Ikan Selar Berlada

24 comments
Assalamualaikum.....


Ikan selar lagi. Sebab beli kat kedai runcit jer. Tengok ikan lain semua macam dah lembik2 kecuali ikan selar ni jer yang elok segar dan kental lagi. Shining lagi... Sebab tu lah, beli beberapa ekor...dan sepanjang minggu dok makan ikan nie jer..hahahahaha.

Masak guna cili boh jer weh. Kat kedai runcit kita ni, dia ada jual sejenis cili boh hasil penduduk sekitar situ yang sedap. Sedap la...segar, pedas nya pun berpatutan dan halus. Tak ada pun nampak biji2 cili. Kita suka cili ni.

Mudah jer lah... tumis la bawang sikit, masukkan cili boh nie, tu,is sampai garing dan masukkan 1-2 sudu air sikit. Curah jer atas ikan. Jangan tak perasakan garam pula yer.

Kita makan dengan daun salad tu.

Hari ni Jumaat. Weekend ni ada banyak agenda yang menunggu.

.

24 thoughts..

Rozita Ceritaita berkata...

sedap kak...smlm pun anak2 mkn ikan goreng je.. tapi laju je memasing..lama tak makan ikan goreng..

balik kuantan ke melaka kak?

Sukma berkata...

simple dan sedap...dah lama tak makan ikan goreng berlada nie....

Izwa Kamaruddin berkata...

sedap nyerrrr :)

aizamia3 berkata...

dah lama sebenarnya tak makan ikan dalam kategori kecik dan sederhana ni sebab anak2 sejak dorang kecik atok dorang (my FIL) dah ajar makan ikan besar2.. huhuhu.. sampaikan bila saya nak makan ikan2 ni kenalah makan kat luar.. sebab tak laku bila masak untuk hidangan anak2..

Unknown berkata...

lama tak makan gaya gini..husband saya tak boleh makan ikan..susah sikit nak makan ikan goreng kunyit.. hehe

Cho Zila berkata...

sedap gitu.. kalau makan panas2 lagi syiok ...

Bunda_nora berkata...

assala,

sedappp..

:: CIKVIVA :: berkata...

Sy kalau beli ikan memang ikan selar lah jadik pilihan..sbb selalunya segar2..pastu mesti masak sambal..

t.a.t.a berkata...

Simple nya. Tak cukup sekor tu. Kalau saya kan, cuil-cuil ikan tu. Kumpul isi nya letak dalam salad. Letak sambal nya, gulung dan ngap. Yummy.

Zam berkata...

zam kalau selar suka masak singgang, sebelum zam celur tepung & goreng.. yum :D

Zam berkata...

zam kalau selar suka masak singgang, sebelum zam celur tepung & goreng.. yum :D

aby berkata...

salam aziela ..
dah nama nya kedai runcit..klu jual ikan Merah, tengiri atau kerapu, nanti org tk beli ..
selar, kembung, cencaru, ok la ..

Aziela berkata...

@Rozita Makan panas2, sedap kan Ita. Melaka la dik...

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum TQ Hanum

Aziela berkata...

@Sukma Haron Sekali sekala makan panas2, sedap kak.

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Masa tu rasa memang sedap, Izwa. Hehehehe

Aziela berkata...

@aizamia3 Wah, dah biasa mewah yer Ai?

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Bila husband atau anak2 tak makan, kita pun ikut takder mood nak makan kan..heheheheh

Aziela berkata...

@Cho Zila Makan panas2 la ni kak..hehehehe

Aziela berkata...

@BUNDA a.k.a KN Salam Bunda. Alhamdulillah, sedap.

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Kan..? Segar2 jer selalu ikan ni. Nak siang senang, nak masak pun senang. Hehehehe

Aziela berkata...

@t.a.t.a Kalau dicuil, memang tak cukup sekor la Ta...hahahaha

Aziela berkata...

@Zamani Abe Ala Zam ni, akak dah terbayang ikan singgang pula. Kena singgah kedai la nie

Aziela berkata...

@aby Hahahahha, kakang mesti biasa beli barang basah kan...