Al-Fatihah. Sebagaimana Bersedia Sekalipun....

5 comments
Assalamualaikum.....

Walaupun PM tidak menyebut perkataan 'terhempas'.

Walaupun PM tidak menyebut perkataan 'tiada yang terselamat'...

Tapi MAS telah mengesahkan.

Kita percaya semua ahli keluarga dan sahabat handai telah pun bersedia, namun bila kenyataan akhirnya tiba di depan mata, kepiluan yang dipendam itu tetap pecah. Yang pasti, air mata kali ini adalah berserta keredhaan.

Kita tak kenal sesiapa pun di dalam kapal terbang itu. Tapi seluruh dunia secara automatik menjadi sahabat handai semua nyawa di dalam pesawat itu sejak 17 hari yang lepas.

Yang pasti, sebak dan pilu, bukan milik keluarga dan sahabat mereka yang di dalam pesawat itu sahaja. Seluruh dunia pilu, seluruh dunia sebak.....

Al-Fatihah....


.

5 thoughts..

Kakzakie Purvit berkata...

Apa kemampuan kita sebagai manusia biasa. Allah jua yg maha mengetahui Ziela..

Sedih:(

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

masih sebak

cIKhA berkata...

Ya Allah sedih walaupun tiada pertalian darah..

Anum berkata...

Takziah kepada keluarga mangsa..Allahuakbar

ummiross berkata...

Betul kan Ziela, kita tak kenal pun mangsa, tapi entah kenapa pilu sangat dengan tragedi ni. Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.