Bersyukurlah Sentiasa, Redhalah Sepenuh Jiwa.

16 comments
Assalamualaikum.....

Kita selalu travel. Bila memandu long distance, selalu sangat minda menjelajah isu2 yang tak selalu di fikirkan.

Baru2 ni, kita terfikir, penatnya! Bila lah agaknya dapat kembali ke zaman sebelum dewasa yer. Masa tu duduk rumah jer. Buat perkara rutin, pergi sekolah, tengok tv, masuk kebun ikut arwah atuk, pergi kedai beli sayur, sapu laman, angkat kain jemuran dan sebagainya. Tak pernah rasa penat. Hidup amat tenang dan mudah.

Sekarang, nak pegang mesin basuh, nak pegang stereng, kerja2 di pejabat, nak jenguk anak, suami, mak ayah, mak mertua, nenek, pakcik makcik...semuanya harus sentiasa jalan serentak. Mana masa untuk diri sendiri? Kadang2 rindu nak masak2, rindu nak lepak2 tengok tv sambil cicah cekodok dengan kuah masak lemak cili padi ikan sardin....

Tapi lepas tu segera beristighfar. Astaghfirullah Al-Azim. Ampunkan aku Ya Allah.....

Kita lupa diri....

Masa dulu2 yang dok rumahhh jer..rehat jer...kita selalu terfikir dan berharap agar nanti kita boleh bebas. Bebas buat keputusan sendiri, bebas nak pergi ke mana saja sebab ada pendapatan sendiri. Bebas nak travel kemana saja. Sebabnya, bosan dok rumah. Setiap hari aktiviti rutin yang sama.

Nah, Allah makbulkan. Sekarang nie, sampai tak terlarat di buatnya.... Itu pun, kita tak sedar lagi betapa kasihnya Allah pada hambaNya ini yang selalu alpa dan ingkar.

Di usia tua..sekiranya umur kita panjang...Insya Allah hidup akan kembali tenang. Dalam tenang, pasti hati merintih hiba. Tenang di usia emas, bermaksud sunyi. Di usia emas, biasanya kita perlukan perhatian dan kasih sayang. Bayangkan nanti Adam dah berkeluarga. Ada anak isteri, ada kerjaya dan tanggungjawab lain. Sanggupkah kita sebagai ibu untuk terus menyusahkan Adam memberi sepenuh perhatian kepada ibunya yang uzur ini?

Namun, doa itu jangan putus. Selebihnya, kita manusia biasa. Tak nampak masa hadapan. Apa yang perlu ialah usaha dan doa. Selebihnya, bersyukurlah. Nikmati segala yang ada. Maka kalau badan penat, abaikanlah andai bahagia itu yang menanti. Maka kalau sunyi, redhakanlah asal hati tenang. Maka kalau sedih, bersyukurlah kerana kamu adalah Islam. Masih ada Allah. Sentiasa....


.

16 thoughts..

Cho Zila berkata...

betoi... rasa tak sempat segala2nyer.. tak cukup masa tapi peliknyer ada orang yang hidpunyer nampak sempurna.. memang letih terasa....

Dr K berkata...

kannn?
bila kita dah start sibuk kerja ni, selalu terfikir " indahnya zaman kanak kanak dulu...takde komitmen lain selain kena gi sekolah aja"

jgn jadi mak mertua yg garang tau kak..hahahah

Sukma berkata...

Rasa kita dah semakin berusia

Unknown berkata...

kadang2 bila badan penat mula la terpk yang bukan2 kak..

Bunda_nora berkata...

Selalunya macam tu lah kita ni kan...bila tersepit dengan masaalah atau sress ke..suka berangan/flashback moment2 silam yang indah2...

Macamlah yang indah2 tu hak kita sorang jer...siapa yang taknak saat2 camtu kan...tapi bila kita tersedar semula bahawa dalam kehidupan pasti ada rencah2nya juga...

Ada manis, pahit, asam dan garamnya...baru lah lengkap dalam erti kehidupan sebenar ...

t.a.t.a berkata...

Dulu masa sekolah arrghh bosan nya la buat benda yang sama aje. Kenapa la aku tak dewasa lagi ni.

Nah kau bila dah dewasa baru la rasa bestnya jadi bebudak. Tugas kita cuma belajar dan main aje.


Memang kita tak tergamak nak susahkan Adam kak, tapi kalau Adam sedar tugas dia pada akak dan suami tak kan putus walaupun dah kahwin, dia akan tetap akan jaga akak.

NzA berkata...

Kenangan lama mmg terlalu indah untuk dikenang.....
InsyaAllah doa seorg ibu yg ingin melihat anknya bahagia n menjadi ank yg soleh/solehah...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kadang rasa dah penatnya badan ni.. rupanya ada orang lain yang lebih penat dari kita.. bila baca entry di bawah, memang i salute lah dgn seorang wanita yang bernama Aziela ni!!!

Aziela berkata...

@Cho Zila Bahagian masing2 kan kak...

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Erkk...tak janji tau. So in order tak nak jadi mak mertua garang, kenalah siapkan garis panduan untuk jadi menantu...hahahaha

Aziela berkata...

@Sukma Haron Betul kak..terasa sangat.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Sampai termimpi2 yer Rai...

Aziela berkata...

@BUNDA a.k.a KN Bila pandang dari atas, nampak keseluruhan kehidupan. Baru nampak betapa sempurnanya...

Aziela berkata...

@t.a.t.a Jaga tu memang Insya Allah, namun setakat mana saja lah, Ta...

Aziela berkata...

@NzA Insya Allah...

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Jangan kak...bila2 masa saya boleh tumbang ni...hahahaha