Chim Chum Food Village Lagi...

7 comments
Assalamualaikum.....

Yang sebenarnya memanglah letih dan penat kan. Maklumlah, 12 jam punya perjalanan tu. Tapi, bukan selalu dapat bawa Mommy ke sini. And kali ni, kami suami isteri dah agak bolehlah merayau2 dengan yakin dalam bandar KB nie. So, bila dah rehat sekejap, dah solat, terus rasa bertenaga semula. Subhanallah, sungguh banyak nikmat solat ni kan...

Adam tak ikut sebab dia sibuk dengan tuition dan kelas tambahan. So, kami tak inform dia pun. Tak nak dia stress. Lagipun, ngam2 sebuah kereta jer kami berlima.

Sebelum Maghrib tu, hubby ingatkan kita untuk buat reservation. Takut tak dapat tempat pula nanti. Kita pun call la. Syukur dapat meja. Itupun kami disuruh datang awal sebab full house malam tu. Kalau lambat, mereka akan beri table pada walk in customers. Senang jer nak call. Google jer, mesti jumpa.

Bila kami tiba, memang meja dah standby. Perut pun memang lapar. Makanan pun banyak lagi. Seronok la kami memilih. Kita macam biasa, cekup laksa siam dia yang super lazat tu dulu.

Mommy dengan Firdaus. Firdaus memang happy kalau jalan2 macam ni. Walaupun bukan anak kami, tapi memang nampaklah dia lebih rapat dengan kami berbanding dengan daddynya sendiri.

Tengok, hubby pun happy dengan Firdaus. Hubby garang dengan Firdaus, tapi hanya bila dia buat kesalahan besar. Waktu lain, hubby juga yang manjakan dia...

Berbagai2 pilihan. Tak yah cerita lebih2 la kan. Dah banyak entry pasal Chim Chum dalam blog nie. Search jer, mesti keluar banyak. 

Kita dengan SIL yang happy sebab first time jejakkan kaki ke Kelantan.

Tengah2 makan, tiba2 ternampak seorang wanita yang sangat kita kenali. La, Shazna rupanya. Dia memang menantu owner restoran ni dan dia resign dari syarikat kami lebih kurang sebulan yang lepas. Rupa2nya ikut ibu mertua berbisnes daaaa..... Dialah yang jadi manager untuk cawangan Chim Chum nie. Memang pakar bisnes orangnya ni. Bertambah senang hati kita makan di kedai kawan.



Last but not least, laksa siam yang lazat. Hanya di sini.

Lepas tu, kami tak balik hotel pun. Round Wakaf Che Yeh. Seronok la sebab tak ramai orang. Sekali lalu jer round...tengok suasana. Esok malamlah baru plan nak all out kat sini....



.

7 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

rasa macam akak berada di sebelah Ziela jer bila baca kisah Ziela ni.. bilalah akak dapat berchimcham

NzA berkata...

wah aziela dh kt kelantan ke skrg...akak hr ahad baru gerak kesana.

Farah Waheda Wahid berkata...

wah tiba2 rasa nak makan chim chum jugak... akak ianya mengiurkan secar tiba2...

~Liya Sufiah~ berkata...

setuju dengan akak Seri Kandi Tanah Jauhar, Liya ni sejak pindah umah x der internet lagi asyik rindu kat blog Kak Ziela. Kalau kat ofis x sempat nak log in.

Kak Ziela pernah pergi kelate bulan puasa tak? sana kalau pegi bulan pose memang best... macam-2 makanan ada. Pergi kat bazar ketereh (tapi kena pergi awal) sbb nanti penuh nak jalan pun susah... lain-lain pergi la bazar kat stadium dan kat bachok.

lieyalatif berkata...

kelantan mmg best kan kak...mkn sedap2...kalo jjcm kat kelantan mmg mcm2 ade...rajin tak rajin jek nak pergi kan....

kak lieya tak penah pun tau makanan2 tu...bace blog akak baru tau nieh...dulu lieya dok kelantan 9 tahun kak sbb abah askar tapi lieya tak tau pun mknn ni kak...lagi2 laksa siam tu...adoiii menarik tol...lapo dibuatnyer...

Kakzakie Purvit berkata...

Ada daun macam daun pokok bunga dlm laksa siam tu daun apa ZIela. Sebenarnya kakak tak pernah makan laksa siam jadi tak tahu apa perencah diguna..

ANIM berkata...

kat SP dulu pun ada restoran chim chum ni tapi kami kata apalah resoran ni..siam ke, halal ke..hihi
tak pernah jejak..
tutup dah restoran tu sekarang pun, hihi