Kejutan Dari Kuwait....

10 comments
Assalamualaikum.....



Beberapa minggu yang lepas, kita terkejut kerana menerima parcel yang jauh datangnya. Er, parcel tu dekat jer, tapi barang tu merantau jauh la.

Terima kasih buat kakak yang jauh di mata tapi dekat di hati, Kak Sham iaitu blogger Ibu Sham yang kini menetap di Kuwait. Kita suka lah masuk dan baca nukilannya. Banyakk ilmu yang dapat dikongsi. Contohnya beberapa hari yang lepas ada di bincangkan tentang solat tanpa telekung. Bagaimana nak tutup aurat, apa maksud nampak dua tapak tangan tu. Kalau ada yang nak tahu, silalah jenguk di SINI yer...





Anyways, hadiah ni kita terima kerana menjawab soalan teka teki beliau. Kita ni kalau bab teka teki memang lemak sokmo lah sangat. Tambah2 yang teka teki yang mencabar minda ni. Tapi disebabkan rasa ingin tahu, kita google jer...hehehehhe. So, kita tak mengharapkan hadiah sebab pertama, kita google dan sebab kedua, tak berusaha guna minda sendiri.



Bila buka bungkusan, alangkah terperanjatnya kita sebab terima satu set body mist dari Victoria's Secret nie. Wah...seronok...seronok......

Memang harum sungguh baunya.....

Untuk Kak Sham, syukran jazilan. Semoga ukhuwah ini tidak akan terputus.


.

10 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

hummmmmmm... harumnya sampai ke mari...

aizamia3 berkata...

Alhamdulillah rezeki.. tahniah kak..

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah rezeki dari teman blogger. Moga ukhuwah lebih wangi lagi dari perfume pemberiannya..

t.a.t.a berkata...

Hmmm wangi nya bau ukhuwwah itu.

Unknown berkata...

Wai'iyaki.. alhamdulillah..
Selamat sampai jugak.

Acik Erna berkata...

Tahniah rezeki tu Aziela..
Aziela pasal mimpi jangan fikirkan sangat ye..tu yang buat susah hati dan hati tak tenang..cuba lupakan..

Dr K berkata...

Alhamdullilah...rezeki...:)

TQ kak sebab share pasal entry " solat tanpa telekung" tu...Insya Allah saya akan share dgn adik2 perempuan saya...isteri saya...

Ujie Othman berkata...

Wow! Tahniah..alhamdulillah!

Ammar berkata...

Wah.. untunglah dapat hadiah. APa2 tahniah lah ya

Aziela berkata...

Alhamdulillah, thank you semua.