun perasan. Bila pakai cili sos, dia jadi sedap kan...

Aziela berkata...

@aizamia3 Masalahnya, ciklan tu memang power memasak...hehehehe. Untunglah awak.

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Aduh...memang sedap

Aziela berkata...

@che mid Kak...Leban Chondong kak...Leban Chondong...hehehehehe

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip Dah beli dah? Masak apa?

Aziela berkata...

@aby Aduh kang... tak pandai pun sebenarnya. Cuba2 jer tu...hehehehehe

Aziela berkata...

@Shane Not really good cook, but I can cook a lil bit. Just to survive from the death of hunger. Hahahaha. No sambal belacan that night...but that udang is just nice to add up the spice.

I think I need to try to steam the udang next time....hahahahha

Thank you for dropping by.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Kannn... Saya pun tak sangka saya nak masak lain kak...hahahaha.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Satu hari nanti yer... sekiranya di izinkan Allah.

Aziela berkata...

@Sukma Haron Kat melaka, saya tak pernah jumpa lagi kak.

Unknown berkata...

gemok udang ni...mesti sedap, manis lemak2 isinya...sodapnya lahaiii

Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!!